A lil bit about me… Name: Asma’ Age: 9teen Contact: xue_youth@yahoo.com, Why I write this? To kill some time.
Novel yang still xder tajuk...
|
|
Thursday, July 05, 2007
Salam...sorry, I'm way too buzy lately....here's the 12th chapter...review okay?
Lovie memarkir surfernya yang
berwarna jingga di hadapan rumah Eber.
'Apa kejadahnya Eber panggil aku petang-petang
macam ni?" Lovie tertanya-tanya di dalam hati. Amat jarang Eber
menjemputnya ke rumah. Sudahlah begitu, disuruhnya membawa air mischa pula.
Nasib baik Belle yang telefon. Kalau tidak, memang payah untuk Lovie datang
kerana hari ini kerana dia merancang untuk membakar kek strawberi tiga tingkat.
Sudah lama dia bercadang untuk membuat kek tersebut. Nampaknya hajatnya masih
tidak kesampaian.
Lovie melangkah menaiki tiga anak tangga kayu
yang membawanya ke koridor yang selebar lebih kurang sepuluh kaki. Cukup untuk
meletakkan sepasang kerusi rotan dan sebuah meja bulat kecil untuk minum
petang. Lebih indah jika disertakan dengan pai ubi kayu ataupun pai epal yang
masih panas. Lovie tersenyum sendiri. Fikirannya tidak ubah seperti suri rumah
tangga yang sedang merancang menu untuk keluarga yang tidak pernah wujud.
'Membazirnya ruang ni.' Eber hanya menghamparkan
sekeping hamparan yang sudah lusuh dan sebuah kerusi malas diletakkan di
atasnya untuk memenuhi ruang tersebut. Lovie memandang sambil menggelengkan
kepalanya. Kemudian dia mengetuk pintu tiga kali. Kedengaran suara Belle
menyuruh seseorang supaya membukakan pintu. Lovie terdengar nama Atiqah
disebut.
'Atiqah?' Lovie hairan. Ada orang lain ke?
Seketika kemudian pintu kayu yang disapu lekar itu terbuka dari dalam.
"Hello!" Lovie menyapa. Atiqah
tersenyum. Lovie membalas senyuman Atiqah.
"Belle tengah buatkan air di dapur.
Masuklah." Atiqah mempelawa. Lovie menurut seperti dipukau. Dia melangkah
masuk ke dalam sambil tertanya-tanya. Siapakah gadis ini? Dia tidak pernah
berjumpa dengannya sebelum ini pun. Adakah Eber sudah berkahwin? Celaka Eber
kahwin tak jemput aku! Lovie menyumpah Eber di dalam hati. Lovie membuat
telahan yang tidak berasas. Jika Eber muncul nanti, dia sudah merancang untuk
menghadiahkan sekepal penumbuk kerana merahsiakan perkahwinannya. Tapi. Atiqah
dilihatnya seperti orang dari kawasan lain. Memakai tudung kepala. Satu
pemandangan yang jarang dilihat di sini.
Lovie mengikut Atiqah ke dapur. Terdengar bunyi
keletang-keletung. Tentu Belle yang sedang membuat kerja di dapur. 'Bertuahnya kalau Belle jadi bini aku!' Lovie
sempat berangan-angan. Dia membayangkan tiap kali dia pulang daripada kerja,
dia akan membantu Belle menyediakan kuih-muih. Mereka akan bergurau sambil
mengayak tepung dan mengacau coklat di atas dapur. Pada hujung minggu, mereka
akan bersama-sama ke pasar untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih.
Apabila hari tua pula, kedua-dua mereka akan menghidap diabetis melitus dan obesiti
kerana asyik memakan makanan manis. Akhirnya, mereka mati bersama-sama dan
dikebumikan sebelah menyebelah di atas bukit belakang rumahnya. Perfect
Ending!!
Sebenarnya, Lovie memang cemburu dengan Eber
kerana mempunyai seorang adik perempuan yang prihatin. Kini, Eber mempunyai
seorang isteri yang ayu pula. Ayu?! Ish!! Lovie mengetuk kepalanya beberapa
kali. Hanya Belle yang ayu pada pandangan matanya. Tiada orang lain yang lebih
ayu melainkan Belle! Atiqah yang melihat reaksi Lovie ternganga tiba-tiba. Kenapa
agaknya dengan mamat ni? Dia tengah tumbuk kutu ke kat atas kepala tu?
"Lovie! Thanks sebab datang!"
Belle menyapa Lovie. Dia mengelap tangannya yang basah dengan tuala kecil
berwarna merah jambu lembut yang tersangkut di kerusi.
"Tak apa. Mana Eber? Oh ya! Ni siapa?"
Lovie bertanya. Atiqah tersedar tiba-tiba. Dia terlupa memperkenalkan dirinya
tadi.
"Ni Atiqah. Sepupu aku." Belle memotong
cepat-cepat. Atiqah memandang Belle dengan hairan. Apa maksud Belle dengan
'sepupu'? Belle memberikan pandangan mata seperti sedang mengatakan
aku-akan-bagi-tahu-kau-nanti.
"Oh!" Lovie agak terkejut. Mati-mati
dia ingatkan Atiqah isteri Eber. Jika tidak, free saja Eber dapat hadiah
penumbuk tadi. "Saya Lovie!"
Lovie berkata sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.
Atiqah menjadi serba salah. 'Nak salam ke tak ni?
Batal air sembahyang nanti.' Atiqah mereka alasan walaupun kala itu dia tidak
ada wudhu' pun waktu itu. 'Tapi nanti malu pulak Lovie'. Akhirnya dia menyalami
Lovie dengan melapikkan tangannya dengan hujung tudung seginya yang berbidang
empat puluh lima itu. Lovie bersalaman dengan kehairanan. Kenapa pulak ni?
"Nice name!" Atiqah memuji.
"Maaflah, tangan aku kotor tadi. Nanti kotor pulak tangan awak. Aku
Atiqah." Atiqah sengaja berbohong supaya tidak melukakan hati Lovie yang
baru pertama kali dia bertemu. Bohong sunat. Tak pe.
"Oh. Tak apa." Lovie mengangguk.
Ingatkan apa tadi.
"Lovie!" Kedengaran suara Eber dari
atas tangga. Ketiga-tiga mereka melangut. Lovie ternganga. Seingatnya, tadi
Eber masih kacak. Kenapa sekarang mukanya penuh dengan lebam-lebam?
"Kau berperang dengan siapa, Eber?"
Lovie serta-merta bertanya. Terselit nada risau dalam soalannya yang satu itu.
Belle dan Atiqah hanya tertunduk. Eber tersenyum senget apabila melihat reaksi
mereka berdua.
"Tadi aku jatuh daripada surfer."
Eber berbohong sambil menuruni anak tangga satu persatu.
"Ish kau ni! Kenapa cuai sangat?" Lovie
memarahi Eber. Lovie memimpin Eber turun dan duduk di kerusi. Eber hanya
membiarkan walaupun sebenarnya dia bukanlah separah mana sampai nak duduk di
atas kerusi pun tidak mampu.
"Kau ada bawa ke?" Eber bertanya. Dia
sudah penat menahan pedih di muka dan perutnya itu.
"Ada. Kejap ya. Air kau dah habis ke?"
Lovie bertanya sambil mengeluarkan botol yang sepanjang satu jengkal dan kurus
daripada poket kanannya. Belle pula mendapatkan kapas.
"Aku punya dah habis. Semalam aku
habiskan." Eber menjawab. Atiqah hanya memerhati Lovie dan Eber kalut
merawat Eber. Lovie menuangkan air mischa di atas kapas dan Belle pula sibuk
menyapu ke wajah Eber. Ajaib! Lebam-lebam di wajah Eber beransur-ansur pulih.
Kemudian Belle menyelak baju T yang sedang dipakai oleh Eber untuk merawat
perutnya kesan sepakan Belle yang bertubi-tubi tadi. Atiqah segera menutup
matanya rapat. Ish! Kenapa dengan aku ni? Bukan aurat pun! Sedangkan perut
Ammar jiran sebelah rumahnya sudah muak ditengoknya. Tak malulah pulak. Syaitan
di dalam hatinya mendesak supaya dia membuka kelopak matanya. Tetapi Atiqah
merasakan bahawa dia perlu menutup matanya. Dia berperang dengan keinginan dan
imannya. Memang payah berjihad menentang nafsu ni. Dia tidak pernah menyangka
bahawa jihad ini sungguh mencabar sehingga dia terpaksa mengerahkan semua saraf
matanya supaya matanya tertutup. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua belah
tangannya digunakan untuk menutup matanya sebagai lapisan pertahanan yang
kedua. Walau bagaimanapun, tangannya tetap tegar. Perasaan ingin melihat
menyebabkan jarinya membuat lubang. Cukup untuk matanya yang kecil melihat.
Atiqah memaksa jarinya menutupi lubang tersebut. Dia kelihatan seperti sedang
berjuang dengan sepenuh kudrat. Eber yang kala itu sedang menahan sakit
terperasan dengan gelagat Atiqah yang sedang berusaha menutup matanya. Dia
tertahan-tahan ketawa di dalam hati. Tangan kanannya diletakkan ke mulut untuk
mengelakkan ketawanya terlepas.
'Kenapa pulak tu?' Eber bermonolog sendirian.
Atiqah masih tidak sedar bahawa Eber sedang memerhatikan kelakuannya.
"Pfftt...."Dengan kehendak tuhan,
ketawanya tetap terbebas sedikit. Dia memang tidak mampu menahan. Atiqah
kelihatan sungguh melucukan kala itu.
"Kenapa?" Lovie bertanya. Apa yang
lucunya jika perut terluka? Dia memandang Eber seperti sedang melihat makhluk
asing yang terpaksa singgah ke bumi kerana mencari tunangan yang lari kelmarin
dulu.
"Tak ada apa-apa." Eber berpura-pura
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi ekor matanya masih menatap Atiqah
yang sedang berjuang itu. Belle perasan. Dia berkalih.
"Kau tengah buat apa tu, Atiqah?" Belle
bertanya. Atiqah menjatuhkan tangannnya dengan segera. Macam mana ni? Malunya
aku!!
"Habuk masuk mata aku tadi." Entah
macam mana idea tersebut timbul. Atiqah semakin cekap berbohong kini.
"Oooo...." Belle mengucapkan 'ooh' yang
panjang. Ingatkan apa tadi.
"Habuk dah keluar ke, Atiqah?" Eber
bertanya. Atiqah perasan seperti terdapat nada yang agak pelik dalam soalan
Eber. Dia perasan ke? Malunya! Ya Allah! Aku nak letak muka kat mana ni? Kenapa
aku tak blah je tadi? Yang aku tercongok jugak kat sini buat apa? Atiqah
memarahi diri sendiri. Tetapi riak selambanya tetap dipertahankan.
"Dah baik kot. Tak pedih dah."
Bohongnya di sambung. Berlepat-lepatlah dosanya nanti. Sudahlah dosanya yang
dulu sudah berkepuk-kepuk. Tuhan! Aku bertaubat. Tapi aku tak berani nak taubat
nasuha. Takut nanti buat lagi.
"Ok. dah selesai. Kat mana lagi yang
luka?" Lovie bertanya sambil menutup kembali perut Eber dan menepuk
perutnya kasar.
"Ish! Kau ni! Aku baru je lega. Kau nak
tambah lagi ke?" Eber bertanya sambil memegang kejap pergelangan tangan
Lovie yang menepuk perutnya tadi. Mahu saja Eber menampar Lovie. Tapi
mengenangkan bahawa Lovie bersusah-payah membawa air mischa kepadanya, Eber
membatalkan niat. Hari ni memang hari kau, Lovie!!
"Hehe!" Lovie ketawa kecil.
"Dah ok dah." Eber menjawab sambil
menjeling kepada Lovie. Dia berpura-pura marah.
"Kalau macam tu, aku balik dulu lah. Kita
jumpa kat markas nanti." Lovie ingin mengundur diri. Dirasakan sudah tidak
ada apa yang perlu dilakukan lagi di sini.
"Awal lagi, Lovie." Belle berkata. Dia
tidak memaksa jika Lovie ingin pulang juga.
"Berlatih, nak?" Eber tiba-tiba
berkata. "Dah lama aku tak berlatih dengan kau." Dia menyambung
ayatnya. Lovie yang sedang berjalan ke arah pintu hadapan berhenti.
"Ok jugak." Dia bersetuju. Memang sudah
terlalu lama dia tidak berlatih dengan Eber. Memandangkan sekarang kekuatan
musuh mereka sudah bertambah, latihan perlu dikerapkan.
"Makan di sini ya, Lovie." Belle
memberi cadangan. Nanti lapar pula.
"Tak ganggu kau ke, Belle?" Lovie
sekadar menduga. Harap-harap Belle menidakkan kerana dia memang ingin merasa
air tangan Belle. Dia tidak pernah puas. Kalau boleh, dia ingin membawa balik
makanan yang bakal dihidangkan oleh Belle dan meletakkan makanan tesebut di
dalam frem. Kemudian menyimpannya di dalam peti besi atau pun mempamerkan
kepada khalayak untuk membuktikan bahawa Belle pernah memasak untuknya.
Walaupun ada manusia yang menawarkan emas sekapal pun untuk membeli makanan
tersebut, dia tidak akan menjualnya kerana kasihnya pada Belle tiada tandingnya
dengan emas permata. Kononnya...
"Tak apa. Aku boleh bantu dia!" Atiqah
menyampuk dengan tiba-tiba. "Betul tak, Belle?"
'Terima kasih, Atiqah. Walaupun aku baru kenal
saja dengan kau, aku memang betul-betul terhutang budi dengan kau.' Lovie
berterima kasih di dalam hati. Dia tersenyum kecil kepada Atiqah.
Sebenarnya Atiqah ingin melihat latihan apakah
yang ingin dijalankan oleh Eber dan Lovie nanti. Latihan memanah ke ataupun
latihan kejar-kejar kerana Belle pernah mengatakan tadi bahawa Eber dan Lovie
adalah pemburu. Macam permainan polis sentri pulak. Atiqah selalu bermain polis
sentri ketika dia masih tadika sehingga sekolah rendah. Namun, apabila usia
menginjak remaja, dia sudah jarang bermain memandangkan dia terlalu sibuk
dengan peperiksaan dan kelas tambahan. Tambahan pula, siapa la yang nak main
dengan budak besar macam dia ni? Pada hemat Atiqah, memburu memerlukan
kemahiran memanah dan mengejar. Ish! Entah betul entah tidak tanggapannya
kerana Eber dan Lovie bukanlah memburu arnab atau kijang. Tetapi mereka memburu
makhluk mitos yang pada fikirannya memang menggerunkan bulu roma apabila
mendengar nama sahaja.
"Ehm!" Belle mengiakan cadangan Atiqah.
"Kalau macam tu, jomlah Lovie. Kita ke
padang belakang tu." Eber mengajak Lovie keluar melalui pintu dapur
setelah dia mendapatkan pedang panjangnya di ruang tamu.
"Ok!" Lovie mengikut Eber dari
belakang. Bestnya! Malam nanti Belle masak untuk aku! Atiqah memerhati
kedua-kedua lelaki itu mengatur langkah ke tengah padang rumput di belakang
rumah melalui tingkap dapur. Mana dia senjata Lovie? Tak nampak pun.
"Sini boleh?" Lovie bertanya setelah
mereka berjalan agak jauh daripada rumah.
"Boleh." Eber berhenti. Kedua-duanya
berdiri agak jauh daripada satu sama lain. Lebih kurang sepuluh meter jarak
mereka.
Eber mula meregangkan ototnya. Mukanya sudah
tidak sakit lagi. Begitu juga dengan abdomennya. Lovie turut melakukan apa yang
dilakukan oleh Eber. Lima minit kemudian, kedua-dua mereka sudah bersedia. Eber
mengikat kemas pedangnya di pinggangnya.
"Sedia?" Eber bersuara. Matanya
memandang Lovie tajam.
"Anytime." Serta-merta kedua-dua
mereka meluru ke arah masing-masing.
Atiqah yang sedang menonton dari dalam terkejut badak. Takkan Lovie
berlatih dengan tangan kosong je?
"I'm not gonna go easy on you!!"
Eber menjerit sebelum memulakan serangan.
"Hope so!!"
Kedengaran bunyi perlanggaran antara besi dengan
besi. Rumput-rumput di sekeliling kawasan tersebut seperti tertarik ke arah
satu kawasan.
Atiqah menajamkan pandangannya. Nampaknya Lovie
memang menggunakan senjata. Tapi apa? Serangan demi serangan silih berganti.
Mereka bergerak terlalu laju. Payah untuk Atiqah melihat sesuatu serangan
dengan teliti. Setengah jam kemudian, kedua-dua berundur. Eber kelihatan
seperti kepenatan. Manakala Lovie seperti tidak terkesan langsung. Nafasnya
masih teratur.
"Sampai sini saja?" Lovie bertanya.
Mungkin kerana keadaan Eber seperti sudah sampai ke kemuncak. Kenapa ni? Eber
tidak seperti dulu. Adakah kekuatannya sudah berkurangan? Ataupun aku yang
menjadi semakin kuat?
"Belum lagi." Eber membalas. Dia
menyeka peluh yang mula pecah di dahi. Sinaran matahari yang redup agak
melegakan.
Atiqah menumpukan pandangannya pada tangan Lovie.
Sebilah pedang berwarna keemasan kelihatan bersilau-silau di bawah sinaran
matahari petang. Pedang tersebut terlalu cantik pada pandangan mata Atiqah.
Tetapi, di mana Lovie simpan pedang tersebut sebelum ini?
Lovie menyerang Eber dari hadapan. Pedang emasnya
dihunus tepat ke jantung Eber. Eber berjaya mengelak serangan Lovie dengan
menggunakan pedangnya. Lovie tertolak ke belakang. Lovie menjejakkan kaki ke
tanah. Eber mengambil kesempatan menyerang Lovie dari bawah. Dia melibas pedang
hitamnya sekuat hati. Lovie melompat setinggi yang boleh. Kemudian Lovie terjun
dengan menghayunkan pedangnya dari atas. Eber berundur ke belakang. Pedang
Lovie mencecah tanah dan menghasilkan parit yang selebar sepuluh sentimeter.
Memang menakjubkan. Atiqah tidak menyangka bahawa dia berkesempatan untuk
menyaksikan perlawanan seperti ini yang selalunya yang hanya boleh ditonton di
kaca tv sahaja. Seperti filem Shaolin Soccer yang sememangnya terlalu mengarut
tetapi memang kelakar.
Lovie dan Eber berbalas serangan sehingga
rumput-rumput sepanjang peha di sekeliling mereka seperti sudah dimesin dengan
mesin rumput. Lalang-lalang yang tumbuh meliar meniarap menyembah bumi apabila
terkena hembusan serangan daripada pedang mereka berdua.
Mata Atiqah meliar mencari jam dinding. Sudah
hampir dua jam mereka berdua bertarung. Matahari kian bersembunyi. Malu setelah
hampir setengah hari menampakkan sinarnya.
"Mereka dah habis berlatih ke?" Belle
yang sedang mengelap tangan bertanya. Dia baru selesai memasak spageti.
"Belum lagi." Atiqah menjawab spontan.
Matanya masih tidak berganjak. Dia ingin menyaksikan pertarungan mereka berdua
sehingga habis. Opppss!! "Sorry, Belle. Aku lupa nak tolong
kau!" Atiqah baru tersedar. Tadi baru sahaja dia berhajat untuk membantu
Belle. Tapi dia hanyut tatkala Eber dan Lovie mula menghunuskan pedang
masing-masing.
Atiqah mengalih memandang Belle dengan mata yang
menagih seribu keampunan. Dia sudah terlalai kerana menyaksikan latihan Eber
dan Lovie.
"Tak apa." Belle tersengih. "Aku
memang dah biasa buat kerja sorang-sorang." Belle menyambung sambil duduk
di atas kerusi menghadap Atiqah. Dari kedudukannya, dia dapat menyaksikan Eber
dan Lovie di luar. Mereka berdua berdiam diri agak lama sambil melayan fikiran.
"Nampaknya Eber perlu meningkatkan lagi
kekuatan dia." Belle bersuara setelah seketika. Eber dan Lovie sudah
menghentikan pertarungan mereka berdua. Kedua-dua kelihatan kepenatan ketika
berjalan pulang ke rumah.
"Apa maksud kau?" Atiqah bertanya
kehairanan. Belle mendiamkan diri beberapa saat sebelum menjawab pertanyaan
Atiqah.
"Sebenarnya, aku tak pernah lihat Eber parah
macam tadi." Belle menyambung. Atiqah bertambah hairan. Bukankah Belle
yang menyebabkan Eber menjadi sedemikian rupa?
"...." Atiqah hanya mendiamkan diri
sambil mengerutkan dahinya dan memandang Belle dengan pandangan yang penuh
dengan tanda tanya.
"Lapar la!" Kata Eber dan Lovie
serentak dari muka pintu. Kemunculan mereka mematikan perbualan Atiqah dan
Belle sebentar tadi.
"Mandi dulu!!!" Belle menjerit.
Kedua-dua remaja lelaki itu kaku seperti baru dimarahi oleh emak mereka yang
sedang frust menonggeng. Atiqah merasakan bahawa Belle layak untuk menerima
tabik spring kerana berjaya menundukkan lelaki-lelaki di hadapannya itu.
"Ok..." Kedua-dua mengeluh serentak.
"Lovie, pakai baju aku nanti. Baju kau dah
masam." Eber memberi cadangan.
"Aku jalan je." Lovie menyetujui
cadangan Eber.
"Kau pergi mandi dulu. Nanti aku letakkan
baju kat tepi pintu." Eber berkata sambil berjalan menuju ke biliknya di
tingkat atas. Lovie menapak menuju ke bilik air dengan segera. Dia sendiri
sudah rimas dengan badannya yang berpeluh. Melekit.
"Tuala ada kat dalam, Lovie." Belle
menyambung.
"Ya..." Lovie tersenyum sambil menutup
pintu bilik air. Perkataan 'sayang' di hujung ayat yang ingin diluahkan seperti
tersangkut di pangkal kerongkong apabila Lovie mengingatkan kembali jerkahan
Belle tadi. Huh...Lain kali ajalah.
Keempat-empat mereka mengadap spageti yang masih
berasap di dalam pinggan. Walaupun spageti tersebut nampak lazat, tetapi Lovie
seperti tidak berpuas hati dengan sesuatu. Eber yang duduk bertentangan dengan
Lovie tertahan-tahan ketawanya. Wajah Lovie yang cerah jelas mempamerkan reaksi
malu. Darah merah merajai parasnya. Hampir-hampir rambut merahnya tenggelam
dengan kemerahan mukanya.
'Celaka, Eber. Kenapa dia bagi aku baju pink?
Siap ada gambar arnab lagi! Mampuslah kalau orang gelakkan aku nanti!' Lovie
menyumpah di dalam hatinya.
"Kenapa, Lovie? Kau nampak macam tak sihat
je?" Atiqah perasan dengan reaksi Lovie. Sebenarnya, Atiqah sendiri ingin
ketawa apabila Lovie keluar daripada bilik air dengan mengenakan baju T
berwarna merah jambu yang bercorak arnab putih dengan seluar jeans Eber yang
koyak sedikit di peha. Banyak seluar jeans Eber yang terkoyak. Adalah
mengoyakkan seluar merupakan kegemaran Eber? Lovie kelihatan seperti mamat
bunga jika dilihat di bahagian atas. Tetapi seperti gengster jalanan bila
dipandang di bahagian bawah pula. Eber yang sedang menyudu spageti berpura-pura
tidak faham.
"Awak nampak macho la dengan baju tu, Lovie?
Tak sia-sia saya pilih!" Belle menyuakan lada sulah sambil memuji
ketampanan Lovie. Lovie sedikit tersentak.
'Belle yang pilih ke?' Lovie menyoal diri
sendiri.
"Ye ke?" Lovie seperti ingin melompat.
'Rupa-rupanya, Belle yang belikan baju ni, patutlah lawa sangat!' Serta-merta
riak wajah Lovie berubah.
"Hmm! Awak nampak macam Lee Jun Ki!"
Atiqah yang tadinya menjadi pemerhari politik kini memuji.
"Lee Jun Ki?" Ketiga-tiga mereka
menyoal serentak. Sapa tu? Atiqah baru tersedar.
"Uhm...maksud saya, Lee Jun Ki tu boleh la
dikatakan sebagai kacak, hensem dan uhm.......... kacak?" Atiqah mati
akal. Apa lagi perkataan yang sama waktu dengan kacak huh? Kalau dia bagitau
pun, mereka bertiga bukan kenal pun. Koman-koman pun, nanti mereka hanya
menangguk. Buat-buat faham.
"Oh... Maksud awak, Lovie ni nampak kacak la?
Begitu?" Eber bertanya.
"A'ah!" Atiqah mengiakan. Dia mengakui
bahawa Lovie memang tampan. Tapi, ketampanannya tak boleh ditandingi dengan
ketampanan Eber. Mungkin sebab Eber nampak lebih matang. Ish! Apa yang aku
mengarut ni?
"Sudah la, jangan puji aku lebih-lebih.
Nanti aku malu pulak!" Lovie bersuara. Pipinya sudah terasa panas sejak
tadi. Pujian berbakul-bakul yang diterimanya tadi membuatkan dia hampir hilang
kawalan. Memang Lovie ni makan dek pujian.
Setelah itu, mereka berempat menghabiskan makan
malam sambil berbual-bual mengenai banyak perkara. Lovie menceritakan bahawa
dia menemui resepi baru iaitu membuat puding pisang yang dinamakan Puding
Pisang Lovie. Rasanya seperti puding daripada syurga. Begitulah Lovie
menjelaskan tentang kelazatan puding barunya itu. Pernahkan puding dari syurga
jatuh ke bumi? Soalan itu bermain-main di fikiran Eber, Belle dan Atiqah. Namun
tiada siapa yang menyuarakan soalan tersebut memandangkan mereka bertiga
terlalu lapar. Belle pula merancang untuk mengajak Eber membeli-belah hujung
minggu nanti. Eber tidak dapat menolak kerana Belle mengunakan alasan bahawa
dia ingin membelikan baju untuk Atiqah. Atiqah berasa serba-salah pula dengan
situasi itu. Tetapi nampaknya Eber agak beria-ia kali ini kerana
sekurang-kurangnya, nanti dia sudah tidak perlu menemai Belle ke kawasan
larangan kerana Belle sudah mempunyai teman. Huh! Memang ada rahmat di sebalik
kedatangan Atiqah ni!
Eber dan Lovie bersama-sama bertolak meninggalkan
rumah tersebut setelah selesai makan malam. Akhirnya Atiqah tahu di manakah
Lovie menyimpan senjatanya. Dia menyematkan pedangnya di pinggangnya. Sekali
imbas, senjata tersebut kelihatan seperti pisau pendek. Namun, pisau itu
mempunyai keupayaan untuk memanjang sehingga menyamai panjang pedang biasa. Ajaib
tu! Pedang emas tersebut merupakan pedang warisan keturunan Wentz sejak
beberapa generasi. Itulah penjelasan Lovie apabila ditanya oleh Atiqah mengenai
pedangnya. Sebenarnya, Lovie agak terharu kerana inilah kali pertama seseorang
bertanya mengenai pedangnya. Jadi, dia agak gugup ketika memberi penjelasan
kepada Atiqah kerana dia risau dia akan tersilap menyalurkan fakta. Macam first
time nak buat love confession pulak.
Dalam diam Atiqah mengagumi pedang tersebut.
Warna kuning emas. Pemegangnya berwarna merah darah. Terdapat sebutir batu
berlian putih sebesar dua puluh sen dihujung pemegang tersebut. Agak-agak
Atiqah, kalau dia menggadai batu tersebut, mungkin dia sudah mampu membeli
lapan ekor kuda hitam untuk diajak bermain aci ligan.
bersambung...
Posted at 02:25 am by Hasuna
Permalink
Thursday, June 21, 2007
Salam....here's chapter 11. I'm too lazy to say anything more.
Rene merenung langit malam. Jeritan salah seekor sheera singgah di cuping telinganya. Terlalu memalukan. "Huh!" Sia-sia sahaja makhluk jahanam tu. Tak berguna langsung. Rene merasai bayu angin yang menjadi kegemarannya. Memang damai. Kedamaian itulah yang ingin dicapainya selama yang boleh. "Dah jumpa ke?" Tiba-tiba satu suara menyapa. Rene cukup kenal suara tersebut. Dia langsung tidak berkalih. Matanya ditutup lembut. Bayu angin yang masih berhembusan dinikmati lagi. "Kau rasa apa?" Rene berkata selepas seketika. Dia menanti jawapan suara tadi. Suara itu tertawa kecil. Rene membuka matanya. Tangannya yang masih memegang pagar koridor mencengkam bata koridor itu. "Bila kau nak bertindak?" Akhirnya suara itu membalas dengan pertanyaan. Rene berkalih. Rambutnya yang panjang dan diikat rapi melayang-layang ditiup angin apabila dia mengalihkan kepalanya. Mata hitam dakwatnya menangkap lembaga manusia yang sedang bersandar di dinding. Rambut panjangnya yang berwarna hitam pekat dibiarkan menutup pandangannya. Hanya hujung rambut tersebut diikat dengan reben merah untuk mengelakkan rambut tersebut daripada meliar. Baju labuh yang berwarna hitam bercorak merah darah menyeret ke lantai. Rene melemparkan kembali pandangannya ke langit malam. "Val...... bila tiba masanya, ketika itulah aku akan bertindak." Rene bersuara. Val menyeka rambutnya. Dia memandang Rene agak lama. Val kemudian berjalan dan berdiri di sebelah Rene. Dia memeluk tubuh. Matanya yang berwarna sama hitam dengan rambutnya merenung bulan sabit yang sedang bersembunyi di sebalik awan kelam. Menarik. "Oh. Jadi, apa gunanya kau hantarkan Sheera jika masanya masih belum tiba?" Val menyoal. Kadang-kadang Rene terlalu sukar difahami. Tindakannya tidak dapat diduga. Fikirannya payah untuk dibaca. Itulah kelebihan Rene. "Tiada sebab." Rene menjawab pendek. "Tiada sebab?" Val hairan. Tetapi itulah Rene. Lain daripada yang lain. "Ehm..." "Kau rindukan dia?" Val bertanya. Dia sekadar bertanya. Tetapi tidak mengharapkan jawapan daripada mulut Rene. Dia sangat maklum akan Rene. Sudah lama dia kenal Rene. Rene mendiamkan diri. Tiada langsung patah perkataan yang keluar daripada bibirnya yang pucat. Val menghela nafas. Kedua-duanya mendiamkan diri. 'Hasuna. Sudah terlalu lama aku nantikan...' Rene berbisik sendiri. Kemudian dia berpaling dan meninggalkan Val sendirian. * * * Eber meredah kegelapan malam dengan bantuan cahaya daripada lampu surfernya. Tadi merupakan Sheera yang kedua yang berjaya dibunuhnya selepas beberapa hari yang lalu. Peluh sudah lama membasahi baju T yang dipakainya. Luka yang diperolehi tidak separah dulu. Mujurlah air mishca tidak lupa dibawanya. 'Aku perlu berlatih lagi'. Eber menjeling jam tangan. Dua jam lagi fajar akan menyinsing. Tidak sangka dia menghabiskan lebih daripada tiga jam untuk menyelesaikan seekor sheera. Sheera tadi bersemangat hidup seperti lipas. Payah untuk ditumbangkan. Akhirnya nasib masih memihak kepadanya. Surfer terus dipecut. Tiada kedapatan walau seekor pun chimera atau banshee. Hairan. Kenapa agaknya? Radar direnung untuk kali yang ke lapan. Tiada sebarang gelombang. Setelah hampir setengah jam, Eber mengubah haluan. Dia perlu pulang ke markas. Matahari yang akan menjelma bakal mengusir makhluk-makhluk ghaib itu. Eber meneruskan perjalanannya. Dia menyelit-nyelit di sebalik pokok-pokok hutan mencari buruan. Akhirnya Eber mengambil keputusan untuk berpatah balik. Dia menukar haluan surfer. Mencari arah pulang. Tiba-tiba pandangan Eber perasan sesuatu di dalam semak sedang bergerak. Eber berjaga-jaga. Dia mengerling radar. Tiada sebarang gelombang. Apakah agaknya? Eber turun daripada surfer. Pisau pendek yang sepanjang dua jengkal dikeluarkan. Semak tersebut bergerak lagi. Eber membaling pisaunya. Jeritan kecil kedengaran. Eber cepat-cepat berlari ke arah semak tersebut untuk memeriksa. 'Tiada apa?' Eber kehairanan. Dia bersumpah bahawa tadi dia terdengar jeritan kecil. Tapi, yang dia jumpa kini hanyalah pisaunya yang terpacak di perdu pokok dan secebis kain buruk. Kain buruk? Eber mencabut pisaunya. Dia meneliti mata pisaunya. Terlekat palitan cecair pekat yang berwarna jernih. 'Apa ni?' Eber kehairanan. Dia memeriksa semak-samun tersebut. Terdapat dua tiga ranting pokok-pokok herba yang patah. Seperti sudah dipijak oleh haiwan atau pun mungkin bukan haiwan. Di dalam Hutan Gelap ini, tiada benda yang mustahil. Agak lama Eber memandang mata pisaunya sambil memikirkan beberapa kemungkinan. Setelah itu, Eber mengambil keputusan untuk pulang. Beribu persoalan masih menyerbu benaknya. Namun dia tiada jawapan. * * * Eber sampai di hadapan rumahnya tepat pukul enam empat puluh sembilan minit pagi. Dia memarkir surfer di dalam garaj sambil membimbit akhbar tabloid hari ini di ketiaknya. Kunci yang terikat dengan rantai dan dompetnya dicapai. Dia membuka kunci tombol pintu. Tombol dipulas dan ditolak. Terlekat. "Terlupa pulak. Bodoh betul!" Eber mengutuk diri sendiri. Semalam dia ada menyuruh Atiqah menyelak pintu. Tentulah pintu tidak dapat dibuka dengan hanya kunci yang dibawanya itu. "Ehm....macam mana ek?" Eber mengaru-garu kepalanya. Dia mendapat idea. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Telefon bimbit hitam berkilat yang terlalu nipis dan berukuran kira-kira setengah jengkal panjang dan dua inci lebar digenggam. Dia mendail rumahnya. Kedengaran deringan telefon bersahutan di dalam rumah. Lebih kurang lima minit Eber menunggu. Telefon tersebut masih belum diangkat. 'Apa yang Belle buat ni? Cepatlah angkat!' Eber menjerit di dalam hatinya. Tiba-tiba deringan telefon berhenti. Eber meletakkan telefonnya di telinga. "Belle! Buka pintu cepat! Dah lama aku tunggu ni!" Eber mengarah tanpa menyapa. "Eber ke ni?" Suara di talian bertanya. Ni bukan Belle! "Atiqah? Sorry. Tolong bukakan pintu, boleh?" Eber menukarkan nada suaranya. 'Alamak! Malunya!' Kenapalah bukan Belle yang angkat. Ish! Belle ni mimpi apa agaknya sampai bangun lewat macam ni? Eber mengutuk di dalam hati. Padahal sebenarnya hari ini dia yang pulang awal daripada biasa. Selalunya dia akan pulang pukul tujuh lebih. "Okay. Kejap ek!" Atiqah berkata sebelum meletakkan gagang dan berlari ke arah pintu. Eber mendengar bunyi lari kecil di dalam rumah dan selak pintu dibuka dari dalam. Terserlah wajah Atiqah yang kelihatan seperti sudah lama bangun tidur. Eber tersenyum. Atiqah bergegas berlari semula ke gagang telefon. "Aku dah bukak, Eber." Atiqah berkata kepada gagang. "Aku tahu. Terima kasih." Eber berkata sambil tangannya masih meletakkan telefon bimbit di telinganya. Kemudian Eber menekan punat mematikan perbualan. "Oh! Sama-sama..." Atiqah malu sendiri. Dia tersasul agaknya. Apa yang aku buat ni? Ish! Malunya! Tapi Atiqah masih mampu mengawal ekspresi wajahnya. Dia meletakkan gagang kembali ke tempat asal dengan mempamerkan wajah tidak bersalah. Eber terlepas ketawa pendek. Kemudian dia melangkah masuk. "Awal kau bangun, Atiqah." Eber menegur. Dia berjalan terus ke dapur dan meletakkan akhbar di atas meja makan yang cukup untuk empat orang. Kemudian dia mendapatkan sekotak susu lembu di dalam peti sejuk dan sebiji gelas di rak pinggan. Dia menuangkan susu sehingga penuh segelas sebelum meneguknya dengan sekali teguk. Dahaga sangat. Memang nikmat. "Oh! Aku bangun sembahyang subuh tadi." Atiqah membalas sambil berjalan ke arah pintu dapur yang memisahkan antara dapur dengan ruang tamu. Eber hanya mengangguk sambil terus menghabiskan susunya. Atiqah berhenti di muka pintu. Dia hairan. Kenapa badan Eber berbau darah? Dia menghadiahkan pandangan yang pelik kepada Eber. Eber perasan akan pandangan mata Atiqah. "Kenapa?" Eber bertanya kehairanan. "Bau darah. Awak." Atiqah berkata sambil matanya menagih jawapan. Adakah Eber berkerja sebagai pembunuh upahan? Atiqah membuat tanggapan sendiri. Ya Allah! Tak sangkanya! "Awak bunuh orang ke?!!" Atiqah bertanya sambil berundur beberapa tapak ke belakang. Kalau betul, mampuslah aku! Aku dah tahu rahsia dia! Atiqah menjerit di dalam hati. Kakinya tiba-tiba sahaja menjadi lembik. Dia rebah ke lantai. Fikirannya serta-merta terbayang babak-babak di dalam drama CSI yang selalu ditontonnya. Dia tidak sangka bahawa dia bakal melalui pengalaman tersebut. Dia akan dibunuh oleh Eber. Kemudian Eber akan mengorek lubang di dalam hutan di sebelah rumah ini dan menanamnya tanpa sembahyang jenazah dan bacaan talkin. Tidak pun, Eber akan membuangnya di dalam paya yang berdekatan. Paya yang menjadi perkampungan ikan piranha yang akan menghabiskannya dalam masa beberapa minit sahaja. Ataupun Eber menghumbannya ke dalam laut. Biar dia diratah jerung yang kelaparan. Sungguh menyeramkan. Kemudian dia terbayangkan pula babak apabila Belle bertanya kepada Eber. 'Di manakah Atiqah?' Tentunya Eber akan menjawab. 'Dia dah lari dari rumah ni agaknya.' dengan selamba. Belle pula akan mempercayai Eber seratus peratus memandangkan wajah Eber memang nampak baik. Siapa pun pasti tidak akan percaya jika diberitahu bahawa Eber merupakan seorang pembunuh. "Saya? Bunuh orang?" Eber bertanya seperti terkejut dengan tuduhan Atiqah. Pandai betul mamat sorang ni berlakon. Atiqah ingin melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia tidak mampu. Dia merasakan kakinya kini tidak berguna langsung. Dia terlalu takut. "Ya! Kau pembunuh! Kalau tidak, kenapa badan kau berbau darah?" Atiqah bertanya. Dia seperti hendak menangis. Dia tak mahu mati di sini. Dia masih ingin meminta maaf dengan ibubapanya, kawan-kawannya dan tidak lupa juga haiwan-haiwan peliharaannya, kucing-kucingnya, ayam itik di tepi rumahnya. "Mengarutlah awak ni, Atiqah." Eber menjawab sambil ketawa kecil. "Dah la. Jom bangun. Pasal apa awak rebah pulak ni? Mana Belle?" Eber bertanya sambil menghulurkan tangannya kepada Atiqah. Atiqah menepis tangan Eber. "Jangan dekat!!" Atiqah menjerit. Air matanya sudah berjurai. Mesti Eber ni sudah terlalu biasa membunuh orang. Kalau tidak, kenapa dia masih boleh ketawa? "Apa yang kau buat ni, Eber?!!" Belle muncul dengan tiba-tiba melompat tinggi dan menendang Eber tepat mengenai tulang pipinya yang sebelah kiri. Eber terpelanting ke tepi dinding dan jatuh terduduk. Apa salahnya sehingga dia dihadiahkan tendangan padu daripada adiknya sendiri? "Kau tak apa-apa ke, Atiqah?" Belle memegang bahu Atiqah. Atiqah hanya mengangguk kerana dia tidak dapat berkata apa. Matanya bercucuran dengan air mata. Belle berpaling memandang Eber yang sedang mengusap pipinya. Sakitnya! "Apa yang kau dah buat ni, Eber? Aku tak sangka kau sebenarnya macam ni!!!" Belle menjerit sambil menendang abangnya beberapa kali lagi. Eber kalut menahan tendangan Belle dengan tangannya. Belle sungguh tidak menyangka bahawa abang yang terlalu disayangi dan disanjunginya itu sanggup melakukan perkara yang begitu menjelikkan. Berani Eber hendak mencabul kehormatan Atiqah. Belle memang tidak menyangka. Apakah silapnya sehingga Eber bersikap sedemikian rupa? Adakah kerana Belle selalu memaksa Eber supaya mengikutnya ke kedai yang menjual women's undergarment yang menyebabkan Eber menjadi begini? "Belle!! Apa salah aku??!!" Eber menjerit. Dia masih menahan tendangan Belle. Tidak cukup dengan itu, Belle menendang perutnya. Eber mengerekot di atas lantai. Aduhhh! Dah lah tadi aku parah lawan dengan sheera, sekarang aku kena berhadapan dengan Belle yang naik angin pulak! "Apa salah kau??!! Takkan kau tak tahu kot?!" Belle menendang lagi perut Eber. Eber mengusap perutnya. Belle lebih ganas daripada banshee. "Tau apa??!!" Eber menjerit. Dia mengerang kesakitan. Dia masih keliru. Kenapa dengan mereka berdua ni? Sorang menangis tiba-tiba. Sorang lagi belasah aku bagai nak rak. "Kenapa kau nak cabul Atiqah??!!!" Belle menjerit sambil menghentakkan kakinya di atas perut Eber. Eber menahan kaki Belle dengan tangannya. 'Cabul?' Eber hairan. Atiqah yang sedang menangis tiba-tiba berhenti menangis. Bila pulak dia cabul aku? Atiqah bertanya sendiri. "Bila pulak aku nak cabul dia??!!" Eber bertanya. Dalam kesakitan dia berusaha menahan serangan Belle yang tidak henti. "Tadi!" "Tadi?" Eber berhenti. "Sudah!!! Sudah!!! Dengar apa yang aku nak cakap dulu!!!" Eber ingin membela diri. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya meminta Belle supaya berhenti daripada menendangnya. Belle mengambil kesempatan untuk menendang perutnya sekali lagi. Eber tertunduk. Tangannya menahan perutnya yang sakit. "Belle..." Atiqah memanggil dalam tangis. Dia berusaha menghentikan tangisannya. "Apa?" Belle berkalih. Dia memandang Atiqah yang sedang mengesat matanya. Kasihan Atiqah. Eber memang memalukan kaum! Belle memeluk Atiqah. "Maaf, Atiqah. Aku tak sangka Eber macam ni." Belle seperti ingin menangis. "Kejap, Belle. Eber bukan nak cabul aku." Atiqah berkata perlahan. Belle tersentak. Dia memandang Atiqah dengan penuh tanda tanya. "Habis tu?" Belle hairan. Habis tu? Kenapa Atiqah menangis? "Aku menangis sebab dia pembunuh! Aku takut dia bunuh aku kerana aku dah tahu tembelang dia!!" Serta-merta air mata Atiqah gugur semula. Pembunuh?! Pembunuh lebih teruk daripada pencabul! Serta-merta tumbukan sulung Belle singgah di muka Eber. Eber yang baru cuba untuk bangun sebentar tadi kini terlantar semula. Kepalanya terhantuk ke lantai. Aduhhh!! "Sebab.... sebab.... ada bau darah di badan diaaaa...." Atiqah menyambung. Dia agak gerun apabila melihat Belle membelasah Eber bertubi-tubi. Belle kelihatan seperti lembu yang sedang mengamuk. Lebih elok jika dia disamakan seperti gajah yang sedang naik minyak. Kemarahannya seperti tidak dapat dikawal lagi. "Bau darah?" Belle terhenti seketika. Apa yang nak dihairankan dengan bau darah. Memang selalunya bila Eber pulang, badannya pasti berbau darah. Kerana bau darah chimera dan banshee terlalu kuat. Kadang kala, apabila terkena pakaian Eber, lagi kuat bau tersebut. Tambahan pula, bau darah memang lumrah jika dinisbahkan dengan pemburu. "Sebab tu je?" Belle bertanya meminta kepastian. "Uhmm." Atiqah mengangguk. Tiba-tiba riak wajah Belle berubah seperti ternampak hantu pocong. Mulutnya ternganga seperti tidak percaya. Aku dah salah faham!!! Belle memalingkan pandangannya ke arah Eber. Eber kelihatan seperti hampir pengsan. Keadaannya kala itu sungguh sadis. Seperti baru dipijak sekawan kerbau sesat di padang pasir yang sedang berlumba untuk meminum air di oasis. "Eber!!!!! Maafkan aku!!!!" Belle mendapatkan abangnya yang sedang terlantar di lantai dan memangku abangnya. Kala itu, Eber kelihatan lembik seperti tidak bertulang apabila dirangkul oleh Belle. "Huh???!!" Atiqah hairan dengan tindakan Belle yang tiba-tiba. * * * Kipas angin yang tergantung di siling berputar dengan kelajuan perlahan. Suasana begitu sunyi. Bagaikan malaikat maut sedang melintas kala itu. Asap berkepul-kepul keluar daripada tiga buah mug yang penuh diisi dengan coklat panas yang terhidang di atas meja. "Maaf." Atiqah bersuara memecah kesunyian. Sudah hampir seratus kali Atiqah meminta maaf. "Tak apa. Aku yang salah..." Eber membalas. Sudah hampir seratus kali juga Eber memaafkan Atiqah. Atiqah memandang Eber yang sedang membaca akhbar di atas meja. Tangannya kelihatan terketar-ketar ketika mengalihkan halaman akhbar daripada satu halaman ke halaman yang lain. Sekali lagi rasa bersalah menyerang dirinya. "Maaf..." Atiqah berkata lagi. Menyesalnya. Kenapalah dia berburuk sangka kepada Eber. Sudahlah dia terlalu baik kerana membenarkan dia tinggal di sini. Sepuluh minit yang lalu.... "Memburu banshee dan chimera??!!" Atiqah bertanya dalam keadaan terkejut. Rupa-rupanya Eber merupakan pemburu makhluk ghaib. Atiqah ingatkan dia hanya memburu arnab ke, beruang ke. Atiqah tidak meyangka bahawa banshee dan chimera diburu di alam ini. Apa yang pernah didengar olehnya, chimera adalah makhluk raksasa dalam mitos Greek. Chimera dikatakan mempunyai badan daripada campuran pelbagai jenis binatang iaitu singa, kambing, dan naga. Di samping itu, chimera merupakan keturunan Typhon dan Echidna (Ibu kepada semua raksasa) dan bersaudara pula dengan Cerberus dan Lernaean Hydra. Manakala banshee pula adalah mitos yang wujud dalam masyarakat Irish. Kemunculan banshee menandakan bahawa kematian akan berlaku. Semua tersebut hanyalah dongeng masyarakat bagi Atiqah. Tidak sangka juga perkara sebegitu wujud di sini. Bukan itu saja, malah makhluk dongeng tersebut diburu pula. Memang pelik. "Ehmm, sebab tu lah badan dia berbau darah. Banshee dan chimera selalunya membuat kacau di sini. Tetapi, pembinaan tembok keramat di sekeliling Hutan Gelap menyebabkan mereka semua kurang berkeliaran dan hanya muncul di dalam Hutan Gelap. Khidmat pemburu pula diperlukan untuk mengapuskan mereka kerana mereka pernah membuat durjana di dalam masyarakat suatu ketika dahulu. Masyarakat menghormati pemburu kerana berani mengorbankan nyawa dalam melindungi bandar dan menentang kejahatan. Di samping tu, gaji pemburu juga lumayan!!" Belle menerangkan dengan panjang lebar. Atiqah ternganga. Dirasakan seperti dia sedang mendengar sebuah cerita dongeng yang menarik. Bezanya cuma satu. Dia merupakan salah seorang watak dalam cerita dongeng tersebut. "Ohhh..." Atiqah mengangguk tanda faham. Dia membantu Belle mendudukkan Eber di atas kerusi. Kasihannya Eber, dia jadi mangsa salah faham aku. "Tak apa, Atiqah. Aku yang salah. Aku tak bagi tahu kau pekerjaan aku yang sebenar. Bukan salah kau kalau kau fikir aku pembunuh pun, sebab kau tak tahu..." Eber menenangkan Atiqah sambil tersenyum senget dalam sakit. Situasi kini kelihatan seperti terbalik pula. Sepatutnya Eberlah yang dipujuk kerana dia yang cedera parah. Tetapi lain pula yang terjadi. Belle pula sedang sibuk menyapu ubat di wajah abangnya dengan berhati-hati. "Uhh..." Eber berbunyi sedikit apabila wajahnya yang lebam disentuh Belle. "Sorry!" Belle membalas. Sebenarnya, Bellelah orang yang paling merasakan bahawa dia yang patut dipersalahkan kerana dialah yang bertubi-tubi menyerang Eber tanpa menyoal terlebih dahulu. Kalaulah ada air mischa kala ini, mesti lebam-lebam Eber sudah lama kurang. Eber dah habiskan air tersebut ketika bertarung dengan sheera malam tadi. "Tak apa." Eber membalas. Setelah selesai, Eber mencapai mug berwarna oren yang berisi coklat panas. Dia meneguk perlahan-lahan. Rasa segar menguasai badannya. "Belle. Aku nak tanya, kenapa kau kata aku nak cabul Atiqah tadi?" Eber bertanya setelah dia menghabiskan separuh daripada minuman tersebut. Atiqah yang mendengar tersipu-sipu malu. Ish! Belle ni pun, kalau nak salah faham pun, biarlah benda yang tak memalukan. Atiqah meneguk minumannya sambil menanti jawapan Belle. Dia meneguk perlahan-lahan sambil memasang telinga. "Entahlah. Sebab Atiqah menangis agaknya. Sebab tu lah aku terajang kau. Aku rasa bersalah pulak sebab selalu ajak kau ikut aku ke kedai yang bukan-bukan..." Atiqah tersedak. Wajah Eber pula memerah tiba-tiba. Ibarat tomato yang masam. Malunya! 'Belle, jangan sebut, okay?!' Eber memberikan isyarat melalui matanya kepada Belle. Belle hanya tersenyum kecil. Nasib baik Atiqah tidak perasan Eber dan Belle sedang berinteraksi dalam bahasa isyarat yang hanya mereka berdua yang tahu. Eber tidak mahu Atiqah menyangka bahawa dia adalah lelaki yang tidak tahu malu kerana mengikut Belle ke tempat macam tu. "Kedai bukan-bukan?" Kedai apa ya? Atiqah hairan. Yang Eber ni pulak, kenapa tiba-tiba malu-malu kambing? Ntah-ntah.... "Tak ada apa-apa. Belle tu mengarut ja." Eber berkata. Kemudian dia menghabiskan coklat panasnya dengan tangan yang masih terketar-ketar. Setelah itu, dia bangun daripada kerusi. "Aku pergi tidur dulu. Nanti kejutkan aku bila waktu makan tengahari." Eber berkata sambil memanjat tangga ke tingkat atas. Dia kemudiannya menghilangkan diri setelah beberapa ketika. bersambung......
Review please!
Posted at 03:10 pm by Hasuna
Permalink
Sunday, June 17, 2007
Salam....This story goes even weirder. Sorry, I don't really know how to write fighting scene. Maybe my way of writing it is way too lame..anyway, review please!
"Dia dah pergi ke?" Atiqah hampir pengsan apabila Belle yang muncul entah dari mana tiba-tiba menegurnya daripada belakang. Jantungnya dirasakan hampir luruh. Atiqah yang baru selesai mengunci pintu berpaling. Dia mengurut dadanya perlahan. "Dia dah pergi dah." Atiqah menjawab. "Oh." Belle kemudian berjalan ke arah sofa diruang tamu. Dia duduk bersila di atas sofa tersebut. "Kau gaduh dengan suami kau ke?" Atiqah bertanya. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena ketika dia turun tadi. Bukanlah dia ingin menjaga tepi kain orang. Tetapi kebetulan dia terlibat sama. Jadi, kalau boleh dia ingin mendamaikan mereka. "Suami? Siapa?" Belle bertanya dengan kehairanan. Bila pula aku kahwin ni? Belle mencapai remote televisyen dan menekan butang. Televisyen menyala memaparkan warta berita. LolaTV? Apa tu? Atiqah hairan. "Eber tu bukan suami kau ke?" Atiqah bertanya untuk mendapatkan kepastian. Sejak mula lagi dia sudah menyangka bahawa mereka berdua adalah suami isteri. "Hahahaha!!" Belle tertawa kuat. Dia rasa sungguh lucu. Selama ini Atiqah menyangka dia isteri Eber ke? Dia ketawa lagi. "Eber tu kau kata suami aku?" "A'ah. Kenapa? Bukan ke?" Atiqah bertanya. Kalau dia tersilap, memang memalukan. Tapi Belle yang menyebabkan dia berfikir begitu. "Bukan lah. Dia tu abang aku." Belle menjawab. Ketawanya masih bersisa. Dia tidak sabar untuk memberitahu Eber tentang perkara ini. Kejap!. Tadi aku baru saja bergaduh dengan dia. Nanti dia gelakkan aku pula sebab mengalah dulu. Ish! Nak buat macam mana ni? Aku tak boleh tahan kalau tak beritahu dia! Ego Belle masih tinggi. "Laa...Mati-mati aku ingat dia tu suami kau!" Atiqah berkata sambil mengambil tempat tidak jauh daripada Belle. Dia meletakkan bekalan dan termos yang dibawanya sejak tadi di atas meja panjang. "Sebab apa kau kata macam tu?" Belle bertanya. Matanya masih tertancap di kaca televisyen. "Gaya kau cakap macam kau ni cemburu." Takut aku ni rampas abang dia kot. "Ya ka? Tak perasan pula aku." Belle membalas. "Oh ya! Kenapa kau tak makan lagi makanan tu?" Belle bertanya kepada Atiqah sambil menunjukkan tangannya ke arah makanan yang diberikan kepada Atiqah. "Ni sebenarnya untuk Eber ke?" Belle terdiam. "Biar padan muka dia. Kau makan je la, Atiqah. Aku nak ajar dia sikit hari ini." Belle berkata sambil memaparkan wajah yang menunjukkan rasa puas setelah dia berjaya membalas dendam kepada Eber. "Oklah. Kau tak nak makan sekali ke?" Atiqah bertanya. Benda dah lepas. Eber pun dah keluar. Baik dia makan saja. "Boleh juga. Kau tolong ambilkan camca kat dapur. Aku dah malas nak bangun dah ni." Belle membalas. Atiqah bangun mengambil dua batang camca. Kemudian mereka berkongsi bersama-sama. "Memang sedap la kau masak Belle!" Atiqah memuji untuk kali kedua. Tambahan pula, dia memang gembira apabila berjumpa dengan nasi hari ini. "Hehe.." Belle ketawa. Sekali lagi dia berasa bangga. Pujian Atiqah memang lain daripada pujian Eber. Kemudian mereka terus menyudu sambil menonton bersama. Atiqah merasakan siaran tersebut terlalu asing baginya. Tetapi dia tidak berkata apa. Dia sedang belajar menerima hakikat. "Atiqah." Tiba-tiba Belle bersuara. "Uhmm?" Atiqah bertanya. "Aku rasa, kau ni sebenarnya dah sesat jauh, tau tak?" Belle berterus-terang. Atiqah hanya terdiam. Camca masih terlekat di mulutnya. Belle memandang Atiqah sambil menunggu sebarang reaksi. "Apa maksud kau?" Atiqah bertanya setelah lama membisu. "Hmmm...Kau tak rasa apa-apa yang pelik ke?" Belle bertanya. Dia ingin mendengar sendiri pengakuan Atiqah. Atiqah merenung bekalan yang hanya tinggal setengah itu. Dia terdiam agak lama. Tiba-tiba Belle diserbu rasa bersalah yang teramat sangat. Kenapalah aku tanya dia waktu macam ni? Bodoh! Belle memarahi diri sendiri. "Memang. Banyak yang aku rasa pelik dan buatkan aku pening kepala. Aku hairan betul. Sepatutnya sekarang aku dah mati kalau aku tidak terselamat daripada kemalangan kelmarin. Tapi, sedar-sedar je aku dah ada kat sini. Banyak sangat benda yang pelik pada pandangan mata aku dah berlaku sejak aku buka mata tadi." Atiqah meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Tiba-tiba hatinya berasa sayu. Dirasakan kelopak matanya mula bergenang. Pandangannya berkaca-kaca. Belle yang melihat pun terasa sayu. Kemudian dia bangun dan memeluk leher Atiqah. Air mata Atiqah serta-merta berhamburan keluar. Dia terlalu terharu dengan tindakan Belle. "Sudah lah. Jangan menangis lagi, ek? Kau ada aku dan Eber. Jadi, tak payahlah bersedih." Belle cuba memujuk. Dia sendiri tidak menyangka dia mampu mengeluarkan kata-kata seperti itu. Selama ini dirasakan tidak mungkin dia mampu berbicara sedemikian. "Anyway....Terima kasih sebab bagi aku tinggal kat sini." Atiqah berkata setelah agak lama dia melayang perasaan. Dia mengesat matanya kembali. Air matanya segera dilap dengan lengan baju. Malunya! Menangis di hadapan orang merupakan perkara yang paling dia ingin elakkan. Tetapi kali ini dia tidak mampu menahan. Mudah saja hati perempuannya menangis hari ini. "Maaflah. Aku dah rosakkan mood." Belle berkata sambil tersenyum kelat. "Tak pe. Aku masih lapar ni!" Atiqah berkata. Dia segera menyudu nasi goreng masuk ke mulutnya. "Memang sedap la!!" Atiqah berkata sambil mulutnya masih dipenuhi dengan nasi. "Macam budak-budak!" Belle berkata sebelum menyuap sesudu ke mulutnya. Dia tertawa kecil. "Oh ya! Nanti kau pergi mandi lah, Atiqah. Dah berapa hari kau tak mandi. Bau pun dah macam kambing gurun." Belle menyambung. "Ya ka? Aku tak perasan pulak?" Atiqah memang betul-betul terlupa. Mana tidaknya. Otaknya semak sejak akhir-akhir ini. Dia mencium badannya. Memang! Macam badak berkubang pun ada. Ya Allah! Sembahyang pun dia dah terlupa! Kenapa dia jadi macam ni? Nauzubillah. Berapa waktu yang dia dah tinggal agaknya. Alamatnya kena qada' lah nanti. "Nanti aku bagikan baju salin. Tapi baju aku semuanya gaun atau blaus la. Kalau kau nak seluar jugak, boleh aku ambilkan seluar Eber. Tak apa kan?" Belle mencadang. Ok jugak. Lagipun Atiqah tidak boleh membayangkan dirinya memakai gaun sahaja. Rasa macam terlalu ayu pulak untuk orang sekasar dia. Tambahan pula, dia hanya menumpang. Terima sajalah apa yang ada. "Ok!" Atiqah menjawab pendek. Atiqah merebahkan dirinya di atas katil. Dia telah mengqada' sembahyangnya. Jubahnya sudah dibasuh dan sekarang sedang tersidai di ampaian yang pernah diranapkannya. Nasib baiklah gaun yang diberikan oleh Belle longgar dan labuh separas lutut. Seluar jeans Eber yang dipakainya pula longgar dan lusuh. Dia suka begitu. Nampak sederhana sahaja. Dia telah menggunakan sehelai kain yang diberikan oleh Belle sebagai sejadah. Pada mulanya Belle berasa hairan. Apa agaknya yang hendak dibuat dengan kain tersebut. Apabila Atiqah memberitahu Belle bahawa dia ingin bersembahyang. Belle bertambah-tambah hairan. Selalunya kalau orang hendak bersembahyang, mereka akan pergi ke tempat-tempat tertentu seperti yang pernah Belle lihat di dalam televisyen. Jika tidak pun, mereka ada perantaraan sebagai ganti. Sebenarnya, Belle dan Eber tidak menganut sebarang agama. Walau bagaimanapun, mereka mempercayai akan kewujudan suatu kuasa yang menguasai alam ini. Macam mana tu? Atiqah tidak faham. Kasihan mereka. Mereka terlalu baik. Sekejap! Adakah wujud agama Islam di dunia ini? Atiqah tidak tahu. Semakin banyak yang dia fikir, semakin pening kepalanya. Atiqah pernah menonton drama fiksyen yang menceritakan tentang wujudnya dunia yang selari dengan dunia yang sedia ada. Nampaknya, memang wujud dunia yang selari. Tetapi tetap terdapat perbezaan. Contohnya, Eber tidak tahu apakah itu motorsikal. Dan mungkin banyak lagi perbezaan yang Atiqah masih belum tahu. Kepala Atiqah dirasakan berpusing apabila memikirkan hal-hal begini. Sesungguhnya, akal manusia itu terlalu terbatas jika dibandingkan dengan akal Yang Maha Asa. Ya Allah! Adakah ini mimpi? Jika benar, bangunkanlah aku segera. Sesungguhnya kurasakan ujian ini terlalu berat!
* * *
"Hullo!" Eber menyapa. Semua kepala berkalih kepadanya. Kecuali seorang yang sedang tidur dan menyandarkan kepalanya di belakang sofa yang terletak tidak jauh dari tempat Eber berdiri. Wajahnya tertutup dengan topi koboi. "Lambatnya kau, Eber!" Aaron menegur. Aaron adalah seorang lelaki yang berkulit cerah. Berbanding dengan Eber yang sawo matang. Rambut kerintingnya dipotong sangat pendek dan dia mengikat kepalanya dengan kain bercorak batik. Baju T sendat tangan pendek yang dipakainya menampakkan badannya yang sederhana tegap. "Ada masalah sikit tadi." Eber menjawab. "Belle sihat ke?" Lovie yang sedang membaca akhbar bertanya. "Kenapa Belle yang kau tanya? Aku macam mana?" Eber bertanya. Lovie hanya tersengih. Eber tahu Lovie ada menaruh hati pada adiknya. Tetapi nampaknya Belle tidak menunjukkan sebarang minat kepada Lovie. Apabila ditanya kenapa, hanya satu jawapan yang diterima. 'Bosan'. Kasihan Lovie jika dia tahu. Lovie merupakan remaja yang lebih kurang sebaya dengan Eber. Berwajah lembut, berambut merah gelap yang pendek. Dia gemar memasak dan sering membawa kuih-muih jika datang. Nampaknya kuih hari ini sudah habis disental oleh mereka. Langkah kirilah jawabnya. "Kalau batang hidung kau dah tercongok di situ, maknanya sihat la tu." Lovie membalas. Eber meluku kepala Lovie dengan pantas. Lovie mengerang kesakitan yang entah sengaja dibuat-buat atau memang betul. "Kau memang!" "Masalah apa yang menyebabkan kau lambat, Eber?" Jen yang diam sejak tadi bertanya. Dia sedang duduk di bar sambil menghadap secawan kopi pekat yang sedang berasap. Kopi pekat memang kegemarannya. Tiada gula dan susu. Kemudian dia meneguk kopi tersebut sambil mengerutkan dahinya. Nikmat tetap dirasakan walaupun pahit. "Belle ke?" Jen meneka. "A'ah. Dia tu tak habis-habis suruh aku beli baju baru. Aku letih la. Duit gaji aku banyak habis kat situ je." Eber berkata sambil mengambil tempat duduk di sebelah Jen. "Kadang-kadang aku hairan la, Jen. Kau pun perempuan jugak, tapi tak loghat macam dia pun. " Eber membandingkan Belle dengan Jen. Memang mereka berdua jauh berbeza. Jen lebih kasual dan berlagak seperti tidak kisah dengan keadaan sekeliling. Tetapi dia sebenarnya sangat mengambil berat tentang rakan-rakannya. Jen tertawa kecil dengan komen Eber. Dia memang sudah maklum dengan masalah Eber. Tiap kali awal bulan, Eber akan memaparkan wajah yang masam. Bukan apa, dia selalunya tidak dapat mengelak daripada melawat kedai-kedai yang menjual pakaian-pakaian perempuan yang memang menarik tetapi boleh membuatkan poket kempis. Di samping itu, Eber terpaksa menebalkan mukanya apabila Belle mengajaknya masuk ke kedai yang menjual women's undergarment. Belle ni tak malu langsung ke? Taulah aku ni abang dia pun. Tapi sekurang-kurangnya, tolonglah rasa malu untuk aku! Eber merasakan seperti ingin menyembunyikan kepalanya di dalam tanah seperti burung unta. Tidak pun, dia akan menjalani pembedahan plastik kerana dia teramat malu. Biarlah seisi dunia ini tidak kenal siapakah dia. Eber pernah bertanya kepada Lovie dan Aaron sama ada mereka pernah menjejakkan kaki ke 'kawasan larangan' tersebut atau tidak. Sambil ketawa berdekah-dekah sehingga menangis, mereka berdua mengatakan bahawa mereka lebih rela tinggal di dalam Hutan Gelap selama seminggu dan bermalam dengan chimera daripada menjejakkan kaki ke sana. Mereka juga mengatakan bahawa Eber patut diberikan penghormatan kerana berani memecah tradisi orang bujang. Mengarut betul! Bukan begitu saja. Eber sebenarnya rimas apabila menjejakkan kaki di sana. Jurujual wanita di sana selalu bermain mata dengannya. Rimas betul! Jika Belle perasan, dia dengan sengajanya memautkan lengannya dengan lengan Eber supaya jurujual tersebut cemburu. Hish! Sungguhpun begitu, Eber tidak tergamak untuk menolak permintaan Belle walaupun sudah banyak kali dia mencuba. Eber ni terlalu berlembut dengan Belle. "Kau nak tolong aku belikan untuk Belle ke, Eber?" Lovie yang sedang melepak di atas sofa bertanya. "Tak payah la, Lovie. Terima kasih je. Nanti tak cukup duit pulak kau nak buat kuih." Eber sekadar berjenaka walaupun sebenarnya dia tahu, gaji Lovie sebagai pemburu membolehkan dia membeli tepung seguni setiap hari. Malah setongkang tepung pun dia mampu jika dia mahu. "Betul jugak. Nampaknya aku tak boleh la nak tolong kau lagi, Eber." Lovie mengiakan jawapan Eber. Cheh! Hangat-hangat taik ayam rupanya! "Semua dah sampai ke?" Tiba-tiba terdengar satu suara yang agak garau bertanya. "Maaf, Rezaa. Aku lambat hari ini." Eber berkata sambil mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang bertopi koboi tadi. Dia hanya memakai singlet dan jeans yang sudah carik di lutut hari ini. Tak takut kena gigit nyamuk ke? "Tak apa. Tapi lain kali jangan buat lagi." Rezaa membalas dengan tenang. Tetapi terselit nada tegas dalam kalimah-kalimah yang dituturkannya. Rezaa merupakan ketua kumpulan mereka. Eber sudah berkerja di bawahnya hampir enam tahun. Lebih tepat, sejak dia berumur tujuh belas tahun lagi. Sekarang dia sudah pun menjangkau dua puluh tiga tahun. Sudah terlalu lama dia bekerja sebagai pemburu. "Baiklah." Eber menjawab pendek. "Ehem." Rezaa berdehem. Dia membetulkan duduk. Topi koboi berwarna coklat gelap itu diletakkan di atas meja kopi di hadapannya. Semua mata sekarang tertumpu kepada ketua mereka itu. "Aku baru terima laporan daripada pusat." Rezaa berhenti sebentar. Suasana suspens dirasakan menyelubungi atmosfera ketika itu. Masing-masing memasang telinga. Hanya bunyi bising peti ais yang berani mengganggu Rezaa bercakap. "Kemuncak sudah tiba." Rezaa menyambung. "Kemuncak?" Lovie bertanya kehairanan. "What do you mean by that?" Jen meminta kepastian. "Nampaknya pihak musuh sudah mara beberapa langkah. Kemunculan Hasuna sudah dapat dikesan. Sebelum pihak musuh berjumpa dulu dengan Hasuna, kita perlu mengambil tindakan." Rezaa menerangkan kepada mereka berempat. Masing-masing mendiamkan diri. Cuba mencerna apa yang diberitahu sebentar tadi. "Patutlah akhir-akhir ni banyak sangat banshee dan chimera yang muncul." Aaron bersuara. Yang lain mengiakan. "Eber. Ingat tak dua hari yang lalu, awak kata awak bertarung dengan makhluk yang menyerupai banshee dan chimera?" Rezaa bertanya. Rakan-rakan yang lain kelihatan terkejut. Eber tidak pernah beritahu pun. "Ya." Eber menjawab sepatah. Teringatkan kembali pertarungannya dengan makhluk yang baru pertama kali ditemuinya. Dia jadi agak terkejut. Kekuatan musuhnya yang satu ini tidak diketahuinya. Eber cedera teruk. Dadanya dikelar dengan kuku chimera yang tajam. Dia cuai ketika itu. Nasib baik juga dia sempat dirawat dengan air Mischa yang bisa menyembuhkan luka-luka dalam masa yang singkat. "Makhluk tersebut dipanggil Sheera. Ia memiliki kekuatan banshee dan ketangkasan seekor chimera. Bukan. Lebih baik jika aku katakan ia lebih hebat daripada kedua-dua musuh yang terdahulu. Kamu semua jangan memandang rendah kekuatannya. Rene tidak akan menggunakan Sheera jika tujuannya tidak penting. Itu sahaja nasihat aku. Sama ada kamu dengar atau mati sahaja." Rezaa seperti memberikan kata putus. Semua terdiam sambil memandang Eber. Patutlah Eber cedera waktu tu. Sejak Eber mahir menggunakan pedangnya, sudah lama Eber tidak dicederakan seperti itu. Malah, dia boleh dikatakan paling mahir dalam menggunakan pedang walaupun usianya masih muda. Eber hanya merenung lantai. Tidak berkata apa. Peristiwa beberapa malam yang lalu masih jelas di ingatannya.
Hutan Gelap memang menyeramkan pada waktu malam. Kala itu, makhluk-makhluk suruhan Rene akan keluar berkeliaran. Waktu malam merupakan waktu kebebasan. Waktu yang dinantikan pada setiap hari. Waktu yang menjadi saksi akan kesaktian mereka. Eber memerhati muka radar. Gelombang menunjukkan dia memang hampir dengan buruannya. Buruan yang selalu menjahanamkan hidup manusia. Hatinya terdetik perasaan tidak sedap. Intuisinya menyatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Eber cuba menenangkan dirinya sendiri. Malam tersebut bukanlah malam yang pertama dia menjejakkan kaki di dalam hutan tersebut. Sudah beribu kali dia melangkah masuk ke dalam hutan tersebut. Sudah berjuta kali dia bertemu buruannya. Pemburu merupakan pekerjaan yang bahaya. Tetapi pulangan yang diperolehi adalah lumayan. Pemburu-pemburu ditugaskan untuk memburu makhluk ghaib yang selalu membuat kacau. Hanya manusia yang berani dan hebat sahaja yang sanggup bergadai nyawa untuk menjadi pemburu. Pengecut yang menjadi pemburu diibaratkan seperti memasukkan kepala ke dalam mulut buaya kerana tidak tahu mengukur kemampuan sendiri. Mereka terlalu memandang rendah akan makhluk ghaib dan mata dibutakan dengan wang ringgit. Jam tangan yang merangkap radar tersebut tiba-tiba berbunyi kuat memecah kesunyian. Eber memberhentikan surfernya. Dia turun ke tanah. Tangan Eber pantas memegang hulu pedang yang tersemat kemas di pinggangnya. 'Di mana?' Mata Eber meliar mencari mangsa. Seperti burung hantu. 'Belakang!' Eber berpaling serta-merta setelah merasai bayu sejuk melalui belakangnya. Satu bayangan lembaga terbang melepasinya dan mendarat di hadapannya. "What the ???!!!" Di hadapan Eber berdiri satu lembaga, bukan seperti yang selalu dilihatnya. Makhluk tersebut berwajah seperti singa. Tetapi ia memiliki bulu di tengkuk yang panjang dan mencecah ke tanah. Ibarat rambut banshee. Kepalanya mempunyai dua batang tanduk tajam yang panjang seperti ingin mencakar langit. Tangannya menunjukkan cakar yang mampu mengoyak mangsa dengan sekelip mata. Sayap naga yang terbuka tadi terlipat kemas di belakang. Badannya adalah badan banshee yang ditutupi kain buruk yang berbau hamis darah. Kakinya yang berupa seperti kaki ayam jantan kelihatan daripada carik-carik kain di bahagian bawah. Apa yang mampu disimpulkan oleh Eber mengenai makhluk tersebut ialah, makhluk itu merupakan gabungan banshee dan chimera. Matanya yang merah menyala mencerlung memandang Eber yang sudah mengeluarkan pedangnya. Seperti tertanam dendam kesumat yang mungkin tidak boleh dileraikan. Mata pedang yang berwarna hitam kelihatan bersilau-silau di bawah sinaran bulan. Bagaikan isyarat bahawa pertarungan akan berlangsung. Senyum senget terukir di bibir Eber. Walau apa pun yang terjadi, pertarungan ini adalah miliknya. Eber memotivasikan diri sendiri. Makhluk tersebut mengangakan mulut dengan luas. Semburan api yang hangat keluar hampir mencapai lima meter. Pohon-pohon berdekatan dibakar sehingga menjadi arang. Eber sempat melompat ke atas. Surfernya ditolak ke tepi. Lompatannya yang tinggi melindunginya daripada terkena serangan sulung makhluk tersebut. Kemudian Eber terjun menjunam. Dia akan membelah makhluk tersebut kepada dua bahagian dengan pedang panjangnya. Walau bagaimanapun, makhluk tersebut berjaya mengelakkan daripada serangan Eber dengan mengepakkan sayapnya dan terbang ke langit. Ngaumannya umpama mengetawakan Eber apabila serangan Eber gagal mengenainya. "Manusia bodoh!!" Makhluk tersebut menjerit kuat. Jeritannya mengejutkan burung-burung yang sedang lena di dalam sarang. Eber melangut dan mencerunkan matanya. Makhluk yang sedang mengepakkan sayap naganya itu berpusing-pusing mengelilingi Eber seperti helang yang sedang menakutkan buruan. Eber perlu memikirkan cara. Dia tidak mampu terbang bebas seperti makhluk tersebut. Itulah kelemahan mutlaknya. Tetapi kelemahannya itu tidak akan menghalangnya daripada mengalahkan makhluk syaitan tersebut. "Pengecut??!! Tidak berani menghadapi musuh, maka kau terbang di langit!!" Eber menjerit. Dia mengemaskan genggaman pedangnya. Makhluk tersebut memuntahkan api lantas meluru menyerang Eber di tanah. Nampaknya provokasi Eber berjaya. Muntahan api ditepis dengan pedangnya yang tidak kurang saktinya. Malangnya dia agak terlewat. Panahan api tersebut hanyalah umpan untuk melekakan Eber daripada serangannya yang seterusnya. Kedua-dua cakar singanya singgah di dada Eber sepantas kilat. "Arghhhhh!!!" Tusukan cakar yang tajam itu menyebabkan Eber menjerit kesakitan. Makhluk itu berjaya mencakar dada Eber dan membentuk torehan bersilang. Kemudian dia terbang semula di udara. Darah berhamburan jatuh ke atas tanah. Dadanya terasa pedih. Jantungnya berdegup terlalu kencang. Eber merasakan berdiri merupakan perkara yang terlalu sukar baginya kini. Kehilangan darah yang banyak menyebabkan dia menjadi pening. Jalannya terhoyong-hayang. Tangan kirinya memegang dada yang baru ditoreh. Cecair merah pekat mengalir di celah-celah jari Eber. Eber memuntahkan darah. Makhluk tersebut ketawa berdekah-dekah. Dia sedang menikmati keseronokan menyiksa manusia. Mati perlahan-lahan merupakan azab yang pedih. Azab pada manusia merupakan hiburan baginya. Eber merasakan maruahnya tercabar. Pertarungan yang terlalu singkat itu sewajibnya memihak kepadanya. Tiba-tiba makhluk tersebut berpaling dan memandang Eber dengan pandangan yang tajam. Manusia ini terlalu lemah. Bukan saingan aku. Makhluk tersebut bertekad. Cukuplah masa yang dihabiskan untuk bermain dengan tikus. Pertarungan perlu dihentikan. Tetapi dia masih tidak puas. Penghinaan Eber terhadapnya sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Serta-merta telinganya terasa panas. "Aku akan koyakkan leher kau!!! Biar kau rasakan akibat menghina aku!!!" Makhluk tersebut menjerkah. Eber cuba untuk menetapkan kakinya supaya dia boleh berdiri seteguh yang boleh. Tiba-tiba makhluk tersebut terbang meluru ke arahnya. Mulut pemangsanya singgah di leher Eber. Mereka berdua jatuh berdebuk. Saling bertimpa. Darah merah pekat merambu-rambu keluar ibarat sungai. Cengkaman rahang makhluk tersebut di leher Eber dirasakan longgar. Makhluk ghaib itu melepaskan tokakannya. Dadanya terasa pedih. Hairan. Makhluk tersebut meraba dadanya. Pedang panjang Eber tersemat kemas di dada kirinya. Sialan. Eber berjaya menikamnya. Makhluk itu menderam kuat. Matanya memandang Eber dengan penuh kebencian. Eber menghadiahkan senyuman senget dalam kesakitan sebelum dia meneruskan laluan pedangnya terus ke pinggang makhluk tersebut. "Aaaargghhh!!!!!" Jeritan makhluk tersebut yang terlalu kuat mampu meremangkan bulu roma sesiapa sahaja. Bunyi ngauman dan jeritan berselang -seli. "Cela..." Dia tidak sempat menghabiskan patah katanya. Badannya bertukar menjadi pasir halus serta-merta. Butir-butir pasir tersebut jatuh ibarat berlian yang ditembusi sinaran bulan. Eber menelentangkan badannya. Dia keletihan. Nasib baik tuhan menyebelahinya. Eber meraba-raba pinggangnya. Botol kecil sebesar ibu jari yang terisi air mischa terselit dipinggang kanannya dicapai. Tudung gabus dicabut dengan gigi. Tangan Eber yang sebelah lagi mengoyakkan bajunya yang sudah carik akibat cakaran makhluk tadi. Luka cakaran dirasakan berdenyut-denyut apabila ditampar bayu malam. Eber menuangkan cecair hijau muda itu ke dadanya. "Uhh!" Dirasakan seperti asid hidroklorik pekat yang disimbahkan ke badannya. Kedua-dua belah matanya tertutup rapat. Air mata hampir mengalir. Giginya diketap sekejap yang boleh. Sakit tersebut hanyalah sementara. Namun azabnya terlalu pedih. Luka tertutup perlahan-lahan. Namun parutnya terus kekal. Selamanya atau sekejap sahaja memang tidak diketahui Eber. Eber memegang tengkuknya. Tertoreh sedikit akibat dibaham. Kemudian Eber bangun. Lukanya hanya tertutup tapi masih tidak sembuh sepenuhnya. Namun, pemburuan perlu diteruskan. bersambung......
Posted at 03:28 pm by Hasuna
Permalink
Tuesday, June 12, 2007
Salam...sori...i had injured my finger...so cannot write properly...slow I mean...anyway...hope you satisfy with this kay? thanks for reading! salam...
Sudah lama Eber berkeadaan begitu. Dia sedang memeras otaknya memikirkan sesuatu. Apa yang baru dikatakan oleh Belle memang tidak masuk akal langsung. Tetapi dia masih tidak dapat melupakan apa yang baru dilihatnya kelmarin. * Eber mencari paku dan penukul di dalam stor. Ampaian yang dirosakkan oleh perempuan tu perlu diperbaiki semula. Eber kemudian menuju ke arah ampaian yang roboh itu. "Nasib baik tak rosak teruk sangat." Eber berkata sendiri setelah meneliti kerosakan yang berlaku. Tiang ampaian tercabut daripada tempatnya. Dia cuma perlu memasukkan kembali tiang tersebut ke dalam lubangnya. Kemudian mengejapkan tali supaya tidak terlalu kendur. Kalau kendur sangat nanti kain yang disidai menyapu tanah pula. Eber memerhati sekeliling. Rumput yang panjang separas lutut tidak jauh dari ampaian itu kelihatan sujud menyembah bumi. 'Nampaknya gadis tu muncul dari arah situ.' Eber mentelah sendiri. Dia memeriksa bahagian rumput tersebut. Dilihatnya hanya sebahagian daripada rumput tersebut yang ranap. Seperti membentuk satu lorong. Tapi, kenapa lorong tersebut pendek sahaja? Lebih kurang dua meter. Jika diteliti, gadis tersebut seperti baru mendarat dari udara, kemudian dia terus melanggar ampaian dan kemudian merempuh belukar. Itulah kesimpulan yang mampu dibikin oleh Eber kala itu. Dia termenung agak lama di situ. Bila difikirkan kembali, dirasakan memang tidak logik. Tetapi dia telah melihat banyak benda yang tidak boleh diterima akal manusia berlaku di hadapannya. Dia telah mendidik dirinya supaya belajar mempercayai benda yang mengarut. Kadang kala, benda-benda tersebut memang wujud. Cuma manusia yang tidak pernah melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri, lalu membuat kesimpulan bahawa benda-benda tersebut adalah mustahil. * Mega merah mula menjengah di kaki langit. Burung-burung yang tadinya masih bertebaran di langit kini berkeliaran mencari arah pulang. Angin senja berdesir menampar pohon-pohon di hutan. Bunyi desiran angin yang berlaga dengan dedaun hutan menghasilkan bunyi yang agak menggerunkan. Seperti penghuni-penghuni di dalam hutan itu bersuara sesama mereka. Eber tersedar daripada lamunannya yang panjang. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya sejak lama tadi. Kerusi tersebut sudah terlalu panas. Eber mendekati tingkap yang agak luas. Dia menjengahkan kepalanya ke luar tingkap untuk merasai angin senja. Eber menyedut nafas dalam-dalam. Otaknya dirasakan segar kembali. Eber suka tinggal di sini. Setiap hari suasana yang mendamaikan jiwa dapat dinikmati. Dia malas untuk berpindah ke bandar. Dia lebih selesa tinggal di rumah yang diwarisi daripada ibubapanya itu. Eber menutup tingkap. Malam kian menjelma. Nyamuk sudah lama memulakan misi mencari darah. Lampu dinyalakan. Ruang tamu itu menjadi terang serta-merta. Eber ingin mandi. Malam nanti dia perlu bekerja pula. Eber menapak ke atas. Dia ingin mendapatkan persalinan yang bersih. Dilihatnya bilik yang bersebelahan dengan bilik Belle terbuka pintunya. Eber melangkah masuk ke dalam. Lampu bilik dibuka. Eber melihat sekeliling. Bilik yang dahulunya berhabuk kini sudah dibersihkan. Katil besar yang bertiang tinggi di setiap penjurunya sudah dihampar dengan cadar berwarna kuning lembut. Belle sedang tidur pulas di atas katil tersebut. Penat agaknya setelah seharian membersihkan bilik itu. Eber berjalan menuju ke tingkap yang berlangsir putih susu. Tingkap segera ditutup. Kemudian dia berjalan ke sisi katil. Belle perlu dikejutkan. "Belle." Bahu Belle ditepuk perlahan. Tiada reaksi. "Belle. Dah malam dah. Bangun ek..." Eber mengejutkan Belle sekali lagi. Dahi Belle berkerut-kerut. Seketika kemudian, dia membuka matanya. Belle berkelip beberapa kali. Dilihatnya Eber sedang berdiri di hadapannya. Belle segera bangun. Dia mengesat matanya yang masih mengantuk. "Oh...Eber. Pukul berapa sekarang? Aku tertidur pulak..." Belle bercakap seperti sedang mamai. "Dah malam dah. Mana Atiqah?" Eber bertanya apabila dia tidak nampak Belle bersama dengan Atiqah. "Oh! Kejap, nanti aku pergi panggil dia." Belle segera bangkit dari dari katil. Eber terkebil-kebil melihat Belle meluru ke pintu untuk meninggalkannya. Tiba-tiba Belle berpaling. "Kau tak pergi kerja ke hari ni?" "Lepas mandi nanti aku pergi la." Eber menjawab. "Makan dulu ya, nanti aku masakkan." Belle berkata sebelum menghilang. Eber masuk ke dalam biliknya dan mengambil pakaian yang disimpan di dalam almari. Kemudian dia turun ke bawah untuk mandi. Eber menghabiskan masa lebh kurang sepuluh minit di dalam bilik air. Apabila dia keluar, Belle sudah pun selesai menyediakan sepinggan nasi goreng dan secawan kopi panas untuknya. Eber menarik kerusi di meja makan berhampiran dengan dapur. Belle sedang sibuk menyediakan bekalan untuk dibawa oleh Eber nanti. "Mana Atiqah?" Eber bertanya setelah menyangkut tualanya di atas kerusi bersebelahan dengan tempat duduknya. Rambutnya yang panjang separas bahu masih terdapat titisan air yang bergantungan di hujungnya dibiarkan bebas. Tunggu kering sikit baru dia ikat. "Aku suruh dia rehat dalam bilik. Tadi dia tertidur kat atas menara." Belle menerangkan tanpa dipinta. Kemudian dia meletakkan bekalan makanan yang sudah dibungkus dan sebiji termos yang berisi dengan kopi yang masih panas. "Kasihan dia kan, Eber." Belle berkata. Dia menongkatkan dagunya dengan kedua-dua belah tangannya sambil memandang Eber. "Mana camca?" Eber bertanya. Belle terlupa meletakkan camca di dalam pinggan nasi goreng tersebut. "Ops! Kejap!" Belle segera bangun dan mengambil camca di dalam laci. "Nah! Terlupa pulak." Kemudian dia duduk kembali. Eber menyudu nasi goreng tersebut dengan penuh berselera. "Rasa lain daripada biasa la. Kau letak apa, Belle?" Eber bertanya. Belle hanya tersengih. "Ada la. Kalau kau nak tau, kau kena beli baju baru untuk aku. Setuju?" Belle membuat tawaran. Eber memanggungkan kepalanya sambil membuat muka masam. "Cheh! Kau ni, dah nak dekat seminggu kau asyik minta baju baru je. Kau tak bosan ke?" Eber bertanya. Nasi goreng di dalam pinggan sudah tinggal separuh. "Tak. Selagi kau tak beli baju baru kat aku, selagi itu aku takkan berhenti meminta." Belle berkata. Eber mengeluh. Belle ni memang keras kepala. Baru seminggu yang lalu dia telah menghabiskan hampir satu perlima daripada gajinya untuk membeli sehelai gaun hijau lembut yang terlalu mahal untuk Belle ketika mereka keluar ke bandar. Takkan Belle tak puas lagi? Pada mulanya, dia memang menolak permintaan Belle apabila diberitahu harga baju tersebut yang terlalu mahal. Tetapi, Belle merengek tidak mahu keluar daripada kedai pakaian tersebut jika Eber tidak membelikan gaun tersebut kepadanya. Akhirnya Eber mengalah. Dia memang hairan. Kenapa gaun yang sehelai itu terlalu mahal? Bukan ada emas pun yang tergantung di gaun tersebut. "Gaji aku nak habis dah. Kau jimat la sikit. Nanti kalau duit tak ada, kau nak makan apa? Takkan nak makan baju tu pulak kot?" Eber mula berleter. Selalunya dia memang penyabar. Tetapi hari ini Belle perlu diajar. Dia tidak mahu kebuluran sementara menunggu gaji untuk bulan ini dibayar. Kegilaan Belle terhadap baju memang payah untuk dibendung. Boleh dikatakan setiap dua minggu sekali Eber perlu berhabis duit untuk membeli baju baru untuk adiknya yang seorang itu. Sedangkan dia sendiri pula jarang membeli baju baru. "Kau ni kedekutlah, Eber." Belle mula menarik muncung yang panjang. "Ntah-ntah kau dah ada kekasih kat luar. Duit kau dah kau habiskan untuk dia. Sebab tu kau tak cukup duit untuk aku. Betul tak?" Belle memasang serkap jarang. Eber tersedak. Beberapa butir nasi tersembur keluar daripada mulutnya dan mengenai muka Belle. Serta-merta darah merah tersimbah ke wajah Belle. "EBER!! Kalau tak mahu beli pun, janganlah sampai nasi pun kau sembur kat muka aku!!" Belle terjerit sambil menyapu wajahnya dengan tangannya. Eber mengirup kopi yang sudah beransur suam sambil mengurut dadanya. Belle ni memang! "Yang kau tu mengarut apa pulak? Bila pulak aku ada kekasih ni?!" Eber mempertahankan diri. Dia memang masih solo. Masakan dia sempat mencari kekasih sedangkan dia sendiri terlalu sibuk. Setiap pagi setelah pulang daripada kerja, dia akan terus tidur kerana terlalu mengantuk. Kebetulan ketika Atiqah muncul Eber sedang bercuti. Pada waktu petang, Eber akan menghabiskan waktu dengan membaca buku-buku yang selalu dibelinya dalam perjalanan pulang. Buku-buku tersebut hampir memenuhi ruang tamu di rumahnya. Tidak cukup dengan itu, ruangan dapur juga terpaksa dijadikan tempat untuk menyimpan buku-buku Eber kerana dia terlalu suka membaca. Belle turut berkongsi minat membaca di samping bergaya di hadapan cermin dengan koleksi gaunnya di dalam almari yang hanya menunggu masa untuk roboh kerana terlalu banyak baju yang disimpan di dalamnya. Apa agaknya yang membuatkan Belle terlalu gilakan fesyen pakaian. Sedangkan mereka berdua tinggal di dalam hutan, bukan di bandar. Adakah pertunjukan fesyen selalu diadakan di dalam hutan ini yang Eber tidak pernah tahu kewujudannya? "Sudah lah! Hari ni kau jangan bawak bekal! Padan muka!" Belle membalas sambil memberikan kata putus. Biarkan Eber kebuluran malam nanti. Baru dia menyesal. Belle mengambil bekalan Eber yang sudah dibungkusnya tadi dan termos yang penuh berisi kopi naik ke tingkat atas. Dia terserempak dengan Atiqah yang mungkin turun apabila mendengar riuh-rendah di tingkat bawah. "Oh Atiqah! Aku baru je nak bawa makanan ni kat kau. Nah! Ambik la." Belle menyerahkan bekalan dan termos tersebut kepada Atiqah. Atiqah yang masih terpinga-pinga menyambut tanpa berkata apa. Dia memandang ke bawah dan melihat Eber sedang menghantar anak matanya mengekori Belle pergi. Atiqah berjalan turun ke bawah setelah Belle menghilang. Eber menghabiskan kopinya. Nasi goreng yang masih tinggal separuh dihabiskan sepantas yang boleh. Dia tidak boleh membazir. Jika tidak malam nanti dia kebuluran. Belle sudah 'menyedekahkan' bekalannya pada malam ini kepada Atiqah. Takkan dia nak minta balik? "Kenapa tu?" Atiqah bertanya. "Tak ada apa-apa." Eber menjawab. Belle memang macam tu. Walau bagaimana pun, barannya hanya sekejap. Dia memang terlalu faham akan kerenah adiknya itu. Atiqah duduk di atas anak tangga. Eber perasan. Atiqah tidak memakai baju labuh seperti tadi. Sekarang dia sedang memakai seluar jeans biru lusuh dan baju kapas. Kepalanya pula ditutup dengan tudung kepala yang dipakainya sejak mereka mula berjumpa. Dia hairan. Belle tak pernah ada seluar tu pun. Mana Atiqah dapat? Mungkin dia memang pakai baju tu sejak mula. Sedangkan kepala dia pun berlapis-lapis. Inikan pula badan. Mesti berlapis-lapis juga. "Kenapa?" Atiqah bertanya apabila dilihatnya Eber memandangnya dengan kehairanan. "Tak ada apa-apa." Eber berkata sebelum dia bangun dan membawa pinggan dan cawan ke sinki. Dia membasuh pinggan dan cawan tersebut sebelum menyimpan di tempat pinggan. Kemudian dia berjalan ke ruang tamu dan mencapai jaket kulitnya yang berwarna hitam yang sedang tersidai di penyangkut di penjuru bilik. "Oh ya. Awak tinggallah sini dulu kalau awak tak ada tempat nak pergi, Atiqah." Eber berkata sambil menyarungkan jaket kulit tersebut ke badannya. Kala itu dia kelihatan segak. Seluar jeans biru gelap dan t-shirt hitam bercorak kosong bersama jaket hitam tersarung di badannya. Rambut hitam pekatnya yang tadi dilepaskan diikat semula ke belakang. Dia memakai serba hitam malam ini. 'Nak ke mana malam-malam ni agaknya dengan serba hitam macam tu?'. Nanti kalau lori lalu tak nampak pulak. Tak pasal-pasal masuk ICU. "Terima kasih." Atiqah menerima pelawaan Eber. Lagipun, sekarang dia memang tidak ada klu langsung di mana dia berada. Kepercayaan terhadap Eber dan Belle memang sudah tertanam sejak mereka menjaganya ketika dia sedang demam lagi. "Sama-sama." Eber membalas. Dia mengambil sepasang kasut yang kelihatan seperti kasut Converse berwarna hitam. Eber memakai stoking sebelum menyarung kasut tersebut. "Awak nak ke mana ni?" Atiqah bertanya setelah dia penat membuat andaian di dalam hati. "Kerja." Pendek Eber menjawab. "Awak tolong selakkan pintu ni ya nanti. Belle tu nampaknya tengah merajuk pulak." Eber menyambung sambil berjalan ke arah pintu. Atiqah mengikut daripada belakang. "Awak kerja apa malam-malam macam ni?" "Memburu." Eber menjawab ringkas sambil menuruni beberapa anak tangga yang memisahkan antara beranda dengan tanah. Dia mendapatkan kenderaan yang terletak di bawah garaj yang berhadapan dengan rumah. Kenderaan tersebut agak serupa dengan motorsikal, tetapi macam hoverkraf pula. Tiada tayar. Macam yang selalu Atiqah lihat di dalam filem aksi masa depan. Lebih kurang la. Kenderaan yang entah apa di panggil itu mempunyai pemegang seperti motorsikal di bahagian hadapan. Tetapi tidak mempunyai tempat duduk. Hanya tempat untuk kaki berpijak. Cukup untuk dua orang perpijak di hadapan dan belakang. Kalau nak bersila pun boleh agaknya. Penat tu kalau asyik nak berdiri je. Manakala sekeliling kenderaan itu dilingkari dengan besi. Mungkin sebagai pagar untuk mengelakkan daripada jatuh. Lampu bulat di bahagian depan menyala apabila enjin dihidupkan. Kenderaan tersebut terapung sedikit daripada permukaan tanah tanpa sebarang bunyi bising. "Memburu?" Atiqah hairan. Memburu apa malam-malam buta macam ni? Takkan buru pontianak pulak? "Eh, terlupa pulak!" Eber turun daripada kenderaan tersebut dan berlari masuk ke dalam rumah. Dia menyambar sebatang kayu agaknya yang agak panjang daripada satu meter dan melengkung sedikit. Kayu tersebut berwarna merah darah dan di hulunya terdapat corak ukiran berwarna kuning emas.Kemudian dia menggalas secara bersilang di belakangnya sebelum memanjat semula kenderaan tersebut. "Pergi dulu! Kunci pintu tau!!" Eber berkata sambil memakai topi ala-ala snowcap dan gogal untuk menutup mata sebelum memecut kenderaan tersebut membelah malam. Meninggalkan Atiqah yang ternganga di hadapan pintu. Tak sampai lima saat Eber dah hilang daripada pandangan mata. "Woah!! Laju gile!!" bersambung.....
Posted at 03:50 pm by Hasuna
Permalink
Friday, June 08, 2007
Salam...sorry for the long wait. I've been thinking a lot to complete this chapter that makes me took lots of time. But I hope this might satisfy everyone. Before that, I just wanna say that all the story in here belong to me. I own all of the characters that appear in this story. And not to mention, thanks for everyone that made my story possible. I really appreciate you guys for supporting me. Anyway....please review okay. Thanks again. (Why the heck am I being all normal today? @_@;;;;;)
Atiqah membuka kelopak matanya. Siling kayu yang agak tinggi direnungnya. Matanya
berkelip-kelip seperti kucing mengantuk.
'Kat mana aku ni?'
Soalan itu menyerang benaknya tanpa dijemput. Siling kayu yang tidak pernah
dilihat itu ditenung lama, seperti matanya itu mampu mengeluarkan sinar gama
seperti Superman. Mungkin dia sedang berkira-kira sama ada siling itu akan
pecah jika dia meneruskan tenungannya dalam lima minit lagi.
"Macam mana
dengan dia, Eber?" Tiba-tiba satu suara lembut bertanya. 'Perempuan?'
Atiqah segera menutup kelopak matanya. 'Eber? sapa tu? Kalau tak silap aku Eber
tu nama Nabi Hud dalam kitab Bible Hebrew.' Atiqah berkata sendiri. Kebetulan dia ada terbaca
mengenai nama tersebut ketika melayari internet. Mindanya didesak supaya
mengingati apakah yang telah berlaku sebelum ini.
"Entahlah, kau
cuba periksa tengok keadaannya, Belle. Mungkin dah baik sikit kot." Orang
yang bernama Eber tadi mengarahkan seorang yang bernama Belle supaya memeriksa
Atiqah. Atiqah segera menutup matanya
serapat yang boleh dan berpura-pura seperti dia masih belum sedarkan diri. Dia
merasakan ada seseorang mendekatinya dan meletakkan telapak tangan di dahinya. Tangan
itu dirasakan terlalu lembut dan sejuk. Atiqah tidak semena-mena berasa tenang
dengan sentuhan tangan tersebut.
"Rasa-rasanya
demamnya dah kebah sedikit." Orang yang memeriksa Atiqah itu menjawab. Mungkin
dialah Belle dan Eber adalah seorang lagi yang mengarahkan supaya Belle
memeriksa keadaan Atiqah. Atiqah seratus peratus pasti bahawa dia adalah lelaki
berdasarkan suaranya yang agak serak.
Tiba-tiba Atiqah
teringat kembali peristiwa tadi. Sebelum dia pengsan. Dia hampir terlanggar
dengan sebuah treler. Tetapi apabila dibuka matanya, dia sedang merempuh
ampaian baju kemudiannya terus meredah belukar dengan skuternya. Apabila dia
ingin keluar daripada belukar tersebut, dia terserempak dengan seorang lelaki
yang berwajah mirip dengan Ammar sedang mengacukan selaras rifle ke arahnya. Kemudian
dirasakan dunia sedang berpusing dan dia rebah dengan serta-merta. Rasa hairan
kembali bertandang apabila memikirkan kembali peristiwa-peristiwa yang datang
bertimpa-timpa tersebut.
"Belle,
ambilkan aku segelas air. Dahagalah." Orang yang bernama Eber itu berkata
tiba-tiba. Atiqah tersedar dari lamunan dan segera berpura-pura tidak sedarkan
diri semula.
"Kenapa kau tak
pergi ambil sendiri?" Belle kedengaran seperti membantah. Tetapi suaranya
yang agak kecil menyebabkan bantahannya tidak kedengaran seperti bantahan.
"Sebab air yang
kau ambilkan pasti lebih menyegarkan daripada air yang aku ambik sendiri."
Eber bersuara seakan mengampu. Atiqah yang mendengar hampir tergelak. 'Ada lagi
ke orang yang makan pujuk dengan alasan yang tak berasas tu?' Atiqah bertanya
dirinya sendiri. Dia memang yakin bahawa Belle tidak akan berganjak.
"Mengada-ngada!"
Tiba-tiba Belle bangun sambil membentakkan kakinya ke lantai. Bunyi hentakan
kakinya kedengaran hingga ke dapur. Atiqah tidak menyangka juga Belle akan
akur. Mungkin Belle ini terlalu menyayangi Eber.
"Bawakan dua
gelas untuk aku, Belle!!" Eber menjerit memberitahu Belle yang sudah
berlalu ke dapur.
"Nak buat
apa?" Belle bertanya kembali dengan jeritan yang sayup-sayup.
"Aku dahaga
sangat ni!!" Eber membalas. Suasana sepi seketika. Kedengaran bunyi
helaian kertas diselak. Kala itu, kalau semut bergaduh di tingkap pun mungkin
patah kata mereka dapat didengar. Atiqah masih meneruskan lakonan. Menantikan bilakah
masa yang sesuai untuk dia bangun.
"Bangunlah
kalau awak dah sedar..." Eber bersuara tiba-tiba. Serta-merta warna merah
tipis menyerbu ke wajah Atiqah. 'Mamat ni dah tahu ke aku dah sedar?'. Atiqah
tidak dapat menahan malu. Dirasakan seperti seisi dunia sedang melihatnya
dengan pandangan yang pelik. Lebih kurang lima minit Atiqah tidak memberikan
sebarang reaksi. Dia masih berperang dengan dirinya sendiri. 'Nak bangun ke tak
nak bangun?' Hampir beratus kali Atiqah menyoal soalan yang sama pada dirinya. Eber
masih tidak berkata apa. Kesudahannya Atiqah mengalah. Dia berpura-pura
mengesatkan matanya seperti baru beberapa saat yang lalu dia terjaga dari
tidur.
"Kat mana aku
ni?" Atiqah mendudukkan dirinya. Dia menyedari bahawa di kepalanya
sekarang ini hanya terpakai sehelai skaf yang menutup seluruh rambutnya. Dilihatnya
Eber sedang tekun membaca sesuatu di atas mejanya. Rupa-rupanya Eber ini adalah
lelaki yang mengacukan rifle kepadanya tadi. Tapi, kini raut wajahnya
memaparkan air muka yang tenang. Tidak seperti kelmarin. Mungkin kelmarin dia
masih ragu-ragu siapakan Atiqah. Jadi, dia mengambil langkah berjaga-jaga.
"Nampaknya awak
memang dah sedar...." Eber berkata tanpa menghiraukan untuk menjawab
soalan Atiqah. Eber mengubah kedudukannya yang sebentar tadi sedang khusyuk
membaca buku. Dia mengalihkan kepalanya dan meletakkan tangan kanannya sebagai
tongkat kepalanya. Bibirnya tersemat senyuman kecil. Atiqah malu sendiri.
'Kenapa pulak dengan mamat ni?' Dia mengakui agak tergoda dengan senyuman
senget yang dihadiahkan oleh Eber. Kemudian Atiqah tersedar. Dia kembali
menunjukkan air mukanya yang kaku. 'Maintain cool itu
penting dalam hidup'. Itulah antara salah satu daripada prinsip hidupnya.
"Kat mana aku
ni?" Atiqah menekankan soalannya untuk kali yang kedua. Terselit nada
tegas yang menantikan jawapan yang sewajarnya.
"Ini
rumah..." Belum sempat Eber menghabiskan ayat, terdapat dapat satu suara
yang memotong cakapnya.
"...rumah
KAMI." Atiqah mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Dilihatnya seorang
gadis yang berparas comel tetapi dahinya kelihatan sedikit berkerut. Seperti
tidak menyenangi sesuatu. Atiqah perasan apabila Belle menekankan perkataan
'kami' pada patahnya yang lalu. Gadis tersebut bermata hitam galak dan berambut
kerinting yang berwarna agak perang separas bahu. Dia memakai sehelai gaun yang
berwarna kuning lembut berlengan panjang dan labuh hingga paras lutut. Atiqah
berkira-kira bahawa gadis tersebut lebih kurang sama tinggi dengannya. Tangannya
sedang memegang sekeping talam berwarna perak yang terisi sejag air berwarna
ungu dan dua biji gelas.
"Belle." Eber bersuara. Mungkin dia perasan ada nada
tidak senang dalam tutur kata Belle tadi.
"Siapa awak?
Dari mana awak datang? Awak nampak pelik..." Bertubi-tubi Atiqah diserang
dengan soalan-soalan yang datang daripada Belle. Belle meletakkan talam yang
ditatangnya di atas meja kopi panjang di hadapan Atiqah.
"Belle."
Eber bersuara sekali lagi. Belle berkalih padanya dan menjeling. Kemudian dia
kembali menatap Atiqah dengan pandangan yang tidak menyenangkan. 'Kenapa pulak
dengan minah ni? Berlagak nak mampus.' Atiqah menyumpah di dalam hatinya. Tapi
dia akui tangan Belle memang ajaib. Mampu menghambat keresahannya pergi.
"Atiqah. Nama
aku." Atiqah menjawab pendek.
"Dari-"
"Kelmarin awak
pengsan lepas saya jumpa awak, nampaknya awak demam panas. Nasib baik Belle
yang tolong tengok-tengokkan awak sejak kelmarin sampailah tadi. Kalau tidak
tak tahulah saya." Eber memotong cakap Belle. Belle menjeling Eber tajam. Terlukis
warna merah yang mewarnai pipinya yang bersih. Eber hanya tersenyum. Mungkin
Belle malu apabila kebaikannya diceritakan. Belle tidak suka begitu. Biarlah ia
menjadi rahsia sahaja.
"Terima
kasih." Atiqah berkata sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis
yang mampu diberikannya saat itu. Pipi Belle semakin memerah.
"Tak perlu!
Lagi pun saya memang takder kerja pun kelmarin. Sebab tulah saya tengok-tengokkan awak. Lagipun Eber yang
merayu sangat supaya saya tengok-tengokkan awak." Belle berkata. Terselit sedikit angkuh dalam nadanya.
'Mungkin dia malu apabila dipuji tadi, jadi dia sengaja membalas kasar-kasar.' Detik
hati Atiqah. 'Perangai macam budak-budak pulak. Ego tinggi sangat'.
"Betullah tu,
Atiqah." Eber memenangkan Belle. Kemudian Belle mengambil tempat duduk di
sofa satu yang terletak bertentangan dengan Atiqah. Dia memerhatikan Atiqah
agak lama. Atiqah menjadi malu tiba-tiba. 'Ada taik cicak ke kat muka aku?'
"Nampaknya awak ni datang daripada tempat
yang jauh." Eber sekadar berbasa-basi memulakan kalam setelah mereka
bertiga terdiam agak lama.
"Saya?
Oh...saya ni orang Alor Setar." Atiqah menjawab sambil tertawa kecil.
"Orang Alor
Setar?" Eber dan Belle bertanya serentak. Di wajah mereka berdua terlakar
tanda tanya yang pada hemat Atiqah adalah amat besar jika dia mampu melihatnya
dengan mata kasar. "Kita di Kedah kan sekarang ni?" Atiqah bersuara
menagih kepastian setelah melihat reaksi mereka berdua yang seperti terkejut
beruk.
"Awak jangan
mengarutlah!" Belle bersuara tiba-tiba. Dirasakan apa yang telah dikatakan
oleh Atiqah tidak masuk akal langsung.
"Apa maksud
awak?" Atiqah merasakan dirinya tercabar. 'Bila pulak aku mengarut?
Takkanlah lepas terlepas bencana dengan treler tiba-tiba aku sampai ke Moscow
pulak?!' Atiqah menahan kemarahan di dalam hatinya.
"Sekejap!"
Eber menyampuk dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara sebagai
isyarat supaya mereka berdua tidak bercakap. Dia cuba meleraikan pertengkaran yang mula
menjengah. Dia amat memahami sikap Belle yang sering menimbulkan pertengkaran. Belle
kadang kala terlalu keras kepala. Jadi dia perlu bertindak segera. "Saya
masih tak faham. Kedah tu terletak di mana?" Eber bertanya. Nyatalah pada
Atiqah yang kedua-dua manusia di hadapannya kini ini tidak langsung tahu-menahu
mengenai negeri kelahiran yang selalu dibanggakannya itu.
"Kedah terletak
di Semenanjung Malaysia, Asia Tenggara! Takkan tu pun awak tak tahu?" Dia
sengaja bertanya sebegitu. Mungkin mereka berdua cuba untuk berjenaka
dengannya.
"Tak."
Kedua-dua mereka menjawab serentak sambil menggelengkan kepala seperti orang
bodoh. Atiqah memejamkan matanya dan mengetap bibirnya. 'Depa dua orang ni nak
melawak pun sikit-sikit sudah lah!' Atiqah membentak di dalam hati.
"Peta ada
tak?" Atiqah bertanya. 'Baiklah, kalau hampa nak buat lawak, aku layan.' Belle
segera mendapatkan segulung peta yang kebetulan tersandar di dinding tidak jauh
dari situ. Kemudian dia menghulurkan kepada Atiqah. Atiqah menghamparkan peta
yang selebar sehelai surat khabar Berita Harian di atas meja di hadapannya
setelah dia mengalihkan minuman yang dibawa oleh Belle sebentar tadi ke meja
yang lain. Atiqah menatap lama peta tersebut. Dilihatnya peta tersebut memang
pelik. Mana dia benua Asia? Benua Afrika? Semenanjung Arab langsung dia tidak
nampak. "Ni peta dunia ke peta
apa ni?" Atiqah bertanya kepada Belle. Dia tidak pernah melihat nama-nama yang tercatat di atas
peta tersebut. Selat Arabel? Apa tu? Ni
benua apa ni? Benua Manchester? Macam Manchester United pulak. Atiqah merujuk
kepada kelab bola sepak yang terkenal itu. 'Tak penah aku tengok pun'. Atiqah
cukup pasti bahawa itu bukanlah peta dunia yang diharapkannya. Walaupun dia
buta geografi, sekurang-kurangnya dia tahu juga di mana letaknya Mekah, Madinah
dan beberapa lagi negara yang selalu didengarnya.
"Peta dunia la,
tak nampak ke tulisan kat atas tu?" Belle yang mula jengkel dengan sikap
Atiqah menunjukkan jari telunjuknya dengan kasar di bahagian atas peta
tersebut. Tertulis 'PETA DUNIA' dengan
tulisan huruf besar yang bersaiz besar. Seperti turut menolong Belle untuk
memalukan Atiqah. 'Mengarut betullah perempuan pelik ni. Dahlah fesyen baju dia pun aku tak pernah tengok!
Ketinggalan zaman agaknya.' Belle mengutuk di dalam hati.
"Mana dia Benua
Asia? Benua Eropah? Pasific Ocean? Indian Ocean? Takde tulis pun kat
sini?" Atiqah bertanya seperti orang gila. Eber dan Belle saling
berpandangan. 'Apa yang tak kena dengan perempuan ni?' Itulah agaknya yang cuba
dikatakan oleh mereka. Kedua-duanya membisu. Nama-nama yang baru disebutkan
oleh Atiqah tadi terlalu asing bagi
mereka. Atiqah semakin keliru. Kemudian dia menghela nafas yang panjang dan
menyandarkan badannya ke sofa. Cuba menghimpun kembali kewarasannya. Dia
merasakan dirinya hampir gila.
"Astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim..." Atiqah beristighfar
beberapa kali. Dia cuba menenangkan fikirannya. Eber perasan kekalutan yang
melanda fikiran Atiqah.
"Sudahlah, kita
tinggalkan dahulu perkara ni. Aku dah lapar pun. Kau dah masak kan,
Belle?" Eber bertanya kepada Belle. Belle hanya mengangguk. Dia masih
memerhati kelakuan Atiqah. Dia juga perasan Atiqah seperti hilang punca.
"Jomlah makan, Atiqah. Awak tak makan sejak kelmarin lagi. Perut awak dak
kosong agaknya." Eber mengajak Atiqah.
"Pergilah, saya
tak lapar pun. Atiqah masih menyandarkan badannya di sofa. Matanya tertutup
rapat memikirkan pelbagai perkara yang menyemakkan otaknya kala itu. Tiba-tiba
perutnya berbunyi kuat minta diisi. Cukup untuk sampai ke telinga Eber dan
Belle. Atiqah menjadi malu. Eber hanya menahan ketawa. Namun ketawanya terlepas
sedikit walaupun dia cuba menahan seboleh mungkin. Belle pula seperti ingin
mengatakan 'awak memang tak lapar' untuk memerli Atiqah, tetapi dia tidak
sempat menuturkannya apabila dia menyedari Eber sedang memandangnya dengan mata
yang mencerun.
"Tengok. Perut
awak pun suruh awak makan, Atiqah." Akhirnya Atiqah mengalah. Dia bangun
mengikut Eber ke dapur. Belle pula menatang kembali jag air yang masih belum
disentuh ke dapur.
* * *
Sepanjang waktu
makan, Atiqah hanya mendiamkan diri. Dirinya masih memikirkan perbualan mereka
sebentar tadi yang dirasakan tidak masuk akal langsung. Dia hanya mendengar
Eber dan Belle berbual mengenai perkara-perkara yang langsung tidak
mendatangkan minat padanya. Tentang Belle ingin membeli gaun yang baru, tetapi
ditentang oleh Eber dengan mengatakan bahawa Belle baru sahaja membeli pakaian
yang baru seminggu yang lalu. Eber turut menasihati Belle supaya berjimat
cermat memandangkan akhir-akhir ini kerja yang diperolehi oleh Eber agak
kurang. Atiqah tidak mengetahui kerja apa yang dilakukan oleh Eber dan dia
tidak ingin mengambil tahu langsung memandangkan dia sendiri sedang pening
kepala memikirkan masalahnya sekarang ini.
"Kenapa? Tak
sedap ke apa yang Belle masak?" Eber bertanya apabila dilihatnya Atiqah
hanya menguis-nguis makanan di dalam pinggannya. Udang galah bakar yang
dipotong di bahagian tengah dan disumbat ramuan apa entah itu langsung tidak
menarik minat Atiqah walaupun kala itu dia memang lapar. Namun, kekeliruannya
membuatkan seleranya hilang. Tambahan pula, dia memang tidak pernah melihat
semata-mata udang galah sahaja yang tergolek di dalam pinggan. Macam orang
barat pula. Walau sesedap manapun, perutnya sudah biasa diisi dengan nasi dan
bermacam-macam lagi lauk-pauk masakan emaknya sebagai makanan tengahari. Tidak
pun, dia hanya membeli sahaja makanan tengahari di kantin jika hari tersebut
merupakan hari persekolahan.
"Woit! Takde
sapa pun berani kata masakan aku tak sedap!" Belle berkata seperti memberi
amaran. Dia perasan pinggan Atiqah seperti tidak pernah di sentuh. Atiqah
segera menyuap sesuap udang ke mulutnya.
"Sedap la udang
ni, saya tengah fikir awak letak apa agaknya. Rasa masam manis semua ada!"
Atiqah berkata sekadar menyedapkan hati Belle yang penat memasak. Memang sedap
udang tersebut. Tetapi seleranya hilang entah ke mana sekarang ini.
"Rahsia. Ni
resepi rahsia, nanti aku fikir dulu sama ada kau layak nak tahu rahsia ni atau
tak!" Belle berbangga apabila ada orang yang memuji masakannya. Selama
ini, hanya Eber seorang sahaja yang memuji masakannya. Kadang-kadang dia
merasakan bahawa Eber berpura-pura memujinya kerana ada kalanya Eber sendiri
makan tidak habis. Kali ini apabila ada orang luar yang memuji masakannya,
hatinya berasa agak kembang daripada selalu.
"Oh..."
Atiqah membalas pendek. Eber hanya memerhati Atiqah tanpa berkata apa. Dia tahu
kala itu hati Atiqah sedang bergalau. Tapi dia tidak mampu berbuat apa.
"Nah! Rasalah
yang ni pulak!" Belle berkata sambil
menolak mangkuk yang berisi kentang lecek agaknya. Atiqah menceduk sesenduk
kentang tersebut ke dalam pinggannya. Kemudian dia mencolek sedikit dengan sudu
dan menyuakan ke mulutnya. 'Macam kentang lecek KFC je...' Atiqah berkata
sendiri. Tetapi kentang lecek tersebut agak enak apabila terdapat kacang pis di
dalamnya. Atiqah memang menggemari kacang pis.
"Sedap jugak!
Kau memang pandai, Belle." Sekali lagi Atiqah memuji. Belle hanya
tersenyum kambing apabila mendengar pujian Atiqah. Kala itu Atiqah tersedar,
segala loghat Kedahnya secara automatik hilang apabila dia berbicara dengan
mereka berdua. Memang ajaib.
"Oh ya, Atiqah.
Kenderaan kau aku dah letakkan kat tepi rumah. Nampaknya ada rosak
sikit..." Eber mencelah tiba-tiba.
"Skuter
aku!" Atiqah separuh terjerit. Atiqah sememangnya lupa terus dengan
skuternya. Nasib baik Eber ada menyebutnya. "Skuter aku kat mana?"
Atiqah bertanya Eber segera.
"Makanlah dulu,
skuter ke kau panggil benda tu? Skuter kau selamat. Aku letakkan kat sebelah
rumah. Nanti lepas makan bolehlah kau periksa sendiri." Eber berkata
sambil meyakinkan Atiqah. Atiqah yang tadinya merancang untuk memantau keadaan
skuternya menetapkan kembali duduknya. Dia hanya teringat bahawa cermin sisi
skuter tersebut hampir patah. Alamak! Macam mana ayah pergi sembahyang Jumaat
kelmarin? Mampus la aku nanti!. Atiqah semakin risau memikirkan nasibnya.
Malang datang bertimpa-timpa. Kemudian dia teringatkan pula keluarganya. Mesti
mereka sedang merisaukannya. Sudah sehari dia tidak balik rumah. Nanti dia
perlu menghubungi emaknya memberitahu bahawa dia selamat. Dia teringatkan
telefon bimbitnya masih berada di dalam box skuternya. Atiqah
menyegerakan makannya. Belle dan Eber memerhatikan kelakuan Atiqah dalam
keadaan terpinga-pinga. Tadi nampak macam tak lalu, sekarang ni nampak macam
kebulur pulak. Mereka berdua memerhati Atiqah makan hingga habis. Dia kemudian
meminum segelas air. Atiqah hampir tersedak kerana dia makan terlalu pantas.
Dia menepuk dadanya beberapa kali. Agaknya makanan yang terlekat tadi sudah
masuk ke dalam perut.
"Kat mana kau
letak motor aku?" Atiqah bertanya
Eber. Eber yang masih kelihatan terpinga-pinga ternganga-nganga pula.
"Motor?"
"A'ah! Motor
aku mana?" Atiqah bertanya Eber kembali. 'Mamat ni memang slow.'
"Motor tu
apa?" Eber bertanya Atiqah pula. Atiqah
serasa hilang sabar. Ditahannya juga. 'Motor pun tak tahu ke?'
"Motor tu
motorsikal la, skuter tu pulak salah satu daripada spesies motor. Faham?"
Atiqah menerangkan kepada Eber.
"Oh...ahh...skuter
awak kat luar, keluar ikut pintu dapur ni, awak tengok la kat tepi dinding
sebelah kiri." Eber berkata sambil menunjukkan ke arah pintu dapur yang
sedang terbuka luas.
"Thanks!"
Atiqah mengucapkan terima kasih sebelum bangun denga tergesa-gesa dan berlari
keluar. Eber termangu-mangu. Belle pula hanya memerhati dengan pandangan yang
meluat. 'Kalau nak makan masakan aku, seseorang tu kena menghayati betul-betul!
Bukan main melantak macam tu je!' Belle membentak di dalam hati.
Atiqah mendapati
motornya sedang elok bertongkat di tepi dinding batu yang bercat putih itu. Tetapi keadaan motornya kala itu
kelihatan seperti baru keluar daripada hutan. Walaupun motor tersebut pada
hakikatnya memang baru keluar daripada hutan. Cermin sisi yang hampir patah
dilihat dengan pandangan penuh sengsara. Terbayang wajah ayahnya yang jika
marah, singa pun mungkin luruh semua rambutnya. Calar balar yang terukir di
bahagian hadapan skuternya menambahkan lagi sengsara yang sudah sedia ada. Atiqah
mendapati kunci skuter masih tersemat kemas di lubang kunci. Dia memulas kunci
tersebut. Kemudian dia menghidupkan enjinnya. Nasib baik skuter tersebut tidak
'cedera parah'. Enjinnya masih hidup. Kemudian Atiqah mematikan enjin skuter
itu. Dia membuka pula box skuternya. Dilihatnya coklat yang dibeli masih
berada di dalam plastik. Panadol juga berada dalam keadaan baik. Begitu juga
dengan keropok Twisties yang dibelinya kelmarin. Masih elok. Atiqah
mencari-cari telefon bimbit Nokia yang dicilok daripada emaknya kerana dia
masih tidak mempunyai telefon bimbit. Dia cuba mendail nombor rumahnya.
Malangnya, langsung tidak berbunyi apa. Atiqah merenung skrin telefon untuk
melihat liputan. Kosong. Tiada liputan langsung. 'Agaknya sebab sekarang aku
dok dalam hutan kot, maybe aku kena cuba tempat tinggi sikit kot.' Atiqah
membuat kesimpulannya sendiri. Dia menguncikan kembali box skuter dan
masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa.
"Ada tempat
tinggi tak? Loteng ke? Apa ke?" Atiqah bertanya. Belle ketika itu sedang
membasuh pinggan mangkuk yang kotor, manakala Eber pula sedang menghirup kopi
panas sambil membaca risalah yang apa isinya Atiqah tidak pasti.
"Tempat tinggi?
Kalau dalam rumah ni, awak naik ikut tangga ni, jalan terus, bila sampai hujung
belok kiri, awak akan jumpa tangga berputar, awak naik tangga tu je. Tu lah
tempat paling tinggi dalam rumah ni. Hati-hati tau, kalau awak nak naik atas
bumbung rumah tu, takut-takut nanti tergelincir." Eber menjawab.
"Terima
kasih!" Atiqah berkata sambil tergesa-gesa memanjat anak tangga menuju ke
tingkat atas rumah. Eber dan Belle memerhati Atiqah dengan penuh tanda-tanya.
"Awak nak buat
apa?" Belle yang sedang mencuci menjerit dari bawah meminta kepastian. Atiqah
berhenti sebentar dan menoleh.
"Adalah."
Kemudian dia meninggalkan mereka berdua dengan teka-teki yang masih bermain di
kepala.
Ruangan atas rumah
tersebut mempunyai empat bilik . Agak luas untuk Eber dan Belle yang hanya
tinggal berdua pada pandangan Atiqah. Mungkin perancangan awal untuk memiliki
anak-anak kelak. Atiqah tersengih. Dirasakan mereka berdua tidak secocok. Eber
kelihatan lebih penyabar, manakala Belle pula kuat cemburu sejak kali pertama
Atiqah bersua muka dengannya. Mungkin dia risau Atiqah akan merampas Eber dari
tangannya. Tetapi, Eber dan Belle dilihat terlalu muda untuk mendirikan rumah
pada pandangannya. Eber kelihatan seperti baru berumur dua puluh dua tahun dan
masih memerlukan kewangan yang stabil. Tetapi Atiqah mengakui Eber kelihatan
agak matang dalam menangani masalah ketika dia cuba menenangkan Atiqah dan
Belle dariopada bergaduh tadi. Belle pula dilihat seperti remaja belasan tahun,
mungkin umurnya baru mencecah enam belas tahun jika dilihat pada parasnya dan
kelakuannya. 'Zaman moden ni masih ada
yang kawin awal rupanya'. Atiqah terus berjalan mengikut petunjuk yang diberikan
oleh Eber tadi. 'Jalan terus, kemudian jumpa tangga.' Atiqah berbisik di dalam
hati. Kaki lima yang selebar lima kaki itu dicerahi dengan sinaran matahari
yang masuk melalui tingkap yang bertentangan dengan tangga yang baru
dipanjatnya tadi. Atiqah ternampak tangga yang agak tinggi lebih kurang empat
meter mencari langit di atas sana. Tangga besi tersebut berpusing-pusing
sehingga ke tingkat yang paling atas. Seperi menara kecil yang selalunya wujud
di setiap masjid, tempat di mana diletakkan pembesar suara. Atiqah memanjat
tangga tersebut sehingga ke anak tangga yang paling atas. Dia dapat melihat
sekeliling rumah tersebut melalui tingkap menara tersebut. Rumah itu
dikelilingi dengan padang rumput menghijau yang luas. Di sebelah kanan rumah
tersebut pula, terdapat hutan yang kelihatan agak menggerunkan. Di pinggir
hutan tersebutlah di mana Atiqah dengan tidak sengajanya merempuh dengan
skuternya yang kini kelihatan amat layak untuk masuk ke wad ICU jika skuternya
itu adalah manusia sepertinya. Atiqah tidak dapat menjelaskan kenapa dia boleh
berada di sini. Dia tidak nampak langsung walau sebaris jalan raya yang
merentangi kawasan rumput tersebut. Adakah sesuatu yang sepatutnya tidak
berlaku telah berlaku? Atiqah tidak pasti. Tetapi, sejak dia terjaga tadi, dia
telah merasa pelik. Belle yang memakai gaun. Gaun yang memang tidak mungkin
dapat ditemui di Kedah kerana zaman sekarang sudah terlalu jarang untuk
seseorang memakai gaun sebegitu. Di samping itu, peta yang diberikan oleh Belle
juga amat bercanggah dengan peta yang sudah dikenalinya sejak dia mula
mengenali dunia dengan lebih mendalam. Serasanya tidak pernah dia mendengar
mengenai Selat Arabele. Takkanlah dalam masa dia pengsan, Belle dan Eber
berpakat untuk mengenakannya dengan mendapatkan peta yang tidak masuk akal itu
menggantikan peta dunia yang sebenar? Dia juga perasan apabila Eber seperti
tidak mengetahui apakah itu skuter. Sedangkan skuter merupakan salah satu
kenderaan yang memang lazim digunakan pada masa kini.
Atiqah terduduk di
atas lantai kayu yang sempit itu. Segala kepelikan yang difikirkanya sebentar
tadi dirasakan bakal memandu ke arah perkara yang amat menyedihkan. Atiqah
merenung telefon bimbitnya. Tiada liputan langsung. Walaupun kala itu dia
berada di tempat yang tinggi.
Di manakah dia
sekarang?
Dirasakan air hangat
mula menitis di penjuru matanya. Tangannya pantas menyeka satu demi satu
titisan air hangat tersebut. Tetapi dirasakan usahanya hanyalah sia-sia apabila
air matanya mengalir semakin banyak walaupun dia tidak berhenti menyekanya. Akhirnya
dia membiarkan air tersebut tumpah dengan bebas. Dia memeluk kedua-dua belah
kakinya dengan tangannya dan menangis di situ sendirian.
* * *
"Eber. Aku rasa
perempuan tu pelik la." Belle
menyuarakan pendapat. Eber yang sedang menatap senaskah akhbar tabloid tempatan
memanggungkan kepalanya. Belle duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan
Eber. Kemudian Eber melipat akhbar yang sudah habis dibacanya. Eber merenungnya agak lama.
"Apa maksud
kau?" Eber bersuara meminta kepastian. Sebenarnya Eber juga dapat menilik
sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Terutama sekali apabila Atiqah adalah
gadis yang ditemuinya dalam mimpinya kelmarin. Seperti ada satu mesej yang cuba
disampaikan. Tetapi Eber tidak pasti apakah mesej tersebut.
"Ya lah, takkan
kau tak perasan? Tadi dia mintak peta dunia. Bila
aku bagi, dia kata tu bukan peta dunia pulak. Macamlah aku ni bodoh sangat
sampai peta dunia pun aku tak tahu! Tambahan pula, kau yang beli peta tu dulu.
Takkan kau pun bodoh sama?" Belle meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Eber
mulai berasa gusar. Apa yang disuarakan oleh Belle itu memang benar. Tetapi dia
malas membuat telahan awal. Takut nanti tersilap pula.
"Jadi?"
Eber bertanya. Mungkin Belle telah merangka sesuatu melalui kesimpulan yang
sudah dihimpunkan di dalam otaknya mengenai Atiqah. Dia ingin tahu apakah yang sedang bermain difikiran Belle
ketika itu.
"Kalau aku
cakap, kau jangan kata aku gila pula." Belle berenti sejenak mengumpul
kalam. Kemudian dia menyambung. " Aku rasa Atiqah tu datang dari dunia
lain la. Maksud aku, dunia yang selari dengan dunia kita. Tak pun dia datang daripada dimensi lain ke. Tu tanggapan
aku saja. Terus terang aku katakan aku
tak pernah tengok fesyen bajunya. Tambahan pula, bila aku tengok kenderaan yang
dia panggil skuter tu, aku dah mula rasa tak sedap hati. Dalam tujuh belas
tahun hidup aku ni, ni adalah kali pertama aku nampak benda tu." Belle
menerangkan dengan panjang lebar. Eber terdiam. Dia memikirkan setiap butir
kata yang baru keluar daripada mulut Belle. 'Masuk akal jugak'. Tapi, bila
Belle menyebutkan tentang dunia lain, Eber merasakan perkara itu terlalu
mustahil!. Tetapi, boleh jadi telahan adiknya itu betul. Orang ramai mungkin
akan mengatakan Atiqah adalah orang gila. Meminta benda yang bukan-bukan. Tapi,
pakaian dan skuter Atiqah telah membuktikan bahawa dia bukan orang gila. Memang
Atiqah begitu asing baginya.
"Boleh percaya
ke ni?" Eber sengaja menduga. "Belle. Mungkin kau fikir macam tu
sebab kau ni dah terlalu banyak membaca cerita-cerita mengarut." Eber
merujuk kepada tabiat Belle yang kadang-kadang dirasakan terlalu taksub dengan
carita-cerita hantu.
"Terpulanglah
kau nak percaya ke tak, Eber. Lagipun, aku masih waras lagi walaupun aku selalu
membaca cerita-cerita mengarut." Belle membalas. Eber ketawa kecil. Belle
menjadi malas untuk berbicara lagi. Dirasakan Eber langsung tidak mengambil
serius apa yang dikatakannya. Belle bangun dari kerusi. Dia ingin
mengambil angin di luar. Belle berjalan ke arah pintu dapur.
"Belle, kalau
betul apa yang kau katakan tu. Nampaknya, Atiqah akan tinggal lama dengan
kita..." Eber bersuara setelah beberapa ketika. Langkah Belle terhenti.
Dia memandang Eber lama. Nampaknya sangkaannya silap, Eber memang memandang
serius apa yang dikatakan olehnya. Kemudian Eber bangun sambil membawa akhbar
yang dibacanya tadi ke ruang tamu. Belle tidak jadi hendak mengambil angin di
luar. Dia bercadang untuk menyiapkan bilik untuk Atiqah. Jika benar telahannya.
Pastinya Atiqah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini. Dia tidak berumah dan
tidak mempunyai apa-apa yang boleh menjadi miliknya di sini. Belle berpatah
balik menuju ke tangga. Dia mendapatkan penyapu sebelum berjalan naik ke atas. "Oh ya, Belle. Kamu pergi tengok-tengokkan Atiqah
tu. Entah apa agaknya yang dibuatnya di atas tu. Dah sejam lebih pun." Eber menjerit dari ruang tamu.
Kemudian Belle meneruskan perjalanannya ke atas.
* * *
Belle mendapati
Atiqah sedang tidur sambil merapatkan kakinya ke dada. Kepalanya terlentok di
atas kedua-dua lututnya. Belle dapat mengesan kesan air mata di pipi Atiqah.
"Menangis?"
Belle berbisik perlahan. 'Kenapa pulak?' Belle bertanya sendiri. Kemudian Belle
mendiamkan diri sambil berfikir. Mungkin Atiqah juga menyedari hakikat kenapa
dia berada di sini. Teka Belle dalam hati. Belle diserbu rasa sayu tiba-tiba. Dia
membayangkan jika dirinya berada di tempat Atiqah. Tentu dia juga tiada
bezanya. Menangis mengenangkan Eber. Satu-satunya saudara darah dagingnya yang
masih hidup. Selama ini, Eber tidak pernah meninggalkannya. Eber juga amat
mengambil berat mengenai dirinya setelah peristiwa yang meragut ibubapanya
beberapa tahun dahulu. Dia seperti mengalami trauma yang tidak sudah. Tidak mahu
sesiapa pun memisahkan dia dan Eber dan tidak mahu sebarang peristiwa pun yang
mampu memisahkan mereka berdua. Setelah agak lama Belle memerhatikan Atiqah
yang sedang lena. Dia turun ke bawah. Sehelai selimut berwarna coklat yang
bercorak abstrak diambil dari dalam almari di dalam biliknya. Dia memanjat
semula tangga menara tersebut. Kemudian dia menyelimuti Atiqah dengan selimut
tersebut. Nampaknya Atiqah tidur terlalu nyenyak. Dia langsung tidak terjaga
apabila Belle sedang menyelimutkannya. Belle risau. Mungkin demamnya akan
kembali jika Atiqah dibiarkan tidur di situ.
bersambung.......
Posted at 04:10 pm by Hasuna
Permalink
Tuesday, June 05, 2007
Salam....somehow...i like story which is doesn't make sense. Maybe this is happen due to my habit of reading lots of fantasy and all. Anyway...hope you can cope with my way of thinking. Anyway... fantasy and supernatural may happen and it's NOT IMPOSSIBLE to happen. It's just depend on individu, wether he or she wanna believe it or not. And not to forget....all of this happen with God's will. Ciao!
Atiqah berasa hairan. Hairan yang teramat sangat. Sepatutnya dia sudah lama melanggar treler, tetapi dia tidak dapat meresakan sebarang impak. Atiqah membuka matanya. Dia berasa sungguh terkejut. Skuternya terus memecut laju kerana tangannya masih memulas minyak walaupun dia telah mengarahkan tangannya supaya menekan brek. Dia melanggar ampaian kain yang entah macam mana boleh muncul di hadapannya. Kepalanya tertutup dengan kain putih yang melekat di topinya. Atiqah tidak dapat melihat apa-apa. Kemudian dia melanggar sebatang pokok yang besar dan menyebabkan skuternye terhenti bergerak. "Awwwww!!!" Atiqah merasakan seperti tengkoknya hendak patah. Dia sudah jatuh menyembah tanah. Atiqah bangun sambil menyumpah-nyumpah. Rasa hairannya masih belum hilang. Seingatnya, jika dia membelok ke kanan tadi, sepatutnya dia akan terlanggar pokok palma. Tetapi, alih-alih dia terlanggar ampaian yang dia tidak perasan langsung kewujudannya tadi. Atiqah menguis-nguis pakaiannya daripada daun-daun kering yang mula melekat ketika dia jatuh tersungkur tadi. Dirasakan salah satu gigi sebelah kanannya sudah longgar. Apa-apa pun, dia perlu keluar daripada hutan ini segera. Serasanya tulangnya masih elok walaupun dia sudah merempuh hutan belukar. Badannya terasa sakit-sakit akibat perlanggaran tadi. Atiqah melihat lengannya. Garisan-garisan akibat tersenerih dengan ranting-ranting pokok yang tajam sudah menampakkan darah. Atiqah mengangkat skuternya. Dilihatnya cermin sisi hampir patah. Mampuslah kalau ayah dia tahu nanti. Ayahnya selalunya akan ke masjid dengan menggunakan skuter tersebut. Tiba-tiba badannya dirasakan hampir hilang imbangan. Atiqah berhenti sebentar untuk meraih kembali keseimbangan badan. Mungkin kerana dia sedang pening kepala ketika itu. Dia menyorong skuternya sambil melangkah keluar daripada belukar itu. Atiqah ternampak kelibat seseorang yang sedang menunggu di luar semak itu. Dia mempercepatkan langkahnya. "Woah!" Atiqah terkejut. Kedua-dua belah tangannya yang sedang menyorong skuter terlepas. Dia secara tidak sedar telah mengangkat tangannya ke udara seperti orang bersalah yang selalu dilihatnya di televisyen apabila pihak polis mengacukan pistolnya ke arah penjenayah. Seorang lelaki sedang mengacukan selaras rifle ke arahnya. 'Apa salah aku?' Atiqah menyoal diri sendiri. Dipandangnya wajah lelaki tersebut. "Ammar!?" Serta-merta nama itu terpacul daripada mulutnya. Tetapi, apabila diamati kembali, lelaki tersebut memang hampir seratus peratus mirip wajah Ammar. Tetapi rambutnya agak panjang dan diikat kemas di belakang. Matanya juga berwarna hitam dakwat berbanding dengan mata Ammar yang berwarna coklat gelap. "..ehh....bukan kot..." Atiqah sempat berkata membetulkan kesilapannya. Tiba-tiba dunia sekeliling dirasakan seperti berpusing. Seketika kemudian dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri lagi. * * * Lubi si hamba mempercepatkan langkahnya ke arah Dewan Utama. Dia perlu segera memberitakan kepada tuannya. Berita yang paling menggembirakan itu dan pastinya akan membuatkan tuannya lebih sayang kepadanya. Laluan istana batu yang suram dan sunyi itu dirasakan terlalu panjang. Kiri kanan lorong itu dihiasi dengan nyalaan lilin-lilin yang tidak pernah padam sejak berkurun yang lalu. Membuktikan kesaktian Tuan Rene. Akhirnya dia sampai juga ke penghujung laluan itu. Pintu besar kayu setinggi tiga meter yang berukir dengan ukiran yang komplek dan indah ditolaknya sepenuh hati. Apabila terbuka sedikit dan cukup untuk meloloskan dirinya, Lubi melangkah masuk perlahan-lahan. Kakinya yang sejuk dan kecil itu memijak hamparan merah yang panjang. "Tuan Rene. Hamba ada berita gembira untuk tuan." Lubi memulakan bicara. Patah katanya dikeluarkan satu persatu dengan berhati-hati. Dewan Utama yang luas itu kelihatan sungguh sunyi. Ibarat tanah perkuburan. Tirai-tirai panjang berwarna emas yang menutupi tingkap di kiri dan kanannya menyebabkan suasana agak kelam. Di bahagian paling hujung balai itu ternampak Tuan Rene yang sedang duduk di atas singgahsananya. Kiri kanannya terdapat dayang-dayang yang sibuk mengipas. Lubi masih menunggu reaksi Tuan Rene. Tuan Rene sedang tidur agaknya. Ketika dia ingin mengulangi katanya, tiba-tiba Tuan Rene bersuara. "Perkhabaran apakah itu?" Lubi melangut memandang Tuan Rene. Mata Tuan Rene yang berwarna hitam pekat kelihatan mencerlung memandangnya. Peluh sedikit tersembur di dahi Lubi. Tuan Rene memang menyeramkan walaupun dia kelihatan tenang ketika itu. Rambut hitamnya yang lurus dan panjang melepasi bahu diikat dengan satu ikatan dan dibiarkan melingkar di atas bahu kanannya. Wajahnya yang pucat kelihatan seperti tidak bernyawa. Jika ditoreh pun mungkin tidak berdarah. Tetapi, Lubi mengakui tuannya itu memiliki wajah yang cantik. Wajah yang sudah beratus tahun dilihatnya itu tidak pernah dimakan usia. Masih kekal seperti dulu. "Hamba telah berjumpa dengan apa yang tuanku carikan selama ini, wahai Tuan Rene." Lubi mengukir senyuman senget di bibirnya. "Apa maksud kamu, Lubi. Jangan bermain-main dengan beta! Atau kamu ingin menerima nasib yang sama seperti kawan-kawanmu dahulu?!" Tuan Rene menggertak Lubi. Perut Lubi dirasakan kecut. Makhluk hijau yang bermata kuning dan bertelinga seperti serigala itu mengeletar. Suara Tuan Rene dirasakan lebih kuat daripada sahutan guruh diluar sana. Kata-kata Tuan Rene mengingatkan dirinya kepada nasib sahabat-sahabatnya dahulu yang cuba menipu Tuan Rene untuk mendapatkan hadiah. Akibatnya, mereka telah dikurung di dalam sangkar yang mengandungi beratus-ratus ekor chimera yang berwajah ganas yang sedang kelaparan. Mereka dibiarkan meraung-raung di situ menjadi santapan chimera-chimera tersebut. Lubi memejamkan matanya rapat. Tidak dapat dia membayangkan dirinya berada di dalam sangkar chimera-chimaera tersebut. "Tidak, tuan. Hamba tidak berbohong. Hamba memang telah berjumpa dengan Hasuna tuanku." Lubi cuba meyakinkan tuannya. "Inilah buktinya!" Lubi berkata sambil mengeluarkan sebutir bola kristal berwarna jernih. Dia telah memasukkan segala memori mengenai saat-saat ketika dia terjumpa dengan Hasuna di dalam kristal tersebut. Lubi mengunjukkan bola kristal jernih tersebut dengan tangannya yang berwarna hijau lumut dan berkuku panjang yang kotor. Tangannya terketar-ketar kerana takut dengan kemurkaan Tuan Rene yang mungkin datang dengan tiba-tiba. Tuan Rene mengarahkan salah seorang dayangnya mengambil bola tersebut daripada Lubi. Dayang yang berwajah jelita tetapi mempunyai telinga yang pelik, seperti telinga kucing, berjalan dengan patuh mendapatkan bola kristal dari tangan Lubi. Kemudian dayang tersebut meletakkan bola kristal tersebut di atas bantal baldu di hadapan Tuan Rene. Tuan Rene merenung bola kristal yang sebesar penumbuk orang lelaki dewasa itu. Kepulan asap jingga terbentuk di dalam bola tersebut dan tiba-tiba ternampak imej seorang gadis. Seorang gadis yang dicarinya selama ini. Tuan Rene tersenyum panjang dengan senyuman yang penuh dengan rancangan dan niat yang jahat. Lubi kala itu dapat menatap kegembiraan di wajah tuannya. Kegembiraan mutlak pada pandangan matanya. Lubi turut tersenyum senget. Impian tuannya akan tercapai tidak lama lagi. * * * Eber terjaga dari tidurnya. Dia bermimpi buruk sebentar tadi. Peluh dirasakan sudah menjalar di seluruh tubuhnya. Walau bagaimanapun, mimpi tersebut dirasakan terlalu nyata. Seorang gadis berkulit sawo matang. Digantung pada sebatang salib dan diarak sekeliling pekan. Gadis tersebut memaparkan wajah yang terlalu menyedihkan. Tangannya dibelit dengan tali yang berduri. Darah merah mengalir seperti tiada bernilai lagi. Pakaiannya yang koyak rabak seperti kesan disiksa. Pandangan matanya hanyalah menampakkan kekosongan. Eber merasakan seperti jantungnya disiat-siat apabila menatap wajah yang sungguh kasihan tersebut. Eber bangun daripada peraduannya. Suasana pagi di luar tingkap biliknya kelihatan sungguh menenangkan. Bunyi desiran angin dirasakan mendamaikan. Kicauan burung-burung kecil yang sibuk mencari makanan mengajak ketenangan jiwa bertandang di benaknya. Eber menarik nafas panjang. Dia cuba melupakan mimpi yang baru dialaminya sebentar tadi. Namun, dirasakan terlalu payah. Bayangan mimpi tersebut masih bermain-main difikirannya kala itu. Serasanya terdapat maksud yang tersirat. Tetapi dia tidak tahu apakah maksud yang cuba disampaikan daripada mimpi tersebut. Dia menjejakkan kaki di atas lantai. Bunyi berkeriut kedengaran. Rumah tersebut sudah terlalu tua. Tetapi masih elok. Eber sudah lama menetap di rumah tersebut. Sejak dia dilahirkan lagi dia sudah melihat rumah tersebut berdiri dengan gagah. Rumah dua tingkat berdindingkan batu bukit yang ditarah dan berlantai kayu itu sudah menyaksikan perbagai peristiwa. Suka dan duka. Gembira dan sedih. Sudah tidak terhitung banyaknya. Kini, Eber hanya tinggal bersama dengan satu-satunya adik perempuannya setelah kedua-dua ibubapanya meninggal dunia dalam peristiwa yang terlalu tragis. Eber mengesat air matanya. Kala terkenang peristiwa tersebut, air matanya terlalu mudah mengalir. Seperti ais yang mencair apabila terkena panahan matahari. Eber mengatur langkahnya ke dapur yang terletak di bahagian bawah rumah tersebut. Kelibat Belle di dapur tidak kelihatan. Mungkin Belle keluar mengorek ubi kentang dibelakang rumah. Nampaknya Eber perlu menyediakan sarapannya sendiri hari ini. Dia mencapai sebuah kuali leper dan sebiji telur ayam mentah. Dia ingin menggoreng telur ayam tersebut untuk dimakan bersama roti sebagai sarapan pagi. Kuali leper tersebut diletakkan di atas dapur dan api kecil dinyalakan. Eber mendapatkan pula cerek yang terletak di atas para dan mengisi dengan air sejuk. Air akan dijerangnya. Kemudian kopi wangi akan dibancuh. Sudah cukup untuk mengisi perutnya hingga tengahari nanti. Tiba-tiba Eber terdengar bunyi keriuhan di belakang rumahnya. Dapurnya yang terletak di belakang rumah menghadap padang rumput yang luas. Rumahnya terletak di pinggir hutan yang terdapat di tepi padang rumput tersebut. Eber menjengahkan kepalanya ke tingkap. Dilihatnya ampaian pakaiannya sudah roboh. Apa yang dah berlaku? Benaknya tertanya-tanya. Di manakah Elle? Hati Eber diserbu kerisauan. Eber mencapai riflenya yang disangkut di dinding dan segera keluar memeriksa keadaan. Eber menghampiri ampaian pakaian yang sudah roboh itu. Diperiksanya dengan sekali lalu. Terdapat seperti kesan tayar. Tapi dia tidak pernah melihatnya sebelum ini. Kesan tayar tersebut menghala terus ke hutan. "Awwww!!" Dia terdengar satu suara dengan tiba-tiba. Dia pasti, itu bukan suara Belle. Semak-samun tidak jauh daripada situ tiba-tiba bergerak-gerak. Eber mengacukan riflenya ke arah semak tersebut. Tiba-tiba muncul seseorang yang sedang menyorong sesuatu. Dia seperti sedang menyumpah-nyumpah sesuatu. Eber mengagaknya seorang perempuan berdasarkan susuk tubuh yang tidak terlalu tinggi itu. Eber tidak dapat melihat wajah perempuan tersebut kerana dia sedang memakai topi yang menutup mukanya. Wajahnya hanya nampak berbalam-balam di sebalik cermin hitam itu. Serasanya benda yang disorong itulah yang telah melanggar ampaiannya sebentar tadi. "Woah!!" Perempuan tersebut mengangkat kedua-dua belah tangannya apabila terpandang Eber yang sedang mengacukan senjatanya. Terkejut melihat selaras rifle yang dipegang Eber agaknya. Benda yang disorongnya tadi terbalik dengan serta-merta. "Ammar?!! ehh....bukan kot..." Tiba-tiba perempuan tersebut rebah tersembam ke tanah. Dia tidak bergerak lagi. 'Ammar?' Eber menyoal dirinya sendiri. Dia masih berhati-hati. Agaknya ini lakonan semata-mata. Eber sengaja bersangka buruk. Dia risau mungkin perempuan ini berniat jahat. Biar dia tersilap sangka jangan dia menyesal kemudian. Eber menghampiri perempuan tersebut selangkah demi selangkah. Dilihatnya tiada sebarang reaksi. Ditelitinya pakaian perempuan tersebut. Tidak pernah dia melihat fesyen sebegitu sebelum ini. Baju labuh yang agak ringkas hiasannya dan menutup kepala. Eber mengalihkan badan gadis tersebut. Wajahnya dilindungi topi yg dipakainya. Dialihkan sedikit untuk melihat wajah perempuan tersebut. Kata itu dia terperanjat. Gadis yang dilihatnya di dalam mimpi malam tadi! Wajah gadis tersebut kelihatan berkerut-kerut seperti menahan sakit. Dua titik peluh kelihatan menitik di dahinya. Eber meletakkan tapak tangannya di dahi gadis tersebut. Panas. Dia segera menggalas rifle dibahu kanannya dan mengangkat gadis tersebut. Demam panas agaknya. Gadis tersebut didukungnya masuk ke dalam rumah dengan kepayahan. Eber meletakkan gadis tersebut di atas sofa panjang di ruang tamu dengan berhati-hati. Kemudian dia mendapatkan bantal di dalam biliknya untuk dibuat alas kepala. "Siapa tu, Eber?" Jantung Eber hampir terhenti mendengar sapaan Belle muncul tiba-tiba entah dari mana. Dia masih memakai baju tidur. Mati-mati Eber ingatkan dia sudah keluar. Dia menghela nafas lega. "Entahlah, Belle. Aku jumpa dia di luar tadi. Kau tolong ambilkan air sejuk dan tuala kecil. Nampaknya dia demam panas." Eber mengarahkan adiknya. Bella patuh. Dia berlari ke dapur dan mendapat air sejuk yang diisi di dalam besen yang sederhana besar. Kemudian dia berlari ke atas pula untuk mencari sehelai tuala. Eber pula sibuk cuba untuk membuang topi pelik yang dipakai oleh gadis ini. Sudah puas dia mencuba untuk mencabut topi tersebut daripada kepalanya. Namun topi tersebut masih melekat. Dilihatnya ada tali yang memaut kemas didagunya. Eber ingin memotong sahaja tali tersebut. Tetapi dia berubah fikiran apabila ternampak seperti butang berwarna merah. Dia menekan butang tersebut. Mudahnya. Topi tersebut sudah boleh dibuka. Dia menanggalkan topi tersebut dan meletakkannya di atas meja kopi kecil di sisi sofa tersebut. Ditatapnya wajah gadis tersebut seketika. Memang sah wajah inilah yang dia nampak di dalam mimpinya malam tadi. Belle turun tiba-tiba dengan membawa tuala kecil berwana putih. Eber mengalihkan duduknya dan membiarkan Belle yang mendemah gadis tersebut. Belle menanggalkan tutup kepala yang dipakai oleh gadis tersebut untuk memudahkan kerjanya. Eber yang berada di tepi hanya melihat. 'Berlapis-lapis gadis ni pakaikan di kepalanya. Mula-mula topi yang entah apa-apa entah. Kemudian kain menutup kepala, kini topi kecil yang dilihatnya seperti topi orang menyembur racun pula.' Eber berkata sendiri. Seberapa ketika kemudian, wajah gadis tersebut kelihatan beransur tenang. Eber melangkah keluar rumah dan menuju ke arah semak samun dimana pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu. Dia mengangkat benda yang disorong oleh gadis itu. Kelihatan seperti sebuah kenderaan. Tetapi dia memang tidak pernah berjumpa dengan kenderaan tersebut. Mungkin gadis ini datang daripada kawasan yang jauh daripada sini. Tetapi yang hairannya, apa yang gadis itu buat di dalam semak tadi? Dan apa yang ada di belakang rumah mereka ini? Eber meninggalkan soalan yang masih bertalu-talu datang di benaknya tidak berjawab. Walau bagaimanapun, kenderaan yang di sorong gadis ini memang berat. Dilihatnya di sisi tempat pemegang itu terdapat cermin, tetapi sudah hampir patah. Di bahagian belakang kenderaan tersebut terdapat sebuah kotak. Apa agaknya yang ada di dalam kotak tersebut Eber tidak tahu. Dia menyorong kenderaan tersebut sehingga ke tepi rumah, kemudian dia menyandar kenderaan pelik itu di dinding rumahnya. Sekejap. Mungkin terdapat tongkat yang boleh membantu kenderaan tersebut berdiri. Tidak mungkin kenderaan tersebut tidak mempunyai tongkat. Nampaknya telahan Eber memang mengena. Terdapat tongkat dibahagian tengah di antara tayar belakang dan hadapan. Setelah dia memastikan kenderaan yang entah apa dipanggil itu berada dalam keadaan stabil, Eber ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun fikirannya masih sibuk memikirkan kaitan mimpinya tadi dengan gadis kini sedang terbaring lesu di sofa panjang di dalam rumahnya. Apakah erti semua ini? Dia masih tidak mengerti. Otaknya dirasakan terlalu berserabut apabila memikirkan kejadian yang baru berlaku ini. Langkahnya terhenti apabila terpandang ampaian yang sudah roboh. 'Nampaknya kerja aku masih belum habis'. Eber bermonolog sendiri. Yang dia pasti, kemunculan gadis tersebut pada pagi ini memang membuatkan dia sibuk. bersambung.......
Don't forget to review okay?!
Posted at 01:15 pm by Hasuna
Permalink
Monday, June 04, 2007
Salam...Sorry for late posting...I've been thinking about the future of this story since I wrote it without a perfect plan (I just keep planning in my head and write it down after i get the idea)....hehe...anyway...i just recovered but not fully recovered you can say that. Uhm....the interesting part will come later...just wait okay? Salam....
Awan kelam sudah lama menyelimuti hamparan langit biru di langit. Sebentar nanti, mungkin empangan yang ditahan sejak tadi akan pecah. Atiqah melajukan langkah pulang ke rumah. Bunyi-bunyi kenderaan yang bersimpang siur di jalanan sudah malas untuk dihiraukan. Dia sekarang seperti kehabisan mood. Keletihan menjalar disetiap penjuru sarafnya. Kelas tambahan yang setiap hari diadakan di sekolah sehingga pukul lima petang memang payah untuk ditinggalkan. Sekali tidak hadir, dirasakan seperti kerugian beribu-ribu tahun. Dirasakan titik-titik hujan mula menimpa tudungnya yang berwarna putih kapas. Jalanan ditilik. Masih jauh. Tetapi keadaan makin tidak mengizinkan. Rancangan untuk berteduh di bawah pokok nampaknya tidak menjadi pilihan apabila mengenangkan bunyi guruh yang berlagu di gegendang telinganya kala itu. Pesan orang tua-tua, kalau berguruh dilangit, jangan berteduh dibayangan pohon. Guruh gemarkan lambaian pohon-pohon. Bimbang kita terkena sama. Selalunya Atiqah akan pulang bersama emaknya. Tetapi disaat-saat akhir dia tidak berupaya mengubah takdir apabila Mak Long Hawa terpaksa bergegas ke sekolah. Sekumpulan pelajar perempuan yang menghuni asrama diserang histeria, kebetulan emaknya adalah antara guru yang bertanggungjawab dalam minggu tersebut. Emaknya perlu mencari ikhtiar untuk meredakan suasana. Ustaz yang bertugas di sekolah mencadangkan supaya bacaan Yaasin diadakan serta-merta. Itulah sekadar maklumat yang diperolehinya apabila emaknya dihubungi tadi. Kayuhan kaki dipercepatkan lagi apabila titisan hujan yang menimpa badan makin bertambah. Kalau boleh dia ingin berlari sahaja. Atiqah mula memasuki persimpangan yang mengarah ke arah rumahnya. Serta-merta air mencurah-curah menimpa dirinya. Niatnya untuk berlari dibatalkan kala itu juga. Benaknya membentak supaya dia menghayati nikmat hujan yang melimpah itu. 'Bukan senang nak main hujan ni.' Hatinya berbisik. Atiqah menadah tangannya kelangit. Air hujan berebut-rebut untuk terjun ke atas telapak tangannya. Kesejukan mula terasa. Sudah lama dia tidak merasakan keseronokan begini. Ketika tadika dahulu, kala guruh mula berlagu di dada langit, dia dan kawan-kawannya bergembira dan merancang untuk bermandi-manda dibawah hujan. Selalunya habuan yang diterima selepas bermain hujan tentulah libasan rotan. Baru mereka akan terhegeh-hegeh berlari masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Takut demam menghinggap. Atiqah berjalan seperti biasa meredah keriuhan hujan. Buku di dalam beg tidak dirisaukannya kerana begnya dilindungi tudung labuhnya. Serasanya selamat agaknya. Setelah lima minit, Atiqah mempercepatkan langkahnya. Risau pulak. Lelehan air menyebabkan pakaiannya melekat dibadan. Seksi habis! Tak payah susah-susah terbelah sana sini. Pakai tutup semua pun boleh jadi kalau kena caranya. Atiqah tersengih sendiri. Mengingatkan lagak rakan sekolahnya yang terlalu seronok apabila peperiksaan tamat. Mereka dengan gembiranya pulang meredah hujan. Ustaz Zain yang kala itu datang sekadar melawat walaupun kehadirannya tidak diwajibkan terjerit-jerit seperti janda tua memarahi anaknya menyuruh mereka berteduh di dalam dewan. Bukan apa, seksi habis! Risau pulak dia tengok. Atiqah berlari masuk ke halaman rumah apabila dia mula menghampiri simpang rumahnya. Kalau nak berlakon pun biarlah menjadi. Matanya sempat melirik ke arah reban ayam. Ayam-ayam tersebut hanya memerhatikannya dengan penuh kehairanan dari dalam reban. Itik-itik pula sedang mengadakan pesta keramaian umpama menyambut cucu. Kolam sedalam lutut yang digali ayahnya tidak lama dahulu kini menjadi tempat itik-itik belaan ayahnya berkubang. Itik-itik nila tersebut mula mempamerkan kemahiran kuak lentang dan kuak rama-rama tatkala air hujan mula memenuhi seisi kolam. Atiqah menanggalkan kasut sekolahnya yang sudah kuyup. Nasib baik esok hari Jumaat. Kalau tidak dia terpaksa ke sekolah dengan seliparlah jawabnya. Air menitik dari bajunya membasahi koridor. Salam diberi dan dijawab seadanya. Serta-merta tudung labuh yang dipakai direntap kasar apabila dia melangkah ke dalam rumah. Dia bercelapak menuju ke arah bilik air. Kakaknya yang sedang membaca novel di atas sofa memerhati dengan pandangan jelik. 'Dah la aku baru lap pagi tadi...' Hidayah bersungut di dalam hati. "Hang tak balik dengan mak ka hari ni?" Kakaknya bertanya sekadar menagih kepastian. Enjin kereta emaknya tidak kedengaran. Tiba-tiba kelibat Atiqah muncul di depan pintu. Sudah terkeluar daripada ghalibnya. "Dak!" Atiqah menjawab pendek. Dia terus menapak ke dalam bilik air untuk mandi. Tidak sanggup rasanya untuk berdemam dihujung minggu ini. Hilang nikmat nak bercuti nanti. Hidayah menyambung membaca novel tulisan salah seorang penulis tempatan. Konsentrasinya terganggu seketika. "Wei!! Dayah!! Ambik tuala aku sat! Aku lupa nak ambik!" Atiqah menjerit dari dalam bilik air. Suaranya agak berbalam-balam ditenggelami dengan keriuhan bunyi air hujan di luar rumah dan di dalam bilik air itu sendiri. Tetapi telinganya masih mampu menangkap jelas butir-butir perkataan Atiqah. Hidayah bangun dan mendapatkan tuala Atiqah yang tersidai di kerusi di dalam bilik. Dia meletakkan tuala tersebut di atas mesin basuh yang tersadai di tepi pintu masuk bilik air. Pintu bilik air dibuka dengan tiba-tiba. "Mana?" Ternampak batang tubuh Atiqah yang sudah basah dan buih-buih syampu berlumba-lumba untuk jatuh daripada hujung rambutnya yang berjuntai. "Tu! Atas mesin basuh." Hidayah yang sudah menjauhi mesin basuh berkalih dan mengacungkan jarinya ke arah tuala tersebut. "Sankyu!!!" Atiqah menjawab sebelum menutup pintu semula dengan hempasan yang kuat. "Hang ingat tu pintu lori ka?!" Hidayah memarahi adiknya. Atiqah tidak menjawab jerkahan kakaknya. Tetapi dia sibuk pula menyanyi lagu tema Doraemon sambil menyambung mensyampu rambutnya. Hidayah merancang untuk memakan Chipsmore. Baru semulut dijamahnya dia hampir tersedak apabila Atiqah menjerit memanggilnya sekali lagi. "Wei! Dayah! Ambik baju kat aku sat!!!!! Lupa!" Kala itu, Hidayah terlalu ingin mempraktikkan jurus kung fu yang selalu dilihatnya di dalam filem Jet Li dan Jackie Chan. Dia hampir tersekat biskut Chipsmore yang bakal mengisi tekaknya itu. Walaupun begitu, takdiran tuhan nampaknya lebih bermakna. Kesabaran masih merajai nalurinya. Hidayah meneguk segelas air sebelum melangkah mendapatkan pakaian Atiqah di dalam bilik. "Mengada-ngada!" * * * "Haaaachum!!!" Masuk kali ini, entah berapa ratus kali Atiqah bersin. Lebih teruk, tekaknya terasa perit. 'Tanda-tanda demam ni...' Getus hati kecilnya. Atiqah sudah faham akan keadaan fizikal dirinya. Jika tekak terasa sakit, selalunya demam menyusul kemudian. Ditambah pula dengan mata yang berair. Segera kunci yang terletak di atas peti ais di capai. Dia mengenakan sehelai tudung segi yang berwarna merah gelap dan sehelai jubah labuh yang berwarna hitam kerana kala itu dia hanya memakai baju kain kapas paras pinggang dan seluar jeans lusuh. Panadol perlu dibeli. Tiba-tiba rasa menyesal menyerbu. 'Kalau aku tak main hujan kelmarin, mesti tak jadi macam ni!'. "Hang nak pi mana?" Hidayah yang sedang menonton Spongebob Squarepant bertanya. "Kedai." Pendek Atiqah menjawab. "Nak beli Panadol." "Beli Twisties kat aku sama!" Hidayah mengambil kesempatan. Sudah hampir sebulan dia tidak mengunyah Twisties. Terasa rindu mula bertandang. Atiqah tidak menjawab. Dia menuju ke arah skuter di koridor rumahnya. Kunci dimasukkan dan enjin dihidupkan. Bulu tengkoknya meremang tiba-tiba. Atiqah terasa seram sejuk. 'Apa ni?' Dikalihnya ke arah semak samum. Ternampak kelibat lembaga yang kecil bergerak pantas menyebabkan rumput-rumput yang setinggi pinggang itu melambai-lambai. "Apa tu?" Atiqah bertanya dirinya sendiri. Dia menggosok-gosokkan matanya. 'Betoi ka apa yang aku nampak tadi?' Serasa tidak percaya. Atiqah berjalan ke arah rumput-rumput tersebut. Dicari-cari kelibat lembaga yang dinampaknya tadi di balik semak tersebut. Namun tiada kedapatan. Mungkin khayalan sahaja. "Hang buat apa tu, Atiq?" Atiqah tidak sedar sejak bila Ammar berada di belakangnya. Dia berpaling. "Woah!! Hang nangis ka?" Ammar terpandang mata Atiqah yang merah dan berair. Atiqah tidak menjawab. Dia terpandang Anas yang sedang duduk di atas pangkin di bawah pokok putat. Tempat dia selalu menghabiskan masa lapang. Senyuman dihadiahkan. Anas membalas senyumannya. "Hai! Lama tak jumpa!" Atiqah menyapa anas. Dia mengenali Anas kerana mereka satu sekolah. Di samping itu, Anas juga merupakan bekas ahli persatuan yang pernah disertai Atiqah dan mereka pernah bekerjasama untuk menjayakan satu program tidak lama dahulu. "Ya. Sihat? Ek...nampak macam dak ja..." Anas bertanya khabar. Kemudian dia baru tersedar apabila terpandang mata Atiqah yang merah menyala. "Aku demam la..." Atiqah menjawab. Jawapannya sekaligus ditujukan untuk Ammar sama. "Ingatkan hang nangis, manalah nak tau...." Ammar menjawab. Nada suaranya terbekas sedikit rasa simpati. Mungkin dia bimbangkan Atiqah agaknya."Hang nak pi mana ni?" Ammar bertanya dengan lebih lanjut. "Nak pi kedai, beli Panadol." Atiqah menjawab seraya menuju ke arah skuternya. "Panadol ja, hang tak pi jumpak doktor ka?" Riak bimbang yang terpamer di wajah Ammar semakin ketara. Atiqah agak rimas apabila Ammar banyak bertanya. Dia tiada mood sekarang ni. Dia malas menjawab. Atiqah mencapai topi keledar yang tersangkut di cermin skuter lalu memakainya di kepala. "Malas la. Selalu aku makan panadol ja." "Oh...hmm...tadi hang buat apa terjenguk-jenguk kat rumput tu?" Ammar bertanya lagi. "Tak dak apa-apa, aku ingat tadi kucing aku main sorok-sorok kat situ." Atiqah berdalih. "Oklah....aku blah dulu!!" Lantas Atiqah memecutkan skuter meninggalkan Ammar yang terkapai-kapai dan Anas yang sibuk memerhati mereka berdua. Atiqah memulas minyak selaju mungkin. Dia memang suka menunggang laju. Cover topi keledar dibiarkan terbuka supaya angin pagi Jumaat itu dapat dirasai. Itulah nikmat memandu dengan laju. Baik kereta mahupun motor. Tetapi dia bukanlah Minah Rempit. Dia hairan dengan sikap mat-mat rempit yang berlumba dengan menggadaikan nyawanya. Bermacam-macam aksi seperti wheelie dan entah apa-apa lagi yang selalu dilakukan. Dirasakan bahawa mereka itu hanyalah sekumpulan remaja yang bodoh dan tidak tahu menghargai nyawa yang diberikan percuma oleh Tuhan. Walaupun begitu, terdetik sedikit rasa kasihan apabila difikirkan semula. Semua orang mendoakan supaya remaja-remaja tersebut cepat mati dengan ucapan 'Celaka!', 'Biar mati cepat-cepat sikit!', 'Sialan!' dan macam-macam lagi yang memang tidak enak didengar. Kalaulah mereka tidak terlibat dengan melumba haram, mungkin sekarang ini mereka sedang melakukan perkara yang lebih berfaedah. Atiqah meneruskan perjalanan ke Simpang Kuala. Dia ingin mendapatkan coklat yang menjadi kegemarannya juga. Coklat yang dicarinya tidak mungkin boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan rumahnya. Setakat gula-gula ada lah. Tetapi dia tidak minat. Ketika di lampu isyarat, Sekali lagi fikiran Atiqah memikirkan kembali lembaga di sebalik rumput. Dia amat pasti dengan apa yang dinampaknya tadi. Tetapi dia tidak begitu jelas apakah rupa bentuk lembaga tersebut kerana lembaga itu menghilangkan diri dengan pantas. Dia pasti dia bukan berkhayal. Dia berani bersumpah. "Pinnn!!!" Bunyi hon kereta di belakang menyentak kasar lamunan Atiqah. Atiqah segera tersedar. Dipulasnya minyak motor dengan segera dan membelok ke kiri. * * * "Panadol sepapan berapa ringgit?" Atiqah menyoal juruwang yang berdiri di belakang kaunter di pasaraya Bismi Emporium. "RM 2.30." Lelaki muda yang berwajah mamak dan bermisai tebal itu menjawab. "Bagi dua papan ek....hmm.....tunggu sat, nak tengok-tengok jap." Atiqah membalas. Dia berjalan ke arah rak-rak yang menempatkan makanan ringan perbagai warna. Mata Atiqah tertancap pada sekotak coklat yang dipenuhi dengan coklat Van Houten yang bersaiz sederhana. Dia pantas mengambil dua keping coklat tersebut. Setelah itu, Atiqah mengambil sepaket besar keropok Twisties perisa Barbeque yang terletak tidak jauh dari situ. Kemudian, dia segera ke kaunter untuk membayar segala harga barang. Dia malas untuk berlama di situ memandangkan kepalanya dirasakan pening dengan tiba-tiba. Helmet yang dipakainya kala itu dirasakan terlalu berat. Dia ingin segera pulang ke rumah. Tidak sabar rasanya apabila terbayangkan bantal yang empuk dan tilam yang sejuk yang memang akan menyebabkan dia memejamkan mata tidak sampai lima minit jika dia berbaring di atasnya. Jika demam, Atiqah lebih selesa tidur sepanjang masa menanti supaya suhu badannya turun. Dia akan menggunakan tilam lembek sebagai selimut untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Atiqah membuka box skuternya untuk menyimpan benda-benda yang baru dibelinya. Risau pula benda-benda tersebut terjatuh di jalanan jika dia hanya menyangkut di hendal skuternya memandangkan dia selalu memandu laju. Setelah itu, Atiqah menghidupkan skuternya. Dia memecut laju meninggalkan pasaraya tersebut lalu membelok kanan memasuki jalan raya. Kenderaan kelihatan agak lenggang memandangkan hari ini hari Jumaat. Hari kelepasan am bagi penduduk di negeri Kedah. Skuter terus dipecut dengan kelajuan 90 km/j. Atiqah ingin cepat sampai ke rumah. Di hadapannya terdapat sebuah treler yang sedang memecut seperti kura-kura di mata Atiqah. Atiqah merancang untuk memotong treler tersebut dengan mengambil laluan kanan. Tiba-tiba treler tersebut membrek dengan tiba-tiba. Atiqah tidak sempat membrek. Dia cuba membelokkan skuternya ke kiri. Dia tidak pasti sama ada dia sempat melepasti treler tersebut atau tidak. Dia tidak menyangka dia akan menemui ajalnya setelah tercium belakang treler. Atiqah memejamkan matanya dan terus menekan brek walaupun dia telah mengetahui sudah tidak sempat lagi untuk dia berbuat demikian. Kala itu, bermacam-macam imej terbayang di fikirannya. Wajah-wajah mereka berputar di dalam otaknya terlalu cepat. Seperti tayangan filem yang sengaja dicepatkan permainannya beberapa kali. Wajah emaknya yang selalu memesan supaya memandu berhati-hati. Wajah ayahnya yang selalu mengingatkannya bahawa jika dia dia disaman kerana memandu laju, ayahnya akan memotong duit sekolahnya selama tiga bulan berturut-turut. Entah kenapa wajah Ammar turut muncul dan menyuruhnya supaya berjumpa dengan doktor. Mulutnya kala itu terlalu ringan untuk mengucapkan kalimah syahadah. Biarlah dia bangkit nanti di dalam taman syurga kelak. bersambung.....
Posted at 01:10 pm by Hasuna
Permalink
Thursday, May 31, 2007
Salam....cold today - have to carry a small towel to dry my nose...days ago i had fever. I'm not in the mood to write in this kind of health but I manage to write one anyway....Last tuesday (the first day of my fever) and at the same time I hafta go to Jitra (my mom asked me to accompany her to attend class). I don't have the mood since my body is way too hot and I slept under a thick blanket the other night. So my Mak Ngah told my mom that I had fever. But you know what my mom said to me? "Hang toksah la demam, nanti sapa nak bawak gheta?". After I heard that, I replied. "Mak ni apa? Orang nak demam pun tak buleh!" and I pulled my blanket until she can't see my head. After that, she laughed like crazy when she thinks about our conversation earlier. It was an absurb chat anyway. At last I decided to go and drive the car, while driving, somehow I can feel the fever was decreasing a lil bit. My mom couldn't stop but telling her friend about our conversation earlier and they laughed along the way....hmmm...anyway...here's chapter 5, it's longer than expected. Please comment, okay?! and sorry for my lame story earlier....oh yeah, before i forgot, someone was begging me to use his name in my story and at last i use it out of pity...happy now?
Langit kelihatan merajuk. Tidak lama lagi air matanya akan mencurah-curah melimpahi bumi yang mulai kering ini. Pohon-pohon mestinya sedang bergembira kini apabila mendengar bunyi guruh yang bersahutan di awanan. Burung-burung pula kalut berterbangan mencari sarang tempat berlindung. Begitulah aturan Tuhan atau Sunnatullah. Setiap kejadian dan peristiwa dalam alam ini tidak dapat tidak mempunyai hikmah yang tersirat. Walau bagaimanapun, hikmah yang tersembunyi hanya mampu difahami dan dirobek oleh hamba-Nya yang betul-betul mensyukuri segala pentakdiran Allah yang asa. Anas menjeling jam Rolex yang melingkari pergelangan tangan kirinya. Jam yang merupakan hadiah pemberian bapa beberapa tahun lalu masih utuh bertahan. Jarumnya yang halus sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Hampir setengah jam Anas menunggu di Shahab Perdana itu. Kelibat Ammar masih tidak kelihatan pada pandangan matanya. Baris-baris cahaya kilat yang melintasi garisan ufuk kelihatan berbalam-balam. Anas berdoa supaya Ammar cepat sampai. Dilihatnya barisan bas-bas yang bakal membelah jalan ke merata pelosok di negeri Kedah ini semakin cepat diisi. Mungkin semua orang berebut-rebut untuk pulang memandangkan hari hampir hujan. Kucing liar yang sedang menyelongkar tong sampah di satu sudut tiang stesen bas tersebut menangkap perhatian Anas. 'Kesian kucing tu.' Hanya itu yang mampu dituturkan oleh suara hati Anas. Dilihatnya kucing yang terlalu kurus dan badannya dipenuhi kurap. Bekas-bekas merah itu kelihatan kering dan menyakitkan. Anas berdoa supaya Allah memelihara kucing tersebut. "Pinnnn!!!" Bunyi hon kereta menyentak lamunan Anas. Dilihatnya kiri dan kanan. Ternampak kelibat Ammar di dalam kereta Kelisa berwarna metallik sedang tersengih-sengih di seberang jalan. Dia mengangkat tangannya tanda meminta maaf. Anas hanya tersenyum. Kemudian dia bersegera ke arah kereta tersebut. Anas sempat memandang kiri dan kanan sebelum melintas. Nyawa kurniaan Tuhan perlulah dihargai. "Assalamualaikum." Salam diberi apabila pintu kereta dibuka. "Waalaikumussalam." Ammar menjawab seadanya. "Sorry, lambat. Kan cuti sekolah la ni, jalan jammed. Tadi aku nak keluaq dari simpang rumah aku pun payah. Gheta belambak-lambak." Ammar menyambung. "Tak pa. Nasib baik hang ingat. Kalau tidak nganga la aku tang ni soghang-soghang." Anas membalas. "Hehe...aku dok bayang macam mana malam ni hang tidoq kat Shahab ni kalau aku tak ambik hang...."Ammar berkata sambil tersengih. Shahab merupakan panggilan ringkas untuk Shahab Perdana. "Aku tak tidoq sini aih, aku beli tiket balik Perglih balik la, payah apa?" Anas menjawab selamba. Anas merujuk kepada tempat tinggalnya di Perlis. Mereka sekeluarga yang dulu pernah menetap di Kedah kini menetap di Perlis kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimana pun, Anas tetap menghabiskan pengajiannya di Maktab Mahmud Alor Setar dan menginap di salah sebuah rumah sewa yang sememangnya banyak terdapat di sekeliling sekolah tersebut. Kedua-duanya melepaskan deraian ketawa yang kuat. Cukup untuk memeranjatkan kaum kerabat kutu yang mungkin sedang minum petang di atas kepala mereka berdua ketika itu. Ammar memberikan signal ke kiri sebelum memasukkan gear satu. Brek tangan diangkat. Anas pula sibuk menukar channel di radio. Saluran Ikim dipilih. "Nasyid la pulak..." Ammar berkata seakan memerli. "Kenapa? Hang tak suka nasyid ka?" Anas bertanya. "Bukan tak suka, tapi kadang-kadang dengaq nasyid ni boring la jugak." Ammar menjawab jujur. Kemudian dia menyambung. "Hang peghasan dak, la ni banyak sangat lagu nasyid yang jiwang-jiwang. Kadang-kadang aku pun geli-geleman dengaq..." "Haha." Anas ketawa pendek. "Aku peghasan. Tapi aku bukak ni pun sebab aku nak dengaq lagu Raihan." "Ohhhh....Raihan aku suka, aku memang respek group tu. Dari sekolah rendah lagi aku suka nasyid depa. Cuma geng nasyid muda-muda je yang not a cup of my tea. Bukan apa, kengkadang aku rasa depa tu hipokrit, aku rasa la....maksud aku, bila depa nak nasyid, pakat la pakai skema-skema, tapi kalau belakang kita sapa tau kan?" Ammar mengutarakan pendapat. Anas terdiam sejenak. Dia mengakui ada kebenaran disebalik hujah Ammar. Lagipun dia tahu, Ammar bercakap berdasarkan sumber. Bukan ikut sedap mulut sahaja patah perkataan yang keluar daripada mulutnya itu. "Tapi tak semua macam tu." Anas bersuara setelah mendiamkan diri beberapa saat. " Maybe setengah ja yang perangai macam tu, yang lain okay. Maklum la, depa pun muda lagi. Kalau tengok kawan-kawan depa yang lain pakai rock-rock, depa pun teringin nak cuba jugak kan?, orang kata apa....darah muda! nak mencuba benda yang baghu, tak gitu?" Sambungnya. "Betoi jugak apa yang hang cakap tu. Anyway, orang ni semuanya tak perfect, perfect macam mana pun di mata orang, still ada cacatnya yang orang lain tak tau. Apa-apa pun, aku pilih yang ni!" Ammar berkata sambil tangannya pantas menukar saluran radio. 92.8 menjadi pilihan. Serta-merta lagu What I've Done nyanyian Linkin Park berkumandang. "Cheh! Cakap je la hang nak dengaq Hitz.fm. Wat penat mulut aku ja bagi macam-macam hujah..." Anas seperti hendak ketawa. Ammar tersengih-sengih ibarat kerang busuk yang hampir basi. Anas menetapkan duduknya dan menyandarkan batang tubuhnya ke kusyen. Sengal-sengal yang dirasai terasa berkurangan. "Aku suka gak group ni, tapi kalau mak aku dengaq, mesti dia kata aku orang gila sebab dengaq lagu orang terjerit-jerit macam sakit jiwa ja." "Biasa la orang tua-tua, zaman depa ngan zaman kita lain. Zaman dulu mana ada orang menjerit sampai nampak orat mata. Kalau ada aku gerenti van tanjung rambutan mai ambik. Masalahnya, mak bapak kita tak paham mesej yang cuba nak disampaikan melalui lagu ni. Aku tak nafi bukan semua mesej baik. Tapi pandai-pandai la kita pilih, kan? Otak Tuhan bagi sorang satu, sama semua tak dak yang kurang pon. Pikiaq sendiri la." Anas memejamkan mata sambil menghayati lagu tersebut. Ammar memang pandai berhujah. Hujahnya pula memang boleh pakai. Tidak hairan lah kalau dia ini dikatakan pintar. Anas mengakui Ammar rajin membaca. Ketika masih di sekolah rendah dahulu, Ammar menjawat jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Boleh dikatakan hampir semua buku di perpustakaan sekolah yang tidaklah sebesar mana itu sudah dibaca dan dikhatamnya berkali-kali. "Haha!" Anas hanya ketawa pendek. Kala itu dia membayangkan sekumpulan penyanyi rock yang sedang membuat konsert di sebuah dataran. Tiba-tiba beberapa van dari tanjung rambutan datang dan suasana menjadi hangat apabila ahli-ahli kumpulan tersebut bertarung dengan jururawat-jururawat dan atendan hospital untuk mengelakkan diri daripada di bawa ke hospital. Kemudian Anas menyambung tawanya. "Wei! Hang nak singgah mana-mana dak sebelum balik ghumah?" Ammar bertanya kepada Anas. "Tak singgah mana dah kot. Aku pun ngantuk dah ni, aku dok ingat bantai ngan tilam ja la ni. Tu pun kalau hang nak bagi aku tidoq ataih tilam satgi." Anas menjawab sambil menyelitkan sedikit jenaka. "Takkanlah aku nak bagi hang tidoq dalam reban ayam kot! Walaupun masih banyak kosong dalam reban tu, aku konfiden ayam-ayam tu tak bagi punya!" Ammar melayan lawak Anas. Maklumlah dia pun sekepala juga. "Lain la kalau hang ada hubungan sulit dengan ayam-ayam tu....Hehe" "Sebab aku ada hubungan sulit ngan ayam-ayam tu la aku mai ghumah hang!" Anas kelihatan bersemangat menyambung lawaknya. "Nauzubillah! Kawan aku ni ghupa-ghupanya dah melanggar hukum alam!! Wahai Anas! Insaflah sebelum nyawamu dicabut oleh Izrail. Aku sebagai sahabat merangkap sepupumu amat menyayangimu dan mengharapkan agar dapat berjumpa denganmu di taman syurga kelak. Janganlah memanjangkan kemurkaan Tuhan Azzawajalla. Sedarlah wahai Anas!" Ammar bercakap seperti sedang memberi ceramah kepada orang-orang yang telah melakukan dosa yang maha berat. Anas yang mendengarnya ketawa terkekeh-kekeh. "Hang nak buat lawak pun sikit-sikit sudah la..." "Hehe....aku ni bukan apa, praktis nak jadi pendakwah. Kot-kot la nanti nak jadi bidan terjun, koman-koman aku dah ada asas." Ammar memberi alasan. "Ya la tu... Dah la, aku nak tidoq sat, nak sampai satgi hang gerak aku." Anas berkata. Keletihan menaiki bas masih bersisa. Walaupun bukan dia yang memandu bas tadi, tetapi dia terpaksa berdiri dari Kangar hingga Alor Setar kerana ketiadaan tempat kosong. Dia pun berasa hairan kenapa hari ini terlalu bas terlalu padat. Beberapa ketika kemudian, Anas pun hanyut bersama keletihannya. * * * "Wei! Nak sampai dah ni!" Anas terjaga apabila terdengar suara Ammar. Dia merasakan tidurnya terlalu pendek. Tidak sempat untuk menulis walau satu mimpi pun. Anas memandang kiri kanan jalan yang dipagari dengan sawah padi yang mula menguning. Jalan yang hanya boleh cukup-cukup untuk diletakkan dua kereta sebelah menyebelah itu disusuri dengan kelajuan sederhana. Anas mengelap tepi mulutnya. Manalah tau kalau-kalau ada air liur yang terbebas daripada kawalan. "Pukoi berapa dah la ni?" Anas bertanya Ammar. "Nak dekat pukoi lima dah" Ammar menjawab setelah menjeling jam digital di dashboard kereta. "Lama jugak la aku tidoq. Jammed teruk sangat ka?" Anas bertanya. Dia amat maklum masa yang diperlukan untuk pulang ke rumah Ammar dari Shahab Perdana. Lebih kurang lima belas minit sahaja selalunya. Itupun kalau menunggang motorsikal. Kalau naik kereta lagi singkatlah masa yang diperlukan. "Ha. Tadi siap ada accident kat depan Sime Tyres Mergong tu, tu yang lambat tu..." "Teruk sangat ka?" "Tak la teruk sangat. Dua bijik gheta ngan lori sebuah ja." Ammar menjawab ringkas. Kemudian tangannya pantas memusing stereng membelok ke kanan. "Tu teruk la tu! Kalau beskal ngan beskal tak pa la jugak." Anas hairan. Dua biji kereta dan sebuah lori bukanlah satu perkara kecil. Kadang-kadang dia agak hairan dengan Ammar. Pernah suatu ketika dahulu ketika mereka masih kecil, Anas dan Ammar bermain sorok-sorok. Ditakdirkan terdapat setongkol kayu yang tercacak sebilah paku di atas tempat dimana Ammar sedang bersembunyi. Tongkol tersebut jatuh dan menimpa dahi Ammar. Dahinya berdarah teruk apabila dilukai paku yang tercucuk di tongkol tersebut. Mak Lang Yah yang melihat darah merah pekat yang membuak-buak riuh-rendah dan hampir menangis memanggil Pak Lang Latif yang kala itu sedang tidur tengahari. Ammar pula hanya mendiamkan diri dan menatap tangannya yang dipenuhi darah. Setitik pun air matanya tidak jatuh. Sesekali dia menekup dahinya untuk mengelakkan darah daripada keluar lebih banyak. Sehingga ke hari ini parut luka di dahi Ammar masih kelihatan walaupun tidaklah terlalu jelas. "Kalau tak dak orang mati tu kira okay la tu." "Ohh....aku ingatkan ada orang mati. Patutla hang relaks ja." Ammar tidak membalas. Dia segera membelok ke kiri dan memasuki perkarangan rumahnya. "Okay! Sampai dah!" Anas membuang pandangan ke luar kereta. Dilihatnya Pak Lang Latif sedang sibuk meraut daun kelapa untuk dibuat penyapu lidi di atas pangkin di bawah pokok mempelam. Setelah Ammar memarkir kereta di dalam garaj, Anas segera turun dan mendapatkan bapa saudaranya itu. "Assalamualaikum, pak lang." Anas menghulurkan tangan. "Waalaikumsalam. Lambat sampai." Pak Lang Latif meletakkan pisau dan menyambut salam Anas. "Tadi jammed teruk Ammar kata, cek tidoq ja dalam gheta tadi sebab penat sebab naik bas tadi cek tak leh nak duduk, orang ramai sangat." Anas menjawab panjang. "Ohh...patutla lama sangat, Pak Lang dok heran. Mana nak tau kot-kot Ammar singgah tang lain ka, dia tu bukan buleh, dapat gheta kat dia gheja nak eksyen rata." Pak Lang menjawab. Tiba-tiba Ammar memotong. "Mana ada. Ayah ni tak pecaya kat cek langsung!" Ammar menjawab seakan-akan merajuk. "Dak aihhhh....bukan tak pecaya, orang nak melawak ja." Anas ketawa apabila Pak Lang Latif cuba memujuk Ammar. Dia tahu kedua-dua beranak ini cuma melawak sahaja. "Dah la, pi masuk semayang asaq, Mak Lang hang pun dari tadi dok tunggu bila la hang nak mai." Pak Lang Latif menyambung. "Okay la Pak Lang, cek masuk dulu." Anas berkata, kemudian dia berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. "Makkk!! Anas sampai dah!!" Kedengaran suara Nabilah dari ruang tamu memberitahu emaknya ketibaan Anas. Dia kalut menyambar kain saprah yang digunakan untuk melapik meja kecil di ruang tamu untuk dibuat tudung. "Hai Anas! Lama tak jumpa!" Nabilah menegur Anas. "Hai Nabil! Mak hang mana?" Anas membalas. Matanya mencari Mak Lang Yah di dapur, tetapi tidak ketemu. "Mak dok kat rumah Mak Long Hawa. Dia tunggu hang lama sangat tak nampak batang hidung pun, dia pi la melepak sat kat ghumah Mak Long." Nabilah menjawab. "Hang tak beli apa-apa pun ka kat aku sebelum mai sini?" Nabilah bertanya. Dia terlalu rapat dengan Anas. Panggilan 'abang' pada pangkal nama Anas pun malas digunakan walaupun sudah beribu kali emaknya menyarankannya supaya memanggil Anas dengan panggilan Abang Anas. Tetapi dibalasnya 'tak standard la mak'. "Hang ni gheja mintak kat dia, hang tak malu ka?" Ammar yang sejak tadi mendiamkan diri menyampuk. "Relaks la, kalau aku mintak kat Angah pun Angah bukan nak bagi apa pun." Nabilah menjawab selamba. "Tak bagi apa la kat hang. Hari tu masa aku pi Langkawi hang pesan suruh beli coklat sepapan ja, tapi aku siap beli sekotak kat hang. Tu tak reti nak bersyukur lagi ka?" Ammar membalas. "Ek...lupa la plak. Lagipun tu dulu, zaman batu dulu hang beli kat aku. Tu pun nak ungkit-ungkit pulak. Hang takkan tak bawak apa-apa pun kat aku, Anas?" Nabilah bertanya lagi. "Aku bawak rebung saja. Tu pun mak aku yang kirim tadi." Anas menjawab. "Sat...tadi aku ada beli coklat..." Anas mencari-cari di dalam poket seluarnya. "Mana?" Nabilah memotong sebelum Anas sempat menghabiskan ayatnya. "Ishh....malangnya aku telan perabih dah masa dok tunggu Ammar tadi. Hang tak dak rezeki la gamaknya, Nabil....Haha!" "Cheh! Baik tak payah cakap! Ni hang punya pasai la Angah! Lama sangat Anas tunggu hang! Kalau tidak mesti aku dapat coklat tu..." Nabilah menyalahkan Angahnya. "Aku jugakkk." "Haha!" Anas ketawa melihat gelagat dua beradik ini. Ammar dan Nabilah memang suka bergaduh walaupun perkara tersebut hanya sekecil-kecil zarah sekalipun. Tetapi Anas tahu, Ammar amat menyayangi Nabilah memandangkan perbezaan umur mereka berdua tidaklah terlalu besar. Dia teringat Mak Long Yah pernah bercerita bahawa setelah Nabilah dilahirkan, Ammarlah yang sibuk hendak mendukung adiknya yang seorang itu. Sampaikan hendak tidur pun dia nak tidur di sebelah adiknya. "Hampa dok hingaq-hingaq apa ni?" Suara Mak Lang Yang memecah kebisingan. "Tak dak pa aih, mak." Ammar menjawab. Nabilah pula berpura-pura tidak bersalah. "Mak Lang." Anas menyalami Mak Lang Yah. "Ni mak kirim rebung." Anas menyuakan plastik biru yang berisi rebung yang sudah direbus separuh. "Mak hang ni memang terer! Macam mana dia tau Mak Lang nak makan rebung ni?" Mak Lang Yah bertanya. Kegembiraan di wajahnya jelas terlihat. "Eleh! Hari tu mak yang suruh Mak Ngah kirim rebung kalau Anas nak mai, mak buat-buat tanya pulakkk...." Nabilah menyampuk. Keempat-empat mereka ketawa serentak. * * * "Riuh-rendah rumah Mak Lang tu hari ni, Mak." Komen Atiqah ketika sedang membantu emaknya menghabiskan cendol pulut yang dibelinya tadi. Kebetulan Atiqah pulang ketika Mak Lang Yah ingin mengangkat kaki meninggalkan rumahnya. Dia sempat menegur Mak Lang Yah di muka pintu rumahnya. "Mau tak riuh, hari ni anak menakan dia mai. Tu mesti Mak Ngah depa kirim apa-apa kat Mak Lang hang. Tu yang dia seronok sakan." Emaknya membuat kesimpulan sambil sibuk menyudu cendol pulut ke dalam mulutnya. "Sedap cendoi ni! Hang beli tang mana?" Mak Long Hawa bertanya Atiqah. Cendol pulut memang kegemarannya sejak dahulu lagi. Atiqah pula baru sahaja menjinak-jinakkan dirinya dalam meminati makanan tersebut setelah merasanya dua tahun yang lalu. Bukan apa, cuma dia berasa pelik apabila melihat pulut dimasukkan ke dalam cendol yang mengandungi ais kiub. Sejak itu, pantang sahaja Atiqah melihat ada orang yang menjual cendol pulut di tepi jalan, maka dia akan terus berhenti untuk membelinya. Jika dia teringatkan orang di rumah, maka dibelinya tiga bungkus. Jika dia hanya teringatkan dirinya sahaja, dua bungkus sahaja yang dibeli. Itupun untuk melantak sorang-sorang apabila balik nanti. "Mak tengok la sapa yang beli! Cek beli kat simpang Masjid Ghufran, kat Jalan Pegawai tu." Atiqah menjawab sambil berbangga. Macamlah dia yang buat cendol pulut tersebut. Dia pada hakikatnya cuma menumpang glamour sahaja. "Ohhhh!" Hanya itu yang dijawab oleh emaknya. Dia terlalu menghayati nikmat cendol pulut tersebut. Nikmat dunia yang tidak mungkin boleh didapati di Somalia atau Nepal. "Berapa ringgit sebungkuih ni?" Kakaknya Hidayah yang sejak tadi mendiamkan diri bersuara pula. "RM 1.20 ja, tu yang aku beli empat bungkuih tu. Aku tau dah, kalau hampa jumpak cendoi ni, mesti pakat makan sampai tak panggung kepala." Atiqah berkata sambil menguis-nguis cendol itu untuk mencari pulut yang tersembunyi. Sebenarnya dia merujuk kepada dirinya sendiri. Setelah itu, ketiga-tiga mereka mendiamkan diri dan menikmati cendol tersebut dengan sepenuh hati. Empat bungkus cendol yang dihidangkan di dalam besen kecil itu habis tidak sampai lima belas minit. * * * Atiqah bersantai di sofa panjang di ruang tamu rumahnya setelah puas menghirup cendol pulut. Perutnya dirasakan sejuk dan dipenuhi air. "Alahai makkkk...kenyang gila ni! Atiqah berkata. "Alhamdulillah." Atiqah mengangkatkan kakinya ke sofa dan melatam seperti kucing mendapat kain. "Assalamualaikum, Mak Long! Mak suruh hantar rebung kat Mak Long!" Tiba-tiba kedengaran suara Ammar dari luar. Atiqah serta-merta menyambar kain pelekat ayahnya yang baru dilipat emaknya sebentar tadi. Dia menyarungkan kepalanya seperti tok lebai. Kelibat Ammar tiba-tiba muncul di muka pintu. 'Mamat ni memang tak makan saman, main redah je masuk ghumah aku. Bukan dia tak tau anak dara belambak dalam rumah ni!' Atiqah mencemuh Ammar di dalam hati. "Wei! Hang masuk selamba badak ja, tak malu ka? Nasib baik ada kain pelekat ayah aku. Kalau tidak tak pasai-pasai hang ngan aku dapat dosa free ja!" Atiqah memarahi Ammar. "Tak malu pun. Aku pakai baju, nak malu apa? Kelmarin hang kutil aku hang tak ingat dosa pulak!" Ammar menjawab pura-pura tidak faham sambil mengungkit kejadian kelmarin. "Woi! Bebaik sikit cakap tu ek! Aku kutil berlapik!" Atiqah mempertahankan diri. Ammar terdiam. 'Betul jugak apa yang Atiq cakap tu...' Atiqah bermonolog sendiri. "Amboi! Seksi hang, nak ngorat aku ka?" Ammar berkata ketika melihat Atiqah melatam di atas sofa seperti kucing kemalasan. Kemudian dia tersengih-sengih. "Sapa nak ngorat hang? Ekonomi mata tak jaga lansung! Hang nak cari mak aku kan? Awat hang tak masuk kok dapoq?" Atiqah malas melayan. Dia membetulkan duduknya agar lebih sopan. "Aku panggil depan pintu dapoq tadi sapa pun tak menyut, tu yang aku mai kok depan." Ammar memberikan alasan. "Nah! mak aku suruh bagi kat mak hang. Tadi mak Anas yang kirim. Dia suruh bagi kat mak hang sama." Ammar menyambung. "Apa ni?" "Hang tengok sendiri la..."Atiqah terkulat-kulat menyambut plastik yang dihulurkan Ammar. Plastik hitam yang sederhana besar itu diselongkarnya. "Rebung! Best ni! Malam ni kena suruh mak aku buat masak lemak! Mesti best!" Atiqah memerhati rebung di dalam plastik sambil sempat merancang idea yang bernas. Ammar kecur air liur apabila Atiqah menyebut masak lemak cili api yang turut menjadi kegemarannya. Kalau dimakan dengan ikan masin dan dicicah pula dengan sambal belacan yang ditumbuk menggunakan cabai kampung yang ditanam oleh ayahnya dibelakang rumah, pasti lebih 'Umph!' walaupun dia terpaksa makan sambil menangis kerana cabai tersebut terlalu pedas. "Aku blah dulu la, nanti tak pasai-pasai kena tangkap basah pulak. Free saja hang kena kawin dengan aku. Nak buat kenduri pun senang. Maklumlah rumah kita tepi hidung saja. Nanti kalau aku pi Mesir pulak, hang buleh la jadi tukang masak aku." Ammar mengusik Atiqah sambil mengatur langkah keluar. Dia masih tersengih-sengih seperti selalu. Atiqah mencebikkan mulutnya. Atiqah sendiri terasa lenguh mulut apabila mengenangkan Ammar itu terlalu suka memberikan sengihan percuma. "Aku tak kelapaq kat hang pun! Baik hang upah kuli kalau takat nak suruh masak nasik!" Atiqah membalas. Dia cukup menyampah dengan mamat itu kebelakangan ini. Jika dahulu, dia memang rapat dengan Ammar dan Nurul kerana umur mereka bertiga hanya berbeza setahun sahaja. Setelah Nurul berpindah ke Johor, tinggallah dia dan Ammar sahaja. Kemudian, Atiqah beralih bermain dengan Nabilah pula kerana selalunya rancangan yang diutarakan oleh Ammar tidak masuk dek akal. Ammar pernah mengajaknya berenang di tali air yang tidak jauh dari rumah mereka. Dia bukan tak tahu Atiqah tidak tahu berenang. Di samping itu, Ammar pernah mengajaknya memanjat pokok buluh yang terletak berdekatan dengan tali air tersebut. Gila agaknya! Miang satu badan nanti baru dia nak menyesal kot. Ammar tidak membalas langsung cadangan Atiqah. Agaknya dia sudah jauh meninggalkan rumah Atiqah. "Sapa tadi tu, Atiqah?" Emaknya muncul tiba-tiba. Mak Long Hawa baru sahaja selesai menunaikan sembahyang Asar. "Ammar." Atiqah menjawab pendek. Tangannya mencari-cari novel My Brother, My Sister and I tulisan Yoko Kawashima Watkins yang baru dipinjamnya di perpustakaan tadi. "Dia mai buat apa? Riuh sangat hampa dua orang tadi." Emaknya bertanya. "Tu mak, rebung atas meja tu, dia kata Mak Ngah Amrah dia kirim." Atiqah menudingkan jarinya ke arah rebung yang terdapat di atas meja kopi di hadapannya. Dia terlalu malas untuk bangun dari sofa setelah Ammar berlalu memandangkan perutnya masih terasa sengkak. Terlalu kenyang gamaknya. "Mak, malam ni mak buat la masak lemak. Cek lama dah tak makan." Atiqah memujuk emaknya. Dia teringin merasa masak lemak tersebut kerana beberapa minggu lalu emaknya ada memasaknya dengan rebung yang dibeli dari Simpang Kuala. Memang lazat dan menyelerakan. "Okay jugak. Hang pi mesin nyok. Mesin buang sebiji, nanti bagi setengah dekat Mak Lang Yah. Dia pun nak buat masak lemak jugak kot." Mak Long Hawa mengarahkan Atiqah supaya memarut kelapa. Masak lemak tidak akan lengkap tanpa santan. Dia juga amat faham dengan kawan sekampungnya Aisyah yang memang meminati rebung masak lemak. Sebab itu dia tidak lupa menyuruh Atiqah memarut kelapa untuk jirannya itu sekali. "Okay, mak. Tapi kena tunggu sat, cek nak kena lepak-lepak sat. Tak larat nak jalan ni. Perut penuh sangat mak." Atiqah memberi alasan sambil memegang perutnya lagak orang nak beranak. Dia hanya tersengih. "Jangan lama-lama sudahlah. Nanti lambat pulak." * * * Mak Long Hawa berjalan ke dapur sambil menjinjing rebung pemberian Mak Lang Amrah. Dia membuka pintu dapur. Cahaya matahari petang berebut-rebut menerjah untuk mendarat di lantai dapur yang bermarmar itu. Dijelingnya ke arah rumah Mak Long Yah. Pintu dapurnya ternganga luas menampakkan bahagian dalam rumah tersebut. Kelibat Aisyah kelihatan sedang sibuk di dapur. "Aisyah!" Mak Long Hawa menjerit memanggil nama Aisyah. Serta-merta biawak yang sedang bersembunyi di belukar tepi parit sedalam buku lali de sebelah rumahnya terlompat lantas terus berlari dan menyelam di dalam parit itu tanpa sempat berfikir panjang. Terkejut biawak agaknya. Mak Lang Yah serasa tidak mendengar panggilan Mak Long Hawa kerana dia sedang galak bersembang dengan Ammar dan Anas yang kala itu sedang minum kopi di dapur. "Aisyah! Oh Aisyah!" Kali ini Mak Long Hawa meninggikan sedikit lantunan suaranya. Mak Lang Yah berpaling tanda di mendengar panggilan Mak Long Hawa. "Ya!" Dia menjawab seraya berjalan ke muka pintu. "Hang nak buat masak lemak ka satgi?" Mak Long Hawa bertanya terus. "Ya! Kenapa?" Mak Lang Yah menagih jawapan daripada sahabatnya itu. "Kalau macam tu, hang tak payah mesin nyok la, aku dah suruh Atiqah mesin tadi. Satgi dia mai hantaq kat hang!" Mak Long Hawa membalas. "Kalau macam tu tak pa la, nasib baik hang habaq awai. Aku dok kira nak suruh Ammar pi kupas nyok dah tadi!" "Okaylah....aku pun nak goreng cucoq ni. Terima kasih la sebab bagi rebung!" "Amrah yang kirim, dia suruh bagi kat hang sama!" Mak Long Yah menjawab sambil tersenyum. "Kemudian mereka menyambung membuat kerja masing-masing. "Nanti tolong kirim salam kat dia tau!" Mak Long Hawa membalas sebelum meninggalkan muka pintu. "Okay!"
bersambung......
Posted at 08:31 pm by Hasuna
Permalink
Tuesday, May 29, 2007
Salam...here's chapter 4. It's a bit longer than the previous chapters, anyway, hope you'll like it and PLEASE REVIEW or leave comment. Thanks.
Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Atiqah terbangun dari tidur. Dia berpeluh-peluh seperti baru habis bermain skipping sebanyak 100 kali. Nafasnya mendesah deras. Teringatkan mimpi yang baru dialami tadi memang menyeramkan bulu romanya. Dia telah bermimpi bahawa kucingnya iaitu Tamtam telah menjadi kucing gergasi. Tamtam mengejarnya hingga tidak cukup tanah. Ketika menjadi gergasi, Tamtam mampu bekata-kata dan dia bersumpah untuk membalas dendam kepada Atiqah kerana Atiqah selalu menampar punggungnya ketika dia sedang tidur ataupun sedang bersenang lenang di atas lantai. Di samping itu, Tamtam turut bertukar menjadi pontianak tiba-tiba setelah Tamtam tersadung ketika mengejarnya di perkuburan Kristian. Ketika menjadi pontianak, Tamtam menunjukkan gigi yang lebih tajam dan panjang daripada biasa. Misainya yang panjang dipintal menjadi pintalan yang panjang. Nasib baik Atiqah telah terjumpa sebuah gua dan berlindung di situ. Tetapi nasibnya memang malang. Dia telah berjumpa dengan orang zaman batu yang tinggal di dalam gua itu. Orang batu itu menjerit-jerit seperti orang gila apabila melihat Atiqah terpijak seluar katoknya yang dijemur di atas lantai di muka pintu gua. Tetapi Atiqah semakin hairan apabila jeritan orang zaman batu tersebut semakin lama menjadi semakin pelik. Apabila orang zaman batu itu ingin menyerang Atiqah dengan kapaknya yang lebih mirip kayu besbol, Atiqah terjaga kerana jeritan orang zaman batu itu tiba-tiba sahaja berubah menjadi bunyi ngauman Vespa ayahnya. Rupa-rupanya ayahnya sedang menghidupkan motor Vespanya di bangsal di belakang rumah. Atiqah segera bangun. Dia berlari menuju ke bilik air apabila menyedari waktu subuh hampir habis. Tetapi dia kembali tersedar. Sekarang dia tengah 'bercuti'. Dia tersengih sendiri. Atiqah merancang untuk menyambung semula tidurnya memandangkan hari masih pagi. Tetapi dia membatalkan niatnya apabila teringatkan kucing-kucingnya yang sedang kelaparan di luar rumah. Atiqah juga berhasrat untuk meminta maaf daripada kucing-kucingnya atas kesilapan yang telah dilakukannya dahulu. Atiqah mencapai tualanya yang tersangkut di penyidai. Dia menutup kepalanya seperti orang zaman dulu-dulu menutup kepala menggunakan kain batik jawa. Dia tiba-tiba teringatkan perisitiwa ketika di rumah Mak Long Lijah dahulu. Mak Longnya memberitahu bahawa orang-orang zaman dahulu hanya menggunakan kain batik untuk dibuat tudung. Kain batik tersebut bermutu dan agak mahal harganya. Di samping itu, kain batik tersebut jika digenggam sabelah tangan pun cukup. Mungkin kain batik tersebut terlalu nipis. Wallahua'lam. Betul ke tidak cerita Mak Longnya itu Atiqah tidak tahu. Tetapi dia pernah melihat dalam filem-filem P.Ramlee. Orang-orang perempuan memang memakai kain batik sebagai tudung. Atiqah membuka pintu rumahnya. Kucingnya yang seramai lima ekor menyerbunya daripada pelbagai arah. Atiqah mencari-cari kelibat Tamtam. Dilihatnya Tamtam masih kecil dan hitam seperti dahulu juga. Kucing-kucingnya riuh-rendah seperti lelongan di pasar sedang berlangsung. Masing-masing dengan pelbagai bunyi yang tersendiri riuh meminta makanan. Atiqah hanya tersengih. "Awat? Lapaq ka?" Dia masih sempat bermukaddimah dengan kucing-kucingnya walaupun hakikatnya dia tahu mereka memang lapar. Jika tidak, jangan harap mereka hendak membuat bising seperti itu. Atiqah membayangkan jika kucing-kucingnya betul-betul boleh berkata-kata, mungkin mereka akan mengatakannya bodoh kerana masih bertanya sedangkan dia sendiri sudah tahu bahawa mereka sekarang memang lapar. Ibarat pepatah melayu kayu gaharu kayu cendana, sudah tahu bertanya pula. Atiqah mencapai bekas makanan kucing dan menuang makanan kucing yang disimpan di dalam tin roti yang sudah tidak digunakan lagi ke dalam bekas makanan mereka. Serta-merta suasana bertukar menjadi tenang apabila kucing-kucingnya sibuk menjamu selera. Atiqah duduk mencangkung sambil memerhatikan kelakuan kucingnya. Ada yang makan seperti sebulan tidak ketemu makanan. Ada yang makan tertib. Tidak kurang yang berlagak seperti tuan, cuba menghalau kucing-kucing yang menghampirinya daripada mengongsi makanan dengannya. Atiqah mencari kelibat ayahnya. Tadi dia mendengar ayahnya cuba menghidupkan kembali motor Vespa yang hampir sepuluh tahun tidak disentuhnya. Adakah ayahnya sudah sasau? Ataupun ayahnya sekadar cuba untuk mengembalikan kenangan lama. Jika zaman dahulu, memiliki motor Vespa boleh diibaratkan seperti memiliki kereta Porche. Tetapi Atiqah tidak pernah berbangga dengan motor tersebut. Dia berasa amat malu menaiki motor tersebut. Apa tidaknya, jika di sekolah, dia tidak perlu menjenguk lagi sama ada ayahnya sudah datang menjemputnya atau belum. Hanya mendengar bunyinya yang memang seperti roket yang tidak diservis lapan tahun sahaja sudah tahu bahawa ayahnya sudah datang. Tetapi, motor itu memang sudah banyak berjasa. Dengan motor itulah ayahnya membawa emaknya ke hospital ketika emaknya sedang mengandungkan kakak sulungnya. Dengan motor itu jugalah ayahnya selalu membawanya berjalan-jalan keliling kampung menikmati pemandangan sawah padi yang indah dan mendamaikan diwaktu petang. Motor itu jugalah yang ayahnya gunakan ketika hendak mengadiri mensyuarat PIBG di sekolahnya dahulu kerana emaknya hendak menggunakan kereta. Jika tidak, tentu ayahnya terpaksa menggunakan basikal tua yang kini sudah tergantung di dinding bangsal sebagai hiasan. Entah bila basikal itu bakal menjadi sebahagian khazanah dalam muzium Atiqah tidak tahu. Tiba-tiba lamunan Atiqah dibunuh dengan bunyi keriut-keriut pintu besi dibuka. Bunyi keriut tersebut datang daripada rumah Ammar. Siapakah gerangan halnya yang sedang membuka pintu tersebut? Atiqah tertanya-tanya sendirian. Dia masih memandang arah rumah Ammar. Kedengaran pintu besi tersebut dibuka dengan penuh kepayahan. Mungkin si pembuka pintu itu terlalu lemah. Pintu sorong itu hanya mampu dibuka oleh orang yang betul-betul berpengalaman. Atiqah pernah mencuba untuk membuka pintu tersebut ketika Nabilah mengajaknya bertandang ke rumahnya. Tetapi tidak berhasil. Sudahnya, Atiqah tercatuk di hadapan pintu tersebut menunggu Nabilah datang untuk membukanya sendiri. Akhirnya pintu itu dapat dibuka. Ammar keluar dengan menyorong motor Honda Wavenya yang kelihatan cukup baru. Atiqah segera menekup mulutnya dengan kuat. Tetapi akhirnya tawanya berderai juga. Apa tidaknya, dilihatnya Ammar tidak ubah seperti orang jawa. Ammar muncul dengan hanya memakai kain batik jawa emaknya. 'Dah buang tabiat agaknya budak ni? Takkan dia takdak kain pelekat kot sampai kain batik mak dia pun dia kebas?'. Atiqah bertanya diri sendiri. Ammar berkalih apabila dia mendengar tawa Atiqah. Dia kehairanan melihat Atiqah ketawa. Seperti orang gila di hospital bahagia lagaknya. "Awat yang hang gelak?" Ammar bertanya kehairanan. Atiqah tidak menjawab. Sebenarnya dia masih tidak mampu menjawab. Ketawanya masih bersisa. Dia menyapu air mata yang keluar hasil ketawa yang terlalu panjang. Ammar tidak menghiraukan Atiqah. Dia menyorong motorsikalnya ke depan rumahnya dan menongkat dengan menggunakan tongkat yang tengah. "Hang ni buang tabiat ka?" Akhirnya Atiqah bersuara. "Awat pulak?" Ammar masih tidak faham. Atau pun dia sengaja berpura-pura tidak faham. "Awat yang hang pakai kain batik mak hang?" Atiqah bertanya sambil menunjukkan ke arah kain batik jawa yang melekat di pinggang Ammar. Ammar memandang kain batik yang berwarna merah jambu berbunga oren itu seperti orang yang tidak bersalah. "Ni bukan kain batik mak aku! Ni kain batik aku la!" Ammar menjawab dengan penuh keyakinan. Dia memegang kiri dan kanan kain batik tersebut dan membengkokkan lututnya sedikit. "Lawa dak?" Ammar bertanya. Kali ini dia berlagak seperti puteri raja yang sedang menayang gaunnya. Bezanya Ammar dengan puteri raya ibarat langit dan bumi, Ammar bermisai dan tidak memakai baju. Menampakkan badannya yang kurus seperti tidak cukup zat. Tapi tidaklah terlalu kurus. Orang kata average. "Sejak bila pulak kain batik aku jadi kain batik hang?" Tiba-tiba Mak Lang Yah muncul. Dia sudah siap memakai baju kurung berwarna biru muda dan tudung empat segi putih berbunga kecil bidang enam puluh. "Mak Lang nak pi mana?" Atiqah petah bertanya. Sekadar berbasa-basi. Dia tidak menghiraukan Ammar yang masih bergaya dengan kain batik milik'nya' itu. "Mak Lang nak pi simpang kola. Nak pi beli sayoq sikit. Pak Lang hang tu gheja beli ikan ja. Sayoq tak penah beli. Dia ingat Mak Lang ni kucing kot." Mak Lang Yah berkata sambil berjalan menuju ke arah kereta Kelisanya yang tersimpan di garaj. "Ohhh..." Atiqah menjawab tanda faham. Simpang Kuala atau Simpang Kola terletak hanya lebih kurang empat kilometer daripada rumah mereka. Setiap pagi, terdapat pasar pagi yang menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, lauk pauk, buah-buahan dan macam-macam lagi. Pasar pagi yang selalunya bermula sejak awal pagi dan berakhir lebih kurang pukul dua belas tengah hari itu menjadi tumpuan penduduk yang tinggal berdekatan seperti penduduk flat Simpang Kuala atau pun penduduk taman-taman dan kampung-kampung yang berhampiran. Atiqah jarang menjejakkan kaki ke pasar tersebut kerana selalunya dia tidak berkesempatan. Tambahan pula, dia masih bersekolah. Jika hari cuti, Atiqah lebih suka bersantai di rumah. Mak Lang Yah segera menghidupkan kereta dan berundur dari garaj. Sebelum Mak Lang Yah menghilang, Ammar sempat menjerit "Mak! Bawak gheta elok-elok! Jangan lupa beli tempe mak!!" Entahlah Mak Lang Yah dengar atau tidak, tetapi dia ada membunyikan hon. Mungkin dia dengar agaknya. Atiqah mengalihkan pandangannya ke arah Ammar. 'Mamat ni perangai macam budak-budak!' Atiqah berkata di dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata cikgu fiziknya suatu ketika dahulu.
"Orang pompuan ni boyfriend depa tu la ni geng-geng hak nak keluaq U dah..." Pelajar Tingkatan 5 Sains 2 ketika itu ternganga-nganga macam mulut ikan emas apabila mendengar kenyataan Cikgu Syukur itu. Kemudian Cikgu Syukur menyambung lagi. "Kamu nak tau sebab apa?" "Sebab apa, cikgu?" Atiqah yang kala itu gatal mulut bertanya Cikgu Syukran. Kawan-kawannya hanya ketawa. "Sebab orang pompuan ni matured awai. Tak macam orang laki-laki. Nanti sebelum kamu keluaq sekolah nanti kita kena buat 'Lawatan ke Tadika apa-apa' sebab orang laki-laki ni matured lewat. So, depa kalau nak kawin kena cari budak-budak tadika. Tak pun budak sekolah rendah ka, yang darjah satu darjah dua tu...." Seisi kelas ketawa kecuali dua tiga orang budak lelaki yang tertunduk-tunduk menatap meja. Malu agaknya apabila Cikgu Syukran mencadangkan supaya mereka mengadakan lawatan ke tadika untuk mencari jodoh.
Atiqah melihat gelagat Ammar. Memang ada kebenarannya kata-kata Cikgu Syukur tu. Ammar di sekolah merupakan seniornya. Jika di sekolah, Ammar terkenal dengan imej sebagai seorang pelajar yang berketerampilan dan bijak. Namanya sering menjadi bualan pelajar-pelajar perempuan yang meminatinya. Perkataan-perkataan seperti 'Cool!', 'Macho!' 'Comel!' dan macam-macam lagi istilah pujian sudah muak didengar oleh Atiqah. Semuanya ditujukan kepada Ammar. Jika ada kelapangan, Atiqah akan mencicah mempelam dengan garam belacan bersama Nabilah di bawah pokok putat sambil menceritakan kisah-kisah Ammar di sekolah kerana adiknya selalu bertanyakan hal Ammar daripada Atiqah. Kadang-kala Ammar turut menumpang sekaki mendengar cerita tentang kehebatannya di sekolah diceritakan kepada adiknya sambil menumpang mencicah garam belacan yang dibuat oleh Atiqah. Hakikatnya, tiada siapa pun tahu bahawa Atiqah dan Ammar berjiran kecuali beberapa orang kawan rapat Atiqah. Atiqah malas, nanti tak pasal-pasal dia kena jadi posmen karat walaupun posmen karat itu bukanlah cita-cita seumur hidupnya. Atiqah merasakan jikalau peminat-peminat Ammar terlihat Ammar ketika ini, pasti mereka akan menangis kekecewaan. Menderita kerana budak yang dirasakan cool itu sebenarnya hanyalah manusia biasa yang suka membuat lawak bodoh dan berperangai seperti orang sawan. Ammar memandang Atiqah dengan tiba-tiba. Pandangannya sungguh mencurigakan. Kemudian dia memandang badannya. Pandangan Ammar beralih daripada badannya dan ke wajah Atiqah beberapa kali. Atiqah kehairanan melihat kelakuan Ammar. Belum sempat dia bertanya, Ammar bersuara terlebih dahulu. "Awat yang hang tengok aku macam nak makan aku ja?" Ammar bertanya sambil menekupkan kedua-dua belah telapak tangannya kedadanya. Kala itu, Ammar kelihatan seperti pondan dalam ketakutan. Bimbang kehormatannya akan dicabul oleh manusia buas. Dan manusia buas itu pula adalah Atiqah. "Gila!" Atiqah melemparkan pandangan yang jelik kepada Ammar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mencari penyapu di dalam rumah. Dia berhasrat untuk menyapu sampah di koridor bahagian hadapan rumahnya. Koridor yang agak luas itu perlu disapu dan dimop setiap hari kerana angin daripada bendang selalunya membawa habuk-habuk dan daun-daun mempelam kering bertandang. Ditambah pula dengan kucing-kucingnya yang rajin membuat cop kaki dan tangan setelah penat menggagau bendang mencari ikan keli untuk dibuli. Bukan untuk dimakan. Dia pernah terserempak dengan ikan keli yang kehausan terdampar di koridor rumahnya sekali. Kerja siapa lagi kalau bukan kucing-kucingnya. Takkan ikan keli tu nak berjalan sendiri dan berjemur di koridor pulak? Sikap kucing-kucingnya memang hipokrit pada pandangan matanya sekali-sekala. Mereka berlagak comel di depan manusia. Tetapi di depan binatang lain, mereka berlagak seperti samseng jalanan yang membuli makhluk-makhluk lemah seperti tikus, ikan, lipas dan lain-lain binatang yang kecil. Atiqah mengambil penyapu dan keluar ke koridor. Kali ini dia bertambah terkejut. Anak dara mana la berani berkemban depan rumah aku ni? Apabila diteliti kain batik dan fensyen rambut serabut itu, Atiqah tidak perlu meneka lagi. Ammarlah. Siapa lagi? Ketika Atiqah menapak ke dalam rumah tadi, nampaknya Ammar menukar fesyen ikatan pinggang kepada berkemban pula. Nampak macam pakaian tradisional wanita korea yang hilang bahagian kot atasnya. Ammar kelihatan sibuk membubuh kiwi kasut pada tayar motorsikalnya. Motorsikal itu dibeli oleh Pak Lang Latif kepada Ammar ketika Ammar menjejakkan kaki ke tingkatan empat. Lebih tepat setelah dia memperolehi lesen. Kemudahan itu diberikan kepada Ammar untuk memudahkan Ammar ke sekolah. Ammar mula ke sekolah dengan Nabilah yang kini masih tingkatan tiga menggunakan motorsikal tersebut setelah dia lulus lesen P. Tetapi Nabilah memberitahu Atiqah bahawa dia lebih rela menunggang basikal ke sekolah kerana abangnya itu sering lewat untuk mengambilnya. Setelah seminggu, Nabilah beralih kembali menunggang basikal ke sekolah dengan memberi alasan untuk bersenam apabila ditanya oleh ayahnya kenapa dia sudah tidak menumpang Ammar. Lelaki dengan motorsikal memang tidak dapat dipisahkan. Ammar sentiasa memantau 'kesihatan' motorsikalnya. Dia tidak lupa 'menjamu' minyak gris dan menyapu kiwi supaya motornya sentiasa kelihatan segak bergaya. "Nabilah! Oh Nabilah!" Tiba-tiba Pak Lang Latif muncul dari tepi rumah. Dia menuju ke arah Ammar dan berkata. "Nabilah. Pi panggil abang hang sat. Ayah nak ajak dia angkut tongkoi belakang ghuman tu sat..." Pak Lang Latif yang berjalan sambil melihat ke belakang masih tidak menyedari bahawa Nabilah yang disangkakannya adalah Ammar. Ammar ternganga-nganga. 'Sampai hati ayah kata aku Nabilah... muka aku ni nampak macam pompuan sangat ka?' Ammar menyoal dirinya sendiri. Atiqah yang ketika itu sedang menyapu menyaksikan reaksi Ammar mengerutkan dahi. "Tongkoi tang mana, ayah?" Ammar tiba-tiba bersuara. Dia bangun. "Opocot!!! Ammar!! Bila hang dok sini?! Mana Nabilah?!!" Pak Lang Latif terkejut beruk. Dia hampir terlepas pasu bunga yang sedang dibawanya untuk dipindahkan ke depan. "Masyaallah!! Hang pakai kain batik sapa ni??!!!" "Cek dok sini dari tadi lagi. Ayah yang silap." Ammar menjawab selamba. Tetapi kerutan di dahinya masih kelihatan. "Sapa suruh hang pakai kain batik?! Siap berkemban pulak tu!! Aku ingatkan Nabilah! Ish! Kalau betoi Nabilah yang berkemban tadi aku mesti bantai dia dengan pasu bunga ni!" Pak Lang Latif berleter. "Sudah! Kalau aku nampak hang pakai kain batik lagi, aku libau hang!" Pak Lang Latif menyambung. "Cek bukan sengaja, kain pelekat cek mak basuh semua. Habih tu cek nak pakai apa?" Ammar mempertahankan diri. Alasannya walaupun tidak munasabah tetapi nampaknya Pak Lang Latif termakan jugak. "Sudah! Jom pi angkat tongkoi tu. Ayah nak buat lapik pasu bunga ni." Pak Lang Latif meletakkan pasu bunga ke tanah dan mengajak Ammar ke belakang rumah. Ammar mengikut sambil mengikat kembali kain batik tersebut di pinggangnya sekejap yang boleh. Takut terlondeh pulak masa mengangkat tunggul kayu itu nanti. Dah la dia pakai seluar pendek ja kat dalam. Atiqah yang memandang ketawa terkekeh-kekeh.
bersambung....
Posted at 04:47 am by Hasuna
Permalink
Monday, May 28, 2007
Salam...here's the 3rd chapter. Hope you'll like it.
Flash Back
Atiqah menangis teresak-esak. Dia memeriksa tangan kiri kecilnya. Dilihat bekas libasan rotan ayahnya sebentar tadi kelihatan berbirat-birat. Atiqah cuba mengenggam tangannya. Tetapi dia tidak mampu. Bisa libasan masih terasa menusuk urat sarafnya. Dia tidak sempat mengira berapa kalikah ayahnya membantai tangannya kerana matanya sibuk menangis dan mulutnya pula sibuk meraung mengaduh kesakitan. "Tu lah! Sapa suruh tak dengaq cakap ayah!?" Tambah emaknya, Mak Long Hawa. Atiqah hanya mendiamkan diri. Setelah itu, dia berlari masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu biliknya dari dalam. Semua ini gara-gara Atiqah mengikut Ammar dan Nurul pergi ke kedai di seberang jalan besar untuk membeli mercun bola. Atiqah membonceng Ammar yang pada ketika itu menunggang basikal tua ayahnya, manakala Nurul pula mengayuh basikal kecilnya yang baru dibeli oleh ayahnya di pekan cina seminggu yang lalu. Ketika mereka hendak melintas jalan besar, Atiqah, Ammar dan Nurul turun daripada basikal mereka dan menuntun basikal tersebut ke seberang jalan. Bimbang juga kerana jalan raya pada ketika itu memang banyak kenderaan bersimpang-siur. Kemudian mereka segera menuju ke arah kedai Ah Leong, kedai runcit milik seorang apek cina yang sudah lama menetap di situ sejak mereka dilahirkan lagi. Ketika memasuki simpang untuk menuju ke rumahnya dalam perjalanan pulang, Atiqah terserempak dengan ayahnya yang baru pulang daripada kerja. Di tangan kiri ayahnya tergenggam sebilah rotan yang setebal jadi kelingking Atiqah. Ayahnya pada ketika itu kelihatan sungguh mengerunkan. Dengan imej yang agak gempal dan menaiki motor Vespa kesayangannya yang sentiasa riuh mengeluarkan bunyi apabila dipulas minyak membuatkan mereka bertiga kecut perut. Atiqahlah yang paling pucat. Wajahnya ketika itu jika ditores pun mungkin tidak berdarah apabila dia terbayangkan apakah tindakan ayahnya selepas itu. "Balik!!!" Ayahnya menjerkah. Atiqah memejamkan matanya serapat yang boleh. Baju singlet longgar yang dipakai Ammar pada ketika itu hampir melorot ke bawah apabila Atiqah menggenggamnya sekuat hatinya. Ammar meneruskan kayuhannya dan tidak sampai lima minit mereka sudah sampai ke perkarangan rumah. Bunyi motor Vespa yang mereka tinggalkan tadi kedengaran kuat kembali. Atiqah serta-merta terjun daripada basikal tua Ammar dan berlari masuk ke dalam rumah. Dia berlari dan bersembunyi di dalam bilik air di belakang rumah. Emaknya yang ketika itu sedang menjerang air hanya menggelengkan kepala. Atiqah sempat menangkap suara Ammar yang meminta maaf kepada ayahnya dan suara ayahnya yang memarahi Ammar supaya jangan melintasi jalan besar itu lagi lain kali. "Atiqah!!" Ayahnya melaungkan nama Atiqah. Matanya mula meleleh dengan air mata yang mengaku kesalahan. Atiqah tidak berani untuk terus bersembunyi apabila ayahnya mengugutnya untuk mengunci pintu bilik air dari luar jika dia tidak mahu keluar. Kemudian dia terpaksa berhadapan dengan ayahnya tanpa rela hati.
* * *
Dari dalam rumah Ammar dapat mendengar raungan Atiqah meminta ampun dan leteran ayahnya, Pak Long Ahmad ketika merotan Atiqah. Ammar diselubungi perasaan bersalah yang teramat sangat. Dialah yang telah mengajak Atiqah dan Nurul menemaninya untuk membeli mercun setelah melihat kawannya di sekolah rendah menunjukkan koleksi mercun mereka. Kawan-kawannya merancang untuk bermain apabila malam menjelang nanti. Keinginan Ammar untuk memiliki mercun mula membuak-buak. Dia tanpa berfikir panjang terus mengajak Atiqah dan Nurul menemaninya apabila dia pulang dari sekolah. Atiqah yang pada dasarnya suka mengikut Ammar dan Nurul tidak menolak dan tanpa berfikir panjang, mereka terus mencapai basikal dan bertolak ke jalan besar. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Ammar mendengar bunyi hempasan pintu yang kuat dan kemudian keadaan menjadi sunyi kembali. Ammar mendiamkan diri. Emaknya yang berada di dapur menyedari kelakuan Ammar. Sebenarnya Mak Lang Yah tidak sedar bahawa mereka bertiga merancang untuk ke jalan besar kerana pada ketika itu dia sedang sibuk memasak di dapur. Dari dapur, Mak Lang Yah mula berleter dan menasihati Ammar supaya jangan mengulangi lagi perbuatannya. Itu salah. Bukan itu saja, mereka orang dewasa bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ammar mendengar leteran emaknya tanpa berkata apa. Dia memang betul-betul menyesal. Kerana dia, Atiqah yang jadi mangsa. Petang itu, setelah mandi, Ammar senyap-senyap menyusup ke arah tingkap di bilik Atiqah. Dari tingkap nako yang tidak ditutup rapat Ammar dapat melihat Atiqah yang sedang tidur nyenyak. Mungkin dia letih setelah penat menangis. Di kelopak matanya masih ternampak kesan-kesan air mata yang belum kering. Sekali lagi perasaan bersalah menyerbu benaknya. Ammar mendiamkan diri. Dia berasa lega sedikit kerana sebelum dia datang tadi dia telah menyiasat. Pak Long Ahmad baru sahaja keluar kerana motor Vespanya didapati tidak ada di hadapan rumah. Ammar menyeluk saku baju melayunya. Tiga biji coklat bola digenggam erat memenuhi tangan kecilnya. "Psss!! Psss!! Atiq!! Atiq!" Ammar memanggil Atiqah separuh berbisik. Bimbang juga kalau-kalau ada orang perasan Ammar berada di situ. Tetapi panggilannya tidak mendapat sebarang reaksi daripada Atiqah. Atiqah mengubah posisi tidurnya. "Pssstt!! Pssstt!! Atiq! Oi Atiqah!" Kali ini amat meninggikan sedikit suaranya. Tetapi dia masih berhati-hati. Perasaan takut itu masih ada walaupun kala itu Pak Long Ahmad tidak ada di rumah. Kali ini Atiqah memberi reaksi. Dia bangun perlahan-lahan setelah mendengar namanya dipanggil. Matanya terpisat-pisat. Dia menggosok-gosok kedua-dua belah matanya dengan tangan kecilnya. Dilihatnya wajah Ammar disebalik nako tingkap itu. Atiqah terus mendekati Ammar. Ammar tersengih-sengih memandangnya menampakkan gigi hadapannya. "Nak buat apa?" Atiqah bertanya pendek. "Tadi hang kena tibai ka?" Ammar membalas dengan pertanyaan. "........" Atiqah tidak menjawab. Kalau boleh dia ingin melupakan terus kejadian tadi. "Meh sini aku nak tengok tangan hang!" Ammar menyambar tangan Atiqah yang kala itu sedang memegang nako tingkap. Dilihatnya kesan berbirat merah. Diletakkan jarinya disitu. Serta-merta Atiqah menarik semula tangannya dengan kasar. Tangannya masih terasa pedih. Kemudian kedua-duanya membisu. "Sorry..." Ammar berkata setelah lama mendiamkan diri. "Tak pa..."Pendek Atiqah menjawab. "Nah!" Ammar mengeluarkan tiga biji coklat bola yang dibawanya dan mengunjukkan kepada Atiqah. "..dah...jangan nangis lagi ek?" Dia berkata sambil memujuk. Atiqah tersenyum melihat tiga biji coklat tersebut. Coklat bola memang kegemarannya. Macam mana Ammar boleh tahu pulak? Dia segera mencapai coklat tersebut. Tangannya pantas mengoyak pembalut salah satu daripada coklat tersebut dan mengulumnya. Ammar tersenyum melihat perlakuan Atiqah. Sekurang-kurangnya Atiqah dah tak menangis sekarang. Kemudian dia pun berlari pulang ke rumah kerana waktu maghrib makin hampir sambil dihantar oleh pandangan mata Atiqah.
bersambung.....
Please leave your comment...okay...salam.
Posted at 04:27 pm by Hasuna
Permalink
|
|
|